0
Orange Yogurt Cake

Kek oren yang pernah meletup kat Cari Forum satu ketika dulu. Ketika tu saya mengikuti setiap perkembangan di situ. Banyak juga lah resepi yang saya pelajari di sana....buat je, terus menjadi....jarang lah yang fail. Salah satunya ialah kek oren ni. Bila mereka di sana memperkatakan tentang keenakan kek oren ini, saya rasa teruja untuk mencuba....untuk mengetahui sendiri rasa kek tersebut. First time saya buat kek ini ialah lima tahun lepas....dah lama dah....tapi tak de gambar....yer lah masa tu tak plan pun nak berblog-blog nih. Tapi bila resepi dah semakin menimbun sampai kan nak letak mana pun tak tahu dah....tergerak rasa nak punya blog sendiri...at least ada juga tempat untuk saya simpan resepi disamping dapat dikongsikan bersama anda semua.

Yang ini baru semalam buat. Pada saya ia kek oren yang moist dan sedap. Walaupun tidak menggunakan esen oren tetapi baunya harum sebab ada parutan kulit oren dan jus oren. ...fresh lagi. Saya cuma menyalinnya atas helaian kertas....jadi sebelum ianya terbang entah ke mana....ada baiknya saya catatkan di sini untuk rujukan saya akan datang. Untuk aneka kek oren anda boleh ke >>SINI.


ORANGE YOGURT CAKE

Bahan-Bahan
  • 125 gm butter
  • 1 sudu teh parutan kulit oren
  • 190 gm gula castor
  • 3 biji telur (asingkan kuning & putihnya)
  • 220 gm self-raising flour (diayak)
  • 60 ml jus oren
  • 280 ml yogurt

Caranya

  • Pukul butter, parutan kulit limau dan gula hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur satu-persatu. Pukul lagi adunan hingga kembang.
  • Masukkan tepung, jus oren dan yogurt.
  • Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kental (soft peaks form).
  • Masukkan putih telur ke dlm adunan tadi.
  • Bakar selama 1 jam, 170 darjah Celsius.

***cara nak uji sama ada putih telur telah kental dengan sempurna > bila diterbalikkan bekas, putih telur tersebut tidak jatuh

0 sweet comments: