2
Tauhu Jepun Daging Cincang


Menu paling ringkas, pasti disukai anak-anak. Lagi pula anak-anak saya memang sukakan tauhu jepun atau tauhu telur ni berbanding tauhu keras yang biasa tu. Resepi saya adaptasikan dari majalah SAJI. Saya tambahkan dengan cendawan butang kerana anak-anak saya juga cukup suka dengannya.


TAUHU JEPUN DAGING CINCANG

Bahan A
  • 3 silinder tauhu jepun
  • 150 gm breadcrumb oren
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan B
  • 1 labu bawang besar [potong dadu]
  • 3 ulas bawang putih [cincang]
  • 1 inci halia [cincang]
  • 2 biji cili merah [hiris halus]
  • 2 biji cili hijau [hiris halus]
  • 200 gm daging cincang
  • 6 biji cendawan butang [dihiris]
  • 1 tangkai daun ketumbar [hiris halus]
  • 2 sudu kecil tepung jagung
Bahan C (Sos)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos blackpepper
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Caranya
  • Potong tauhu kepada enam bahagian. Kemudian pukul sedikit telur bersama lada hitam. Celupkan tauhu ke dalam telur, golekkan dengan breadcrumb, goreng tauhu hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan daging cincang. Tumis hingga sebati. Masukkan cendawan, cili merah, cili hijau dan halia. Tuangkan sedikit air dan kacau rata.
  • Masukkan bahan sos, kacau lagi hingga rata dan rasakan. Tambahkan garam jika perlu.
  • Pekatkan dengan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar, kacau-kacau sekejap dan tutupkan api.
  • Tuangkan ke atas tauhu.

2 sweet comments:

Nuridah said...

Salam Akma,

hehe knur dtg lagi ni..boleh kan?
Knur berkenan resipi tauhu jepun
ni...febret akak ni...knur copy resipi ya...nampak sedap...nak cuba
dan terima kasih berkongsi resipi ni.

Iza Akma said...

Salam Kak Nur,

bila2 masa datang pun bleh knur...pintu umah sentiasa terbuka, even copy n cuba any resepi pun...silakan...
Resepi knur juga dah termasuk dlm waiting list...tinggal nak buat jer.