0
Asam Pedas Ayam Ala Puteri

Semalam saya mencuba satu resepi dari majalah...resepi ikan bawal yang disiram sambal di atasnya. Sambalnya menjadi....tapi mak aii...pedas sangat....dah adjust sini sana pun masih tetap pedas. Bila menghidang saya cuma siram sambal tu sikit-sikit je atas ikan, takut nanti anak-anak tak lalu makan pulak. Selesai dinner ikannya habis but sambalnya masih banyak lagi. Nak buat apa yer dengan lebihan sambal nih....ahh...simpan jer la dulu dalam petisejuk...esok fikirkan.

So, hari ini bangun je pagi tadi terus plan nak masakkan leftover sambal semalam dengan ayam...tak perlu nak potong bawang segala cuma tambahkan air saja. Hasilnya jadilah seperti dalam gambar tu....seakan-akan rasa asam pedas....sebab itulah saya namakanya asam pedas ayam. Resepi berikut adalah anggaran....pandai-pandai lah u all adjust yer...nampak remeh sikit...tapi sedap ...


ASAM PEDAS AYAM ALA PUTERI

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji ubi kentang [dipotong]
Bahan-Bahan Untuk Sambal
  • 1/2 labu bawang besar [dihiris tebal]
  • 2 ulas bawang putih [diketuk]
  • 1/2 cawan kacang peas [jika suka]
  • 2 batang bunga kantan [dibelah dua]
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • garam & gula jika perlu
Bahan Sambal- Dikisar Halus
  • 40 tangkai cili kering [tak nak pedas, boleh kurangkan]
  • 1 biji besar bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 3 batang serai [kecil]
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan
Caranya
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dengan bawang putih sehingga pecah minyak dan berbau harum.
  • Masukkan santan, air, asam gelugor, bunga kantan dan kacau rata. Perasakan garam dan gula jika perlu.
  • Masaklah sehingga pekat. Bila kuah hampir pekat masukkan hirisan bawang dan kacang peas. Biarkan merenih sekejap dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu lumurkan ayam dengan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain dan masukkan semua ayam yang bergaul dengan kunyit tadi. Balikkan-balikkan ayam sehingga 1/4 masak.
  • Tuangkan sambal tadi dalam kuali yang berisi ayam. Tambahkan air mengikut banyak mana kuah yang diperlukan. Masukkan juga ubi kentang. Masaklah sehingga mendidih. Bila dah cukup masak dan rasanya boleh diangkat dan hidangkan. (Jika suka boleh juga masukkan daun kesum).

0 sweet comments: