0
Alambanba Nut Cookies

Haa...ini salah satu biskut jualan yang mendapat sambutan empat tahun lepas. Biskut ni very crunchy...sedap... penuh dengan rasa coklat dan kacang di dalamnya.

ALAMBANBA NUT COOKIES
Bahan A:
  • 140 gm butter
  • 20 gm shortening / crisco
  • 40 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp cappuccino emulco
Bahan B: (diayak)
  • 180 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung kentang
  • 1 tbsp susu tepung
  • Secubit baking powder
Bahan C: (dimesin halus)
  • 50 gm coco-crunch
  • 20 gm kacang tanah
  • 50 gm chocolate rice
Hiasan: Paper-cup, Hazelnut (bakar & buang kulit), White Choc

Caranya:
1. Putar bahan A hingga rata dan sebati saja.
2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
3. Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
4. Rehatkan selama 20 minit. Bulat-bulatkan, masukkan hazelnut dan bakar hingga masak.
5. Sejukkan dan salutkan dengan coklat dan hiaslah ikut suka.

0 sweet comments: