0
Chocolate Mambo Cookies

Satu lagi biskut yang crunchy, bila digigit terasa krup krap krup krap kerana adanya almond dan coklat chip di dalamnya. Sesuai untuk perayaan mahupun sebagai kudapan seharian...pasti disukai anak-anak.

CHOCOLATE MAMBO COOKIES
Bahan A:
  • 150 gm butter
  • 50 gm crisco
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 tsp chocolate emulco
  • 1/2 tsp cappuccino emulco
  • 2 biji kuning telur
Bahan B:(diayak)
  • 250 gm tepung gandum / red rose flour
  • 50 gm tepung kentang
  • 60 gm tepung kastad
  • 1/8 tsp emplex
  • Secubit baking powder
Bahan C:
  • 50 gm chocolate chips
  • 30 gm almond nib - bakar dahulu
Hiasan: Kuning Telur, Chocolate Smarties

Caranya:
1. Putar bahan A hingga sebati.
2. Satukan bahan C & B, masukkan ke dalam A
3. Gaulkan hingga sebati dan rehatkan selama 20 minit.
4. Canai, terap dan sapukan kuning telur.
5. Letakkan sebarang hiasan yang anda suka dan bakar pada suhu 150C-160C sehingga masak.

0 sweet comments: