0
Ayam Kombat

Ayam kombat ni seakan-akan masak lemak juga....lebih sedap lagi jika kuahnya dimasak pekat. Hidangan ini merupakan salah satu menu yang boleh anda nikmati di CT-One Forze Cafe, WangsaMaju. Tapi jika anda tidak berkesempatan ke sana, apakata anda mencuba saja resepinya di sini....ayuh!!
  • 1 ekor ayam, dipotong 16
  • 500 ml santan
  • 3 biji bawang merah India
  • 5 ulas bawang putih
  • 300 gm cili padi (saya cuma letak 30 gm cili padi + 30 gm cili merah, tak nak nnt anak-anak kepedasan)
  • 2.5 cm inci kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2.5 cm lengkuas
  • 5 biji buah keras (saya gantikan dengan 2 sdm serbuk badam)
  • 3 sudu kecil kas-kas (tak letak sbb tak de)
  • 3 batang serai, dititik
  • 2 helai daun pandan
  • 5 keping daun limau purut
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam, Gula dan Serbuk Perasa secukupnya (saya letak sedikit kiub ikan bilis)
Caranya:
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan santan dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Masukkan pula serai bersama daun pandan dan juga daun limau purut. Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, masukkan ayam dan gaulkan rata.
  • Angkat dan hidangkan.
Sumber: Majalah RASA

0 sweet comments: