0
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pertamanya, Syeera SC Homemade ingin mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada semua agen kami yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya. Tak lupa juga terimakasih kami kepada mereka yang telah menempah dan membeli dari SC Homemade atas jenama Syeera Cookies ( SC). Jualan SC yang begitu menggalakkan tahun ini adalah hasil daripada kerjasama dan sokongan padu anda semua terutamanya pada agen-agen kami yang telah menjalankan kerja mereka tanpa rasa penat dan jemu. SC Homemade juga telah memberi sedikit free gift kepada semua agen kami sebagai menghargai usaha mereka.

SC Homemade juga memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka yang masih terus menempah pada saat-saat akhir. Ini kerana SC lebih mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan seiring dengan slogan SC 'Kualiti Keutamaan Kami' dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata. Pada mereka yang mana permintaan tidak dapat dipenuhi untuk musim perayaan ini masih boleh terus menempah samada untuk sendiri, acara rumah terbuka atau sebarang majlis kerana SC akan mula beroperasi semula pada minggu kedua raya dan sepanjang tahun.

Semoga Syeera Cookies(SC) akan terus berkembang dan mendapat sokongan setia daripada anda semua. Kerjasama anda semua amat kami hargai. Terima kasih..

Akhirnya, Syeera SC Homemade mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR & BATIN".