0
Serimuka Sutera Ungu

Tengok kat umah MaDiha, dia tayang kuih serimuka labu....kebetulan serimuka favorit saya. Sebenarnya saya dah simpan lama resepi ni (ambil daripada fotopage), tapi tak terbuat-buat. Bila beli labu lastnya bukan jadi serimuka labu tapi saya sayurkan menjadi lemak labu....hehehe....Seru sampai jua akhirnya tapi saya gantikan labu dengan keledek ungu, kira boleh la kan....


SERIMUKA SUTERA UNGU

Lapisan Bawah

Bahan A

  • 50 gm beras pulut hitam [basuh, rendam semalaman dengan air panas, toskan]
  • 55 ml santan
  • secubit garam
Bahan B
  • 150 gm beras pulut [basuh, rendam 45 minit, toskan]
  • 150 ml santan
  • secubit garam
Caranya
  • Panaskan pengukus hingga mendidih.
  • Kukus bahan A sehingga kembang dan lembut. Angkat.
  • Satukan bahan B bersama bahan A yang telah dikukus tadi ke dalam loyang 7" persegi yang telah disapukan sedikit minyak. Gaul rata-rata dan kukuskan lagi sehingga masak.
  • Setelah masak tekan-tekankan sedikit pulut biar padat. Kemudian cakar-cakarkan permukaan pulut menggunakan garfu.


Lapisan Atas
  • 125 gm keledek ungu [rebus hingga empuk, toskan]
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 2 biji telur (B)
  • 1/4 sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila [saya tambah]
  • pewarna ungu violet [jika perlu]
Caranya
  • Sementara menunggu pulut masak, kisar halus keledek, santan, gula, dan garam. Tuangkan ke dalam bekas. Masukkan telur lalu dikacau rata dengan whisker.
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh hingga rata. Masukkan pula tepung jagung dan tepung beras, kacau hingga sebati. Tambahkan esen vanila.
  • Tuangkan ke dalam kuali/periuk dan masak sekejap dengan api yang sederhana sambil dikacau-kacau sentiasa menggunakan whisker. Agak-agak dah pekat seperti susu pekat manis bolehlah ditutupkan api.

  • Pastikan di atas lapisan pulut tiada air yang menitik (kalau ada...lap dulu dengan kitchen towel yang bersih). Semasa pulut masih panas-panas, tuangkan bancuhan keledek tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau sehingga masak.(Setiap 7-10 minit buka penutup kukusan dan lap wap pada penutup/balut penutup dengan tuala bersih)
  • Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.

~pesan dari dapur singgahsana~
Sukatan cecair dalam ml = gm (for example: 50 ml = 50 gm)
Saya lebih selesa menyukat sebarang sukatan cecair dalam gm kerana lebih tepat berbanding penyukat ml

0 sweet comments: