0
Pankek Quaker

Oat disifatkan sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Bila saja memasuki badan, oat bertindak seperti span menyedut kolestrol yang tidak baik dalam badan seseorang. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang membezakan hanyalah cara penyediaannya. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan kerana oat berperisa yang banyak terdapat di pasaran tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana kandungan gulanya yang tinggi. Oat mempunyai pelbagai kebaikan.

Antara kebaikan oat:-
--Merendahkan kolestrol
--Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang
--Mengandungi bahan anti kanser (kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer)
--Mengawal tekanan darah dan membantu mengurangkan hypertension
--Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan
--Membantu menurunkan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber yang tinggi. Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight/obesiti
--Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan
--Oat juga mengandungi nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E selain zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium

Oat boleh dimakan bersama buah-buahan segar atau dicampur dengan susu sebagai tambahan kalsium. Oleh itu, adalah satu langkah bijak memasukkan oat sebagai salah satu hidangan setiap hari untuk kesihatan badan dan jantung kita. Jadi untuk itu, saya berkenan mencuba satu resepi pankek adaptasi dari majalah RASA yang mana oat satu daripada ramuannya. Masa proses menyukat bahan, terkejut juga sebab kuantiti oat yang digunakan banyak. Hati berkata-kata....jadi ke tidak pankek ni....aah...tawakal jer lah. Tapi bila dah siap dimasak, saya cubit sikit....hmmm....sedap juga. Satu kelainan daripada pankek-pankek yang lain. Satu menu yang sangat baik sebagai memulakan hari pagi anda....cukup mengenyangkan walau cuma dimakan sekeping.


PANKEK QUAKER

Bahan-Bahan
  • 150 gm self-raising flour
  • 1 biji telur A
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 40 gm mentega
  • 500 ml susu segar
  • 240 gm bijirin quaker
  • 15 gm gula pasir
  • 50 gm blackcurrent/kismis

Caranya
  • Bancuh tepung bersama telur, gula, esen vanila, mentega, susu segar dan bijirin quaker.
  • Setelah sebati, masukkan blackcurrent, kacau rata. Biarkan adunan 10-15 minit.
  • Panaskan kuali leper non-stick. Tuangkan adunan sikit demi sedikit menggunakan senduk kecil untuk mendapatkan bentuk bulat. Buat sehingga adunan habis digunakan.
  • Hiaskan pinggan bersama kepingan pankek tadi dan tuangkan coklat yang dicairkan dengan sedikit susu segar di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Selepas adunan siap dibancuh, ia kelihatan cair sedikit. Jadi perap/biarkan adunan sebentar dalam 10-15 minit bagi membolehkan oat mengembang. Selepas proses ini adunan akan jadi lebih pekat dan ini memudahkan adunan disenduk ke atas kuali.


0 sweet comments: