0
Pajeri Nenas

Weekend hari tu ada beli nenas....sebab dah plan hari pertama puasa berbuka dengan lauk pajeri. Lagipun dah lama tak masak pajeri kan, sekurang-kurangnya sebagai pembuka selera tatkala berbuka.
  • 1/2 biji nenas, dicelur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil udang kering*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 1/2 sudu kecil biji jintan manis*, ditumbuk lumat
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Garam dan Gula secukup rasa
Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga wangi.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masakkan lagi hingga naik bau.
  • Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih.
  • Masukkan nenas. Jika kuah pekat tambahkan dengan sedikit air.
  • Biar mendidih dan masukkan kerisik. Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.

0 sweet comments: