0
Bahulu Batik Mekar





INILAH HASIL RESEPI KAK FIDA@MYR. MEMANG SEDAP, GEBU DAN SEMEKAR-MEKARNYA. THANKS KAK FIDA.


BAHULU BATIK MEKAR


Bahan-Bahan:
  • 125 gm tepung gandum* (1 cwn + 1 1/2 sb)
  • 1 tsp baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 gm gula halus (1/2 cwn - 1 sk)
  • 1/2 sdt penuh ovallete
  • 4 1/4 sdb susu cair
  • 1 biji telur(A)
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 1 sdt chocolate paste (atau 1 sdb koko dibancuh dgn air jadikan pes)

Caranya:
  • Panaskan kukusan. Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  • Pukul semua bahan kecuali choc paste hingga sebati dan pekat.
  • Adunan dibahagi dua dan bubuh choc paste pada satu bahagian.
  • Bubuh adunan berselang-seli dlm papercup yang tersedia hingga habis.
  • Kukus hingga mekar selama 10-15 min dengan api kuat.


0 sweet comments: