0
Kari Ikan Merah

Hasil laporan penyelidikan mendapati kari mengandungi bahan 'curcumin', iaitu sejenis bahan kimia yang membuatkan kari berwarna kuning. Menurut kajian, curcumin penting dalam pencegahan dan melawan barah. Ia menghalang pertumbuhan sel barah kulit, barah payu dara di mana ia berfungsi mengganggu sel melanoma yang menjadi penyebab barah. Selain itu, bahan kimia curcumin juga dapat menghentikan penyebaran plak otak menyakitkan di kalangan pesakit Alzheimer’s.

Kalau sebut kari ikan, rata-rata semua mengatakan kari ikan mamak yang paling best...tang mana bestnya pun tak tahu le...saya pernah tengok dieorang masak...caranya sama jer macam kita orang melayu masak....cuma dieorang kalau masak kari banyak menggunakan bawang dan mungkin campuran rempahnya yang berbeza kot menjadikan rasanya sedikit berbeza. Masakan kari ni ada macam-macam versi....lain orang lain stylenya....dan resepi ni adalah style saya.


KARI IKAN MERAH

Bahan-Bahan
  • 3 keping besar ikan merah
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 10 batang bendi
  • 2 biji tomato [dibelah empat]
  • 4 ulas bawang merah [dihiris]
  • 2 ulas bawang putih [dihiris]
  • 1/2 inci halia [dihiris]
  • 3 tangkai daun kari
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam & gula secukup rasa

Bahan Dikisar/Tumbuk Halus
  • 1 biji cili hijau
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam
Caranya
  • Satukan bahan kisar dengan rempah kari, gaul rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris sehingga kuning. Masukkan daun kari diikuti dengan pes kari dan 1 biji tomato yang dibelah tadi. Tumiskan sehingga wangi dan pecah minyak menggunakan api sederhana.
  • Masukkan santan, garam, gula dan air asam. Bila dah nampak sikit didih masukkan kacang bendi dan ikan. Bila dah cukup rasa masin, manis dan masamnya masukkan lebihan buah tomato. Bolehlah tutupkan api. Kepekatan kuah boleh diubah mengikut selera masing-masing.
  • Sedia untuk dihidangkan.

0 sweet comments: