0
Kerang Lemak Nangka


Masak kerang lemak nangka ni favorit saya sejak zaman kanak-kanak lagi....suka sangat dengan kerang. Tak kira lah sambal tumis kerang, kerabu kerang mahupun rendang kerang. Dan sekarang kegilaan saya dengan kerang ni dah berjangkit pula dengan puteri saya yang bongsu....suka kan kerang....nak tak nak kena la cari. Hari tu cari kat pasar tak de, kemudian pergi tesco nasib baik pula hari tu ada kalau tak kat tesco memanjang je tak jumpa kerang....apalagi sambarla...walaupun saiznya tak besar tapi jadi le daripada tak de....hehehe...

1 cawan isi kerang yang dah siap direbus
4 keping nangka muda, direbus hingga empuk
2 biji cili merah*
10 biji cili api* (siapa suka pedas boleh tambah lagi)
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu makan serbuk badam*
1 keping lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut, buangkan uratnya
1-1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Asam keping
Garam dan Gula secukup rasa

Caranya:
  • Tumbuk bahan bertanda *.
  • Masukkan nangka, bahan tumbuk, lengkuas, serai dan daun kunyit dalam periuk. Kacau dan masakkan sebentar.
  • Kemudian masukkan santan cair, asam keping, biarkan mendidih dengan api sederhana dan hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  • Masukkan isi kerang beserta daun limau, kacau. Rasakan garam dan gula. Masukkan santan pekat dan masaklah hingga kepekatan yang anda inginkan.

0 sweet comments: