0
Layered Strawberry Pudding

KEBETULAN ADA STRAWBERRY DALAM FRIDGE...DARIPADA LAYU MACAM TU JE, LEBIH BAIK DIJADIKAN SESUATU YANG BOLEH DIMAKAN...TAKLAH MEMBAZIR...JADI...DESSERT PILIHAN SAYA. MULANYA NAK BUAT SPONGE CAKE AS THE BASE...TAPI SBB NAK CEPAT...SAYA LAPISKAN SAJA OREO ANTARA DUA LAPISAN PUDING TU. HASILNYA MEMANG SEDAP...SEDAP SANGAT. SAPA-SAPA YANG FAMILY RAMAI TU, GANDAKAN RESEPI YER...SBB SATU RESEPI MEMANG TAK CUKUP. MANAKALA KUANTITI STRAWBERRY PULA TERPULANG PADA CITARASA MASING-MASING.

LAYERED STRAWBERRY PUDDING

BAHAN-BAHAN:
300 ML SUSU SEGAR (saya campurkan dgn susu sejat)
200 ML AIR
80-100 GM GULA PASIR
1 1/2 TSP SERBUK AGAR-AGAR
6 BIJI STRAWBERRY - DIDADU
8-10 BIJI STRAWBERRY - DIJADIKAN PUREE
SEDIKIT STRAWBERRY PASTE
SEDIKIT PINK COLOUR

CARANYA:
SUSU, AIR, AGAR-AGAR DAN GULA PASIR DIKACAU DAN DIMASAK SEHINGGA MENDIDIH. MATIKAN API.
AMBIL 1/3 DARIPADA ADUNAN AGAR-AGAR, CAMPURKAN DENGAN PUREE STRAWBERRY. KETEPIKAN.
STRAWBERRY YANG DIDADU DIBUBUH SEDIKIT KE DALAM BEKAS-BEKAS PUDING YANG COMEL, LALU TUANGKAN BAKI ADUNAN AGAR-AGAR TADI HINGGA 3/4 PENUH. BEKUKAN SEBENTAR DI DALAM FRIDGE.
APABILA HAMPIR BEKU, TUANG PULA CAMPURAN AGAR-AGAR BERSAMA PUREE STRAWBERRY DI PERMUKAAN LAPISAN PUDING PERTAMA TADI. MASUKKAN SEMULA PUDING KE DALAM FRIDGE.
BOLEHLAH DIHIASKAN DAN HIDANGKAN DINGIN.

0 sweet comments: