0
Kerutub Ikan Kembung


Untuk masakan ini, lebih sedap jika menggunakan ikan bawal atau siakap. Tapi disebabkan ikan spesis tu tak de....yang ada cuma kembung....kembung pun kembung lah. Sebab itu namanya bertukar menjadi kerutub ikan kembung. Sungguh sedap, anak-anak suka sangat sampai makan pun bertambah-tambah. Lagipun resepi-resepi yang ada di dapur ni semua resepi terpilih dan yang sedap-sedap menepati selera kami sekeluarga....sesuai dengan nama seleraputeri....yang tak sedap....tak masuk carta...jangan mare....

^sekali pandang mirip ikan percik^


KERUTUB IKAN KEMBUNG

Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan kembung yang besar
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
Bahan Dikisar Halus
  • 3 sudu besar cili siap kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 3 biji buah keras
Caranya
  • Ikan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng sehingga kuning tetapi tidak terlalu garing.
  • Panaskan minyak anggaran 2 sudu besar, tumiskan bahan kisar selama 5 minit atau sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan santan dan daun limau, biarkan mendidih sebelum memasukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Perasakan asam, garam dan gulanya.

***selain gula pasir, gula perang juga boleh digunakan utk membangkitkan rasa lemak.
***jika tiada buah keras, boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk badam....sebab saya pernah terbaca di ruangan kesihatan, buah keras punya kolestrol berbanding badam yang lebih berkhasiat.

0 sweet comments: