0
Steam Tofu with Chicken


PENGGEMAR PRODUK BERASASKAN KACANG SOYA SEPERTI TAUFU KINI BOLEH MENAMBAHKAN KOLEKSI HIDANGAN ANDA DENGAN PENYEDIAAN MASAKAN TERKINI ALA HOTEL DENGAN CARA PALING MUDAH DAN RINGKAS.

TIDAK SUSAH UNTUK MEMASAKNYA DI RUMAH KERANA IA MASIH MENGGUNAKAN BAHAN YANG BIASA DIGUNAKAN DI DAPUR.

MEMANG SEDAP, SESUAI UNTUK HIDANGAN SEKELUARGA.  JOM KE RESEPI....



STEAM TOFU with CHICKEN

BAHAN-BAHAN:
1 SUDU BESAR MINYAK
2 ULAS BAWANG MERAH - di cincang halus
2 ULAS BAWANG PUTIH - di cincang halus
2 KEPING ISI AYAM (CHICKEN KEEL) - di potong dadu kecil-kecil
1 SUDU TEH SERBUK CILI
1 SUDU BESAR SOS CILI
1 SUDU BESAR SOS PLUM
1 SUDU BESAR TAUCU PEDAS - di cincang
1 SUDU BESAR HIRISAN LOBAK ASIN
1 BUKU TAUHU LEMBUT
3 HELAI DAUN BAWANG - di hiris
SERBUK  LADA HITAM SECUKUPNYA

CARANYA:
1.  PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH HINGGA KEPERANGAN.
2.  MASUKKAN AYAM DAN SERBUK CILI,  KACAU ATAS API SEDERHANA.
3.  BILA DAGING MASAK, CAMPURKAN SOS CILI, SOS PLUM DAN TAUCU PEDAS.
4.  KACAU SELAMA 1 MINIT,  KEMUDIAN BUBUH LOBAK ASIN DAN SERBUK LADA HITAM.
5.  LETAK TAUHU DI DALAM MANGKUK TAHAN PANAS.
6.  TABURKAN CAMPURAN AYAM DI ATASNYA.
7.  KUKUS SELAMA 20 MINIT.  KEMUDIAN ANGKAT DAN TABURKAN PULA DENGAN HIRISAN DAUN BAWANG.

0 sweet comments: