0
Semur Ikan Tenggiri

Resepi dari majalah RASA.... semur ni rasanya lebih kurang masak kicap berempah. Asal namanya Semur Ikan Tongkol tapi kerana saya menggunakan ikan tenggiri ....maka namanya pun turut berubah jugalah...ye tak... Penambahan rempah ratus di dalamnya memberikan sedikit kelainan dan mengharumkan kuah semur.


SEMUR IKAN TENGGIRI

Bahan-Bahan
  • 5 keping isi ikan tenggiri ] dilumur garam & digoreng
  • 2 biji bawang besar ] dipotong bulat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji tomato ] dibelah empat
  • 3 biji cili hijau ] dibelah dua (cili hijau xde, saya gantikan dgn capsicum)
  • 1 batang serai
  • 250 ml kicap pekat manis (yg ini saya tak follow sukatan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan - Dikisar
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 6 tangkai cili kering*
Bahan - Disangai & Dikisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga garing.
  • Masukkan ikan bersama cili hijau, tomato, serai, bawang besar dan kicap. Kacau hingga sebati (saya tambahkan sedikit air supaya tidak kering)
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan biarkan kuah sedikit pekat.
  • Angkat dan hidangkan.

0 sweet comments: