0
Pisang Goreng Bijan


Selalunya bila menggoreng pisang, cuma dicelup dengan bancuhan campuran tepung beras dan tepung gandum. Tapi kali ini nak cuba kelainan dengan tambahan bijan. Resepi dari dapur kak Ummi. Kak Ummi menggunakan keledek tapi saya gunakan pisang. Hasilnya sedap...cantik pun cantik...sesuai sangat lah untuk sarapan atau pun sajian di kala minum petang...bertambah sedap jika time petang tu hujan...makan pisang goreng panas sambil minum teh atau kopi...waduh...


PISANG GORENG BIJAN

Bahan-Bahan
  • 5 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/4 cawan bijan
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk goreng terendam


Caranya
  • Bancuhkan adunan tepung dan ketepikan.
  • Pisang dibelah dua atau ikut suka.
  • Panaskan minyak yang banyak (goreng terendam) di dalam kuali.
  • Salutkan pisang dengan adunan dan goreng hingga berwarna keemasan.
  • Hidangkan panas-panas.

0 sweet comments: