0
Mihun Singapura

Mihun digoreng putih begini dah menjadi kesukaan anak-anak. Inilah mihun yang selalu saya sediakan jika kehabisan cili kisar tapi selera nak juga makan mihun goreng. Kira senang juga lah kerja sebab tak perlu nak blend cili terutamanya bila keadaan terdesak. Satu menu yang cukup simple penyediaannya....cuma perlu kepada pelbagai sayuran untuk menaikkan seri warna dan sekaligus menjadikannya menu seimbang.

MIHUN SINGAPURA

Bahan-Bahan:
1/2 bungkus mihun, rendam dan tos
15 ekor udang
3 keping fishcake
1 bungkus fishball
2 tangkai sawi
1 biji kecil lobak merah, dipotong seperti batang mancis
1 biji tomato, dihiris nipis
1 pokok daun bawang, dihiris 1 inci
1 genggam taugeh, jika suka
4 biji bawang merah, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam/lada sulah
1 sudu teh minyak bijan
3 biji telur
1 kiub perasa ayam
Garam secukup rasa

Caranya:
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan hirisan tomato, biarkan layu. Masukkan pula udang, fishcake, fishball, kiub ayam, garam secukup rasa dan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan sawi dan lobak merah, kacau dan biarkan sebentar. Pecahkan telur dan masukkan minyak bijan serta serbuk lada hitam, dikacau rata.
  4. Seterusnya masukkan mihun. Kacau rata sehingga mihun elok masaknya. Ketika ini jika garam dan lada hitam belum cukup rasanya bolehlah ditambah lagi. Jika terlalu kering dan mihun belum lembut lagi, tambahkan sedikit air lagi.
  5. Bila mihun sudah lembut, masukkan taugeh jika suka bersama hirisan daun bawang, kacau rata.
  6. Hiaslah ikut suka dan hidangkan.

0 sweet comments: