0
Talam Suji

Tekak ni terasa-rasa je nak makan kuih talam suji. Dulu-dulu rajin beli kuih ni kat pasar-pasar malam....kat gerai tepi jalan yang menjual kuih pagi-pagi tu....tapi bila dah attend banyak kelas-kelas talam dan dah tahu teknik-tekniknya....yang kat luar tu dah tak pandang dah....yang dibuat sendiri guna resepi yang pi belajar tu laagi sedap....lebih berperisa.  Kuih talam suji pun satu daripada kuih kegemaran saya. Membuatnya pun senang je....kacau-kacau dan kukuskan.  Yang penting cara dan bagaimana memasak adunan atas api sehingga naik wap yang betul....seterusnya kawalan api semasa mengukus juga penting untuk hasilkan kuih talam yang cantik.  Tapi kan....betul cakap....kuih ni memang enak....lembut je teksturnya....walaupun dah disimpan semalaman dalam petisejuk sebab ada lebihan ....teksturnya maintain lembut....hmmm....yummy....thanks kak Azie for the very nice recipe....

KUIH TALAM SUJI

Lapisan Bawah:
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum
2 biji telur
120 gm gula pasir
700 ml santan cair
1/2 tsp garam
Pewarna kuning lemon

Caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan kacaukan adunan di atas api sederhana hingga separuh masak.
2. Masukkan di dalam loyang 10"x10" yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.


Lapisan Atas:
2 biji telur
700 ml santan pekat
1 tsp esen vanilla (optional)
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
60 gm gula pasir
200 gm gula melaka
1 tsp coklat emulco (optional)

Caranya: 
1. Cincang halus gula melaka.
2. Satukan semua bahan dan masak hingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan suji tadi dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

0 sweet comments: