0
Kuih Lapis Pisang & Keladi

Hati dah lama ingin tahu bagaimana rasanya kuih lapis pisang. Bila blogwalking ke umah rakan blogger yang menayang kuih lapis pisang, terasa-rasa kesedapan kuih tu bila rata-rata mereka mengiakan betapa sedap dan enaknya kuih tersebut. Ada tu sampai berkali-kali buat...kalau dah 2@3 kali buat...memang betul la sedap...kan...Idea kombinasi pisang dengan keladi daripada kak Watie yang duk nun jauh di Penang sana. Actually penyumbang asal resepi ni ialah kak Liza. Kuih ni dah ramai pengikutnya, antaranya kak Ummi, kak Yatie dan ramai lagilah. Memang betul kata kak Watie, kuih ni bertambah sedap bila rasa pisang dan keladi disatukan. Thanks pada kak Liza berkongsikan resepi yang best...juga kak Watie yang berkongsi idea....

Sebagai panduan untuk saya dan mungkin anda juga, saya telah convertkan sukatan cawan kepada metrik.


KUIH LAPIS PISANG & KELADI

Bahan A
  • 400 gm (2 cwn) santan - [100 gm santan pekat + 300 gm air]
  • 105 gm (1 cwn) tepung gandum
  • 90 gm gula pasir (asal 1/2 cawan)- [ikut kesesuaian masing2 yer]
  • 30 gm (2 sudu makan) tepung beras
  • 30 gm (2 sudu makan) tepung kastad/jagung -[saya guna tepung kastad]
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 150 gm (1 cwn) pisang emas/berangan - dilecek
  • 50 gm (1/4 cwn) air
Bahan C
  • 50 gm (1/4 cwn) air
  • 1/2 tsp yam paste
  • 1/2 tsp perisa keladi
  • 1/2 tsp pewarna ungu violet [jika perlu]

Caranya
  • Panaskan kukusan.
  • Gaulkan bahan A hingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Campurkan bahan B dalam satu bahagian, kacau rata dan bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang sama (adunan pisang).
  • Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C, kacau rata dan bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang sama (adunan ungu).
  • Tuangkan satu bahagian daripada adunan pisang ke dalam loyang (6" persegi) yang telah digriskan. Kukuskan selama 8 minit. Dah masak cakar-cakarkan.
  • Tuangkan pula satu bahagian daripada adunan ungu sebagai lapisan kedua. Kukus lagi selama 8 minit.
  • Ulangi proses melapis sehingga semua adunan habis digunakan.

~pesan dari dapur singgahsana~
untuk kuih lapis, santan yang digunakan tidak boleh terlalu pekat ditakuti lapisan tidak akan melekat dengan elok.

0 sweet comments: