0
Ayam Madras

Inilah ayam madras yang dipadankan bersama roti jala yogurt n3 semalam. Sedap resepi ni....saya buat berkuah lebih sedikit sebab nak makan bersama roti jala.
  • 8 ketul daging ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 3 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 4 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 1 inci halia, dihiris halus (saya tumbuk bahan2 hiris ini bersama serbuk badam)
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 biji air limau nipis
  • 5 biji buah keras (saya letak 2 sudu kecil serbuk badam)
  • 1 cawan yogurt (saya guna lebihan yogurt 150 gm setelah diambil 2 sd utk roti jala)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair (saya guna 1/2 cawan santan kotak sbb tak nak terlalu pekat)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam (saya letak 1/2 kiub pati ayam)
  • Sedikit garam & gula
Bahan Tumis:
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 cm kulit kayu manis
Caranya:
  • Bancuh serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih dengan 1 cawan air. Ketepikan.
  • Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan yang dihiris@bahan tumbuk, bahan tumis dan daun pandan sehingga naik bau.
  • Masukkan bancuhan rempah, kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang lalu kacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, serbuk pati ayam, buah keras (jika guna buah keras) dan susu cair@santan. Masak hingga ubi kentang empuk.
  • Masukkan yogurt, air limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Rasakan garam dan gulanya. Tambah jika perlu.
Nota: Menu ini juga sesuai dihidangkan bersama acar buah, nasi beriani dan dalca.

0 sweet comments: