1
Kuih Cara Manis

Kuih tradisi yang tak dilupa sehingga kini. Sesuai sebagai breakfast, minum petang mahupun sebagai kudapan anak-anak. Lebih-lebih cuti sekolah ni, tak wat ape...duk umah asyik nak mengunyah jer. Jadi buatkan kuih ni lebih sikit kan, untuk diorang makan-makan...sambil tu maknya pun tumpang sekaki...hehe...
Resepi ni saya belajar masa skolah2 dulu...maklumlah ambil SRT. Sampai sekarang buku itu masih tersimpan elok lagi, mana pindah pun saya bawa pergi. Malah pankek pisang yang pernah saya post dulu pun daripada buku ini...resepi2nya confirm menjadi dan sedap

KUIH CARA MANIS

Bahan-Bahan
  • 120 gm tepung gandum
  • 150 ml santan pekat / susu
  • 2 helai daun pandan, dikisar bersama 100 ml air
  • 1 biji telur
  • 1/4 tsp garam
  • gula halus sebagai inti
  • pewarna hijau jika perlu

Caranya
  • Sediakan bater: Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk adunan dan masukkan telur, susu/santan, jus pandan serta garam. Kacau adunan sehingga rata dan menjadi bater yang halus. Ketepikan.
  • Memasak kuih: Panaskan acuan kuih cara dengan sedikit minyak/marjerin/minyak sapi. Apabila acuan sudah panas, tuang bater hingga 1/2 penuh. Masukkan dengan cermat 1 tsp gula sebagai inti ke dalam tiap-tiap acuan itu dan tuangkan lagi bater supaya tertutup intinya. Tutup acuan itu dan biarkan kuih itu masak perlahan-lahan.
  • Apabila kuih masak, cungkil tepinya dengan pencucuk dan angkat dengan cermat. Hidangkan dengan cara bertindih.

1 sweet comments:

izahdaut said...

cantik gambarrr..suke tengok!!!