0
Jantung Pisang Goreng Pedas

Jantung pisang mengandungi 1.2% protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta fosfurus dan zat besi. Jangan dipandang rendah nilai kesihatan yang terdapat pada sayuran kampung ini. Mungkin ada antara kita yang tidak tahu bahawa jantung pisang mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya yang tersendiri.

Antara Khasiat Jantung Pisang:
--Membersih/mencuci organ-organ dalaman badan seperti buah pinggang, jantung dan hati
--Baik untuk kesihatan pembuluh darah
--Berupaya mencegah stroke dan pendarahan otak
--Memberi tenaga pada tubuh badan

Sumber Info: http://herba-tihara.blogspot.com/2009/05/khasiat-jantung.html


Antara hidangan yang sering dimasak menggunakan jantung pisang adalah gulai lemak kuning, jantung pisang yang diracik dan digoreng serta kerabu jantung pisang bersama kerang selain enak direbus dijadikan ulam-ulaman dicicah bersama sambal belacan. Ayu minta izin saya panjangkan pula resepi nya di sini yer...


JANTUNG PISANG GORENG PEDAS

Bahan-Bahan
  • 1 biji jantung pisang nipah, kupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut, rendam
  • 1 genggam ikan bilis, rendam 10 mnit, dan toskan dan bagi dua-(saya juga spt Ayu gunakan kiub ikan bilis aje)
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
Bahan Ditumbuk Lumat
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan
  • 1 bahagian ikan bilis tadi

Caranya
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua, belah lagi dan hiris sederhana halus. Masukkan dalam kuali. Kacau rata.
  • Masukkan ikan baki ikan bilis, kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. Hidangkan segera.

0 sweet comments: