0
Pineapple Bread Pudding

ENTRY HARI NI, SAYA NAK SHARE DENGAN ANDA SEMUA SATU RESEPI PUDING. RASANYA KALAU SEBUT PUDING ROTI...SEMUA DAH TAHU KANN...TAPI YANG NI LAIN SIKIT. KALAU LIHAT BAHANNYA...LEBIH KURANG SAMA JE DENGAN RESEPI PUDING ROTI YANG LAIN...CUMA MEMBEZAKAN...CARA MEMBUATNYA. KADANGKALA SESUATU RESEPI TU...JIKA KITA UBAH TEKNIK DAN CARA MEMASAKNYA...AKAN MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU...TERUTAMANYA DARI SEGI RASA.

HASILNYA, SAYA PERHATIKAN...PUDING ROTI NI SEDAP, ADA KELAINAN RASA, LEMBUT DAN MOIST, KELIHATAN SEPERTI ADA KARAMEL DI DASARNYA...DIPENDEKKAN CERITA... SEMUA RASANYA DAH CUKUP...MAKAN MACAM TU PUN SEDAPP!!...TAK PERLU LAGI DIMAKAN BERSAMA SOS SEPERTI PUDING ROTI YANG LAIN. APA-APA PUN, NAK MAKAN BERSAMA SOS ATAU TIDAK TERPULANGLAH PADA CITARASA MEMASING...TEPUK DADA TANYA SELERA...

....saya make-up kan puding ni sikit dengan sos...supaya naik seri ...


PINEAPPLE BREAD PUDDING


BAHAN-BAHAN:
2 CAWAN SUSU SEGAR
1 CAWAN WHIPPING CREAM
1 CAWAN SUSU SEJAT (kalau tak de whipping cream...jadikan 2 cawan susu sejat)
14 KEPING ROTI PUTIH (dipotong dadu)
6 BIJI TELUR (C)
1 1/2 CAWAN GULA PASIR (sukatan gula ikut rasa manis masing-masing yer..)
2 SUDU BESAR ESEN VANILLA
1 CAWAN KISMIS
1 1/2 CAWAN NENAS, DALAM TIN (dipotong dadu)
2 SUDU BESAR MENTEGA


CARANYA:
1. CAIRKAN MENTEGA DI DALAM KUALI. MASUKKAN NENAS, 1 CAWAN GULA DAN KISMIS. KACAU BAHAN-BAHAN SEHINGGA GULA KEKUNINGAN.
2. UNTUK MEMBUAT KASTAD, CAMPURKAN BERSAMA TELUR, 1/2 CAWAN GULA DAN VANILLA, PUKUL DAN GAUL RATA, MASUKKAN SUSU DAN KRIM.
3. PADA BEKAS ACUAN, SUSUNKAN KE DALAMNYA ROTI.
4 MASUKKAN NENAS DAN KISMIS DARI KUALI KE DALAM BEKAS ACUAN.
5. TUANGKAN KASTAD TADI KE DALAM BEKAS ACUAN, BIARKAN IA BERENDAM SELAMA 10 MINIT.
6. BAKAR DALAM OVEN PADA SUHU 175C SELAMA 40 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK.

***BAGI SESIAPA YANG NAK SOS...INI BONUS RECIPE FOR YOU ALL...


SOS

1/2 TIN SUSU SEJAT
1 TIN AIR (campurkan sekali dengan air nenas)
1 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG/KASTAD (untuk memekatkan)
1/2 TSP ESEN VANILLA
GULA PASIR SECUKUP MANISNYA
SEDIKIT GARAM

MASAKKAN SEMUA BAHAN DI ATAS SEHINGGA MENDIDIH.



0 sweet comments: