0
Sweet & Sour Chicken Nugget

ANAK-ANAK REQUEST NAK MAKAN NUGGET. NAK BAGI MEREKA MAKAN NUGGET GORENG MACAM GITU JE...TAK SAMPAI HATI PULA. SEBENARNYA MEREKA TAK KISAH PUN...GORENG PUN GORENG LAH...ASALKAN NUGGET...CUMA IBUNYA NI YANG TERLEBIH RAJIN. MAKA SEPINTAS LALU IDEA DATANG NAK BUAT MASAK MASAM MANIS NI. BERSELERA SUNGGUH LIHAT MEREKA MAKAN...

SWEET & SOUR CHICKEN NUGGET

BAHAN-BAHAN:
20-25 KEPING NUGGET
1 BIJI BAWANG BOMBAY - didadu
4 ULAS BAWANG PUTIH - dicincang
1 KEPING HALIA - dicincang (jika suka)
1 SUDU TEH GULA - jika perlu
GARAM SECUKUP RASA

BAHAN SAYURAN:
1/2 BIJI TIMUN - dipotong dadu
1/2 BATANG LOBAK MERAH - dipotong dadu
5 BIJI CENDAWAN BUTANG dalam tin - dipotong 4
1 BIJI BUAH TOMATO - dibuang biji dan potong dadu

BAHAN SOS:
1 SUDU MAKAN SOS PLUM
3 SUDU MAKAN SOS CILI
3 SUDU MAKAN SOS TOMATO

CARANYA:
1. MACAM BIASA GORENG NUGGET SEHINGGA KEKUNINGAN. KETEPIKAN.
2. PANASKAN SEDIKIT MINYAK. MASUKKAN BAWANG PUTIH DAN HALIA CINCANG. GORENG SEHINGGA KEKUNINGAN DAN NAIK BAU.
3. MASUKKAN 1/2 CAWAN AIR BESERTA DENGAN BAHAN SOS. BIARKAN DIDIH. JIKA TERKURANG RASA SOSNYA TAMBAH LAGI IKUT CITARASA MASING-MASING.
4. MASUKKAN BAWANG BOMBAY DAN BAHAN SAYURAN, BIARKAN MASAK. RASAKAN GARAM DAN MANISNYA.
5. BILA NAK MAKAN, SUSUNKAN NUGGET DALAM PINGGAN, TUANGKAN SOS MASAM MANIS DI ATASNYA DAN HIDANGKAN.

0 sweet comments: