0
Sambal Daging Kerisik

Raya korban yang lalu kami sekeluarga menyambutnya di kampung. Tahun ini ibunda tersayang melakukan ibadah korban, satu ibadah yang digalakkan pada aidiladha sebagai tanda mensyukuri rahmat dan rezeki kurniaan Allah pada kita sebagai hambanya. Jadi banyak jugalah bekalan daging yang kami dapat. Anak-anak request sambal daging....jadi saya turutkan saja kehendak mereka....tambah pula bahannya pun simple jer....tak menyusahkan. Walaupun masak main campak-campak tapi hasilnya tidak mengecewakan....yang penting anak-anak suka.


SAMBAL DAGING KERISIK

Bahan-Bahan
  • 1 kg daging [dihiris nipis]
  • 1 batang serai [dititik]
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 5 helai daun limau [dihiris halus]
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit belacan
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Dikisar Halus
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Caranya
  • Panaskan minyak. Masukkan serai diikuti dengan bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Setelah pecah minyak, masukkan daging. Kacau dan tutupkan kuali supaya daging cepat empuk. Semasa proses menunggu daging empuk tambahkan air sedikit demi sedikit jika masakan kelihatan kering.
  • Setelah daging empuk, masukkan asam gelugor, hirisan daun limau dan perasakan garam dan gulanya. Kacau dan biarkan merenih sebentar sehinggalah kepekatan kuah yang diingini. Bolehlah diangkat.

~pesan dari dapur singgahsana~
selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga sedap dicicah dengan roti, pulut kuning mahupun lempeng

0 sweet comments: