0
Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bagi peminat tempoyak, bila sebut saja perkataan tu kecur air liur bila mengingatkan tentang keenakannya. Tempoyak boleh dimasukkan sebagai penambah rasa ke dalam gulai sama ada bersantan atau tidak, sambal tumis, sambal mentah atau masakan-masakan lain yang sesuai. Bila sebut tempoyak, ia lebih sinonim dengan ikan patin. Tapi kalau hati dah meronta nak makan sangat gulai tempoyak....tak payah tunggu ikan patin....ikan lain pun boleh sebagai ganti....seperti ikan duri, kembung, tenggiri atau juga ikan keli. Resepi asal dari SINI atau boleh juga lihat di SINI.


GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan
  • Ikan kembung
  • 3 sudu besar tempoyak [dicampurkan dengan sikit air jadikan pes]
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan [dibelah 2]
  • 1 biji timun [saya tambahkan-dipotong ikut suka]
  • 1 ~ 2 keping asam keping
  • 2 ~ 3 biji cili kering* [saya guna 2 biji cili merah]
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Air secukupnya ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
  • Garam
  • Gula (optional/ ikut citarasa/ boleh tambah sekiranya guna tempoyak lama yg agak masam)

Caranya
  • Bahan2 bertanda* dikisar halus. Masukkan air & bahan-bahan kisar ke dalam periuk & didihkan.
  • Kemudian masukkan timun, bunga kantan, tempoyak, daun kesum, asam keping, garam & gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Bila ikan sudah masak & kuah secukup rasa bolehlah di tutupkan api.

Source: mamawandiha.blogspot.com
Recipe: mariamsayutiy.blogspot.com

0 sweet comments: