0
Kerabu Taugeh Daun Selom

BILA SEBUT SAJA KERABU, PASTI ADA YANG KECUR BILA MENDENGARNYA. TAK KIRA LA KERABU APA PUN...RASANYA YANG ASLI SUNGGUH MEMIKAT SELERA APATAH LAGI BILA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS BESERTA MASAKAN KAMPUNG YANG LAIN...ENAKKK.
BAHAN-BAHAN UNTUK KERABU MUDAH DIDAPATI DAN KOSNYA TIDAK LAH MAHAL. RESEPI KERABU YANG SAYA BERI DI BAWAH, HANYA LAH SEBAGAI PANDUAN SEBAB SAYA KALAU BUAT KERABU NI...SUKATAN BAHAN AGAK-AGAK JE IKUT SESUAI SELERA SAYA. JADI PADA SIAPA YANG INGIN MENCUBA, SESUAIKAN KUANTITI BAHAN DENGAN CITARASA ANDA YE...

KERABU TAUGEH DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
TAUGEH
DAUN SELOM
KELAPA PARUT
CILI MERAH
BELACAN
BAWANG BESAR
LIMAU NIPIS/KASTURI
GARAM & GULA SECUKUP RASA

CARANYA:
1. TAUGEH DICELUR SEKEJAP, TOSKAN. DAUN SELOM DIPATAH-PATAHKAN.
2. KELAPA DIGORENG TANPA MINYAK SEHINGGA KEKUNINGAN DAN AGAK-AGAK GARING.
3. BELACAN DIBAKAR DAN DITUMBUK BERSAMA CILI MERAH SEPERTI MEMBUAT SAMBAL BELACAN.
4. GAULKAN KESEMUA BAHAN DALAM BEKAS. PERAHKAN LIMAU DAN PERASAKAN GARAM & GULA. GAUL SEHINGGA RATA.
5. HIDANGKAN.

0 sweet comments: