0
Sup Ayam Lengkuas@Tom Khai Gai

Assalamualaikum,semua....bertemu kita kembali pada pagi ini. Agak lama juga kita tak bersiaran....bz sangat...parents datang dari kampung dan adik pula accident....Terima kasih lah pada semua tetamu yang datang ziarah sini walau tiada sajian terbaru. Dalam pada tu, sempat juga lah saya masak sup ayam ini untuk hidangan keluarga sambil-sambil mencuba resepi baru. Resepi ambil dari umah CMG. Kalau ikut rasa sup ni adalah tomyam...memang sedap tomyam ni...menyediakannya pun tak lah susah sangat...sekelip mata je dah siap...

SUP AYAM LENGKUAS @ TOM KHAI GAI

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 gm lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 gm cendawan telinga kera@black fungus jenis segar (tak letak sbb tak de)
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resepi di bawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

Bahan Sambal "khas":
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

Caranya:
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar-kasar, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama-sama sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  3. Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sdikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
  5. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi mahupun mee. Jika menggunakan susu sejat, jangan didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja. 
  6. Untuk Sambal Khas:  Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar, masukkan gula dan teruskan menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Ambil sebanyak yang diperlukan seperti dalam resepi dan selebihnya bolehlah disimpan dalam peti sejuk sementara digunakan untuk masa lain.

0 sweet comments: