0
Cucur Badak


ASSALAMUALAIKUM...TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG SUDI MENZIARAHI RUMAH SAYA YG TIDAK SEBERAPA NI. N3 HARI NI, KUIH CUCUR BADAK. BAGAIMANA ALKISAHNYA KUIH NI MENDAPAT NAMA...TAK PASTILAH PULA. KREATIF BETUL ORG DULU2 BERI NAMA KAN...KALAU TAK KITA SEBAGAI IBU2 MEMPERKENALKAN KUIH2 TRADISI KPD ANAK2, SIAPA LAGI...BETUL TAK? JGN ASYIK SAJIKAN ANAK2 DGN MAKANAN BARAT HINGGAKAN KUIH2 DAN MAKANAN TRADISI KITA DIPINGGIRKAN. OKLAH JGN CELOTEH PANJANG LAGI JOM TENGOK RESEPI..

CUCUR BADAK

BAHAN DOH:
1 KG KELEDEK PUTIH
1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN TEPUNG UBI

BAHAN INTI:
1/2 BIJI KELAPA PARUT
1 BATANG SERAI
100 GM UDANG KERING
5 TANGKAI CILI KERING - TAK PERLU DIRENDAM (NAK PEDAS TAMBAH LAGI YE..)
1 LABU BAWANG SEDERHANA BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU MAKAN JINTAN MANIS (NI SAYA TAMBAH SENDIRI)
SEDIKIT AIR ASAM JAWA
2 SUDU BESAR GULA
GARAM SECUKUP RASA

CARA MASAK INTI:
1. CILI KERING, BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH DAN JINTAN MANIS DIGORENG DENGAN 1 TSP MINYAK DGN API YANG KECIL HINGGA NAIK BAU DAN BAWANG SERTA CILI KELIHATAN GARING SIKIT (JGN HANGUS NNT PAHIT PULA..)
2. KISAR HALUS BAHAN YG DIGORENG TADI BERSAMA SERAI DAN UDANG KERING.
3. CAMPURKAN BAHAN KISAR, AIR ASAM JAWA, GULA DAN GARAM BERSAMA KELAPA PARUT, GAUL RATA.
4. GORENGKAN CAMPURAN KELAPA PARUT TADI TANPA MINYAK DLM KUALI SEHINGGA MASAK.

CARA BUAT KUIH:
1. KELEDEK DIKUPAS KULIT & DIREBUS SEHNGGA EMPUK.
2. SETELAH EMPUK TOSKAN, KEMUDIAN LECEK SEHINGGA HALUS. BIARKAN KELEDEK SEKETIKA.
3. DAH SEJUK, BARU MASUKKAN TEPUNG GANDUM & TEPUNG UBI, ULI SEHINGGA SEBATI.
4. AMBIL SEDIKIT DOH SEBESAR BOLA HOKI DAN LEPERKAN, MASUKKAN INTI DAN BULATKAN DOH SEMULA. BUAT HINGGA HABIS SEMUA DOH DAN GORENG.
5. BILA KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN MINYAK.

NOTA: KUIH NI MASIH KEKAL LEMBUT WALAUPUN KEESOKAN HARINYA.

0
Apam Labu


SEMALAM BELI SEBIJI BESAR LABU...BUAT MASAK LEMAK SAYUR LABU. ADA BAKI LAGI, TU YANG BUAT APAM LABU NI. APAM NI SEDAP TAK JEMU MAKAN. BUAT APAM NI ADA TEKNIKNYA...SALAH TEKNIK ALAMATNYA BANTATLAH APAM TU. NAK TAU TEKNIKNYA, JOM TENGOK RESEPI...

APAM LABU

BAHAN STARTER(YEAST DOUGH):
50 GM TEPUNG GANDUM }
50 ML AIR } CAMPURKAN & BIARKAN 1/2 JAM
1 TSP(7.5 GM)YIS }

BAHAN BATTER:
320 GM TEPUNG GANDUM }
2 TSP DOUBLE ACTION BAKING POWDER } DIAYAK BERSAMA

200 GM LABU KUKUS
100 ML SANTAN
50 ML AIR
140 GM GULA MERAH (SAYA GUNA 120 GM GULA PASIR)
1 BIJI TELUR

CARANYA:
1. SATUKAN LABU,GULA,TELUR,SANTAN DAN AIR. PUKUL DENGAN HAND-MIXER HINGGA RATA.
2. MASUKKAN TEPUNG YANG DIAYAK,YEAST DOUGH DAN GAUL RATA DGN TANGAN.
3. MASUKKAN DALAM ACUAN YANG BERALAS DGN PAPERCUP.(SAYA KUKUS DLM ACUAN LOMPANG JE)
4. CELUPKAN SPATULA KE DALAM MINYAK DAN BUATKAN SILANGPANGKAH "X" ATAS ADUNAN. BIARKAN IA MENGEMBANG SELAMA 10 MINIT (SAYA PERAP 30 MINIT).
5. KUKUS DENGAN API BESAR SELAMA LEBIHKURANG 15 MINIT.

some extra tips:
***When adding in flour, double acting baking powder and yeast dough into blended batter, do it quick, in one direction, with spread out fingers. Once flour is mixed, stop- do not over mix the batter.
***It is important to dip the spatula in oil before cutting it deep down into the batter to form an "x".
***Never remove the lid while the fatt kuehs are being steamed. It might cause them to "not-smile."

0
Talam Ubi Nyonya


TALAM UBI NYONYA DGN TALAM UBI TRADISI KITA TAK BANYAK BEZA DARI SEGI RASA DAN RUPA. KALAU KITA LIHAT, SEGALA KUIH NYONYA DARI APAM SEHINGGLAH KUIH2 TALAM SEMUANYA DIBERI GAYA BARU, COLOURFUL DAN CUKUP MENARIK. KUIH TALAM UBI NI PUN SATU DRPD NYONYA STYLE.
DLM GAMBAR TU, KUIHNYA NAMPAK NIPIS SIKIT SBB SAYA BUAT 1/2 RESEPI TP TERGUNA LOYANG 7"...SEPATUTNYA GUNA LOYANG 6" BARU CANTIK TEBALNYA. KUIH TALAM NI KALAU NAK CANTIK POTONGANNYA KENALAH TUNGGU BETUL2 SEJUK. KERANA SAYA TAK SABAR NAK LIHAT HASILNYA MACAMANA...SEJAM LEPAS MASAK SAYA DAH POTONG...ITULAH SBBNYA POTONGAN NAMPAK KURANG KEMAS. KUIH2 NYONYA NI MEMANG MANIS. JD PADA SESIAPA YANG PENAWAR TU SILA KURANGKAN SUKATAN GULA IKUT KESESUAIAN MANIS MASING2 YE.

TALAM UBI NYONYA

BAHAN A:
600 GM UBI YANG SIAP DIPARUT
600 ML SANTAN
200 GM GULA PASIR
2 TBSP TEPUNG UBI

BAHAN B:
45 GM TEPUNG BERAS
45 GM TEPUNG GANDUM
85 GM TEPUNG UBI
1/2 TSP GARAM
100 GM GULA PASIR
500 ML SANTAN
40 GM JUS PANDAN
SEDIKIT PEWARNA HIJAU

CARANYA:
1. SEBATIKAN BAHAN A, TUANG DLM LOYANG DAN KUKUS SELAMA 25 MINIT.
2. SEBATIKAN BAHAN B, BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN. CAMPURKAN JUS PANDAN & PEWARNA HIJAU KE DALAM SATU BAHAGIAN, KACAU RATA. SEMENTARA SATU BAHAGIAN LAGI DIBIARKAN WARNA ASAL.
3. SETELAH LAPISAN UBI MASAK, TUANGKAN ADUNAN HIJAU KE ATASNYA DAN KUKUS LAGI 20 MINIT.
4. SETELAH LAPISAN HIJAU MASAK, TUANGKAN PULA ADUNAN PUTIH DAN KUKUS LAGI 20 MINIT.
5. TUNGGU HINGGA BENAR-BENAR SEJUK BARULAH DIPOTONG DAN HIDANGKAN.

0
Puding Cendol Gula Melaka


SALAM SEMUA. DUA TIGA HARI NI CUACA GITU PANAS SEKALI. TERLINTAS DIFIKIRAN NAK BUAT DESSERT. BARU SAYA TERINGAT YG SAYA ADA BELI SEBUNGKUS CENDOL MINGGU LEPAS. HAJAT HATI NAK BUAT TALAM CENDOL TP TAK JADI...SIB BAIK BELUM EXPIRED LAGI. MAKA PILIHAN DESSERT SAYA HARI INI JATUH PADA PUDING CENDOL. SEBENARNYA DAH BANYAK KALI DAH BUAT PUDING NI...MEMANG SEDAP. KALAU SAYA NAK BUAT PUDING CENDOL SAYA AKAN TERUS STICK DGN RESEPI NI.

PUDING CENDOL GULA MELAKA

BAHAN A:
15 GM SERBUK AGAR-AGAR
300 ML SANTAN PEKAT
600 ML AIR
1/2 TSP GARAM
500 GM CENDOL
150 GM GULA PASIR
1 TBSP TEPUNG JAGUNG

BAHAN B:
15 GM SERBUK AGAR-AGAR
400 ML SANTAN PEKAT
500 ML AIR
200 GM GULA MERAH
1/2 TSP GARAM
1 KUNING TELUR
1 TSP ESEN VANILLA
1 TSP PEWARNA COKLAT

CARA-CARA:1. MASAK KESEMUA BAHAN A KECUALI CENDOL SEHINGGA HAMPIR PEKAT SEPERTI MEMBUAT KUIH TALAM. SETELAH MASAK TUTUP API, TAPIS DAN MASUKKAN CENDOL, KACAU RATA.
2. TUANGKAN KE DALAM LOYANG 9X9X3 DAN BIARKAN BEKU. LOYANG HENDAKLAH DIBASAHKAN TERLEBIH DULU SUPAYA PUDING MUDAH DIKELUARKAN.
3. BAHAN B DIMASAK SEHINGGA SEBATI DAN LAPISKAN KE LAPISAN CENDOL, BIARKAN BEKU. PASTIKAN LAPISAN CENDOL DICAKAR2 TERLEBIH DULU SUPAYA MEMUDAHKAN LAPISAN LEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN.
4. SEJUKKAN SEBELUM DIPOTONG DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.

0
Talam Lapis Kacang Merah

DAH LAMA JUGA RASANYA SAYA TAK UPDATE BLOG DGN ANY MASAKKAN...SBB SIBUK SANGAT DLM SEMINGGU DUA NI. UTK N3 KALI NI, SEMPAT SAYA CURI2 MASA MENYIBUKKAN DIRI DI DAPUR MENYEDIAKAN KUIH TALAM LAPIS KACANG MERAH. KUIH NI MEMANG SEDAP, KAYA DENGAN RASA KACANG MERAH. TEKSTUR KUIH NI PUN CANTIK DAN LEMBUT...SECUKUP RASA.

1
Steamed Cheese Chocolate Cake


SAYA TERTARIK UTK MENCUBA SALAH SATU RESEPI YG SAYA PELAJARI DARI CHEF ZUBAIDAH. BIASANYA KITA LIHAT CHEESECAKE VERSI BAKED/CHILLED...TAPI YANG INI VERSI KUKUS PULA. TAK SILAP SAYA DALAM RUMAH CIK MATGEBU PUN ADA RESEPI NI, RESEPI CHEF NORZAILINA. KEBETULAN CREAM CHEESE DAN BAHAN2 YG LAIN PUN ADA...SO TUNGGU APA LAGI OPERASI PUN BERMULA. MEMBUATNYA WALAUPUN SENANG TAPI BANYAK STEP YG PERLU DIIKUTI UTK DAPATKAN HASIL YG TERBAIK. SEBELUM NI SAYA DAH CUBA RESEPI CHEF NORZAILINA. PADA SAYA HASIL DAN RASA KEDUA2 RESEPI NI LEBIHKURANG SAMA. APA-APA PUN KITA LAYAN DULU RESEPINYA.

STEAMED CHEESE CHOCOLATE CAKE

8 BIJI TELUR B - ASINGKAN KUNING & PUTIH
200 GM GULA KASTOR
500 GM CREAM CHEESE
250 GM WHIPPING CREAM
200 GM TEPUNG SUPERFINE
60 GM TEPUNG JAGUNG
2 TSP ESEN VANILLA
1 SDM CHOCOLATE EMULCO

--PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA GEBU. MASUKKAN SEPARUH GULA DAN PUKUL LAGI SEHINGGA KENTAL. KETEPIKAN.
--DI BEKAS YG LAIN PUKUL CREAM CHEESE DAN BAKI GULA TADI HINGGA SEBATI DENGAN WHISK TANGAN.
--MASUKKAN KUNING TELUR SATU PERSATU DAN DIIKUTI DGN WHIPPING CREAM PUKUL LAGI HINGGA RATA.
--MASUKKAN TEPUNG JAGUNG & SUPERFINE, GAUL RATA.
--LAST SEKALI MASUKKAN PUTIH TELUR.
--AMBIL SEDIKIT ADUNAN DAN CAMPURKAN DENGAN COKLAT EMULCO.
--GRIS & ALAS BAWAH LOYANG 8X8. MULA-MULA RATAKAN ADUNAN PLAIN, LEPAS TU BUATKAN JALURAN MEMANJANG DENGAN ADUNAN COKLAT THEN TUTUP LOYANG DGN FOIL, KUKUS 10 MINIT.
--SELEPAS LAYER PERTAMA MASAK LAKUKAN LAYER KEDUA DGN CARA YANG SAMA BEGITULAH SETERUSNYA HINGGA HABIS ADUNAN.
--BIARKAN BENAR2 SEJUK SEBELUM DIPOTONG.

SELAMAT MENCUBA!!

0
Nasi Goreng Planta Cina


INI N3 BIASA2 JE...SAYA GUNA PLANTA MENGGANTIKAN MINYAK, TIADA CILI CUMA LADA SULAH...JADILAH NASI GORENG PLANTA CINA. MEMANDANGKAN CUMA SAYA AND MY DAUGHTER JE YG LUNCH KAT RUMAH, JADI SAYA TAK MASAK YG LAIN...CUKUPLAH UTK KAMI BERDUA. PADA SAYA GUNA PLANTA NASINYA LEBIH LEMBUT SPT MY DAUGHTER SAID...'SEDAP SANGAT, LAIN KALI BOLEH BUAT LAGI..'. UNTUK MAKAN MALAM PULA, NANTILAH FIKIR DULU APA YG NAK DI MASAK...

2
Bingka Ubi Gula Merah



INI SATU LAGI KUIH TRADISIONAL KITA YANG TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS...BINGKA UBI.
SAYA SEMEMANGNYA PENGGEMAR KUIH-KUIH MELAYU JADI SAYA BOLEH BEZAKAN YG MANA SEDAP DAN YG MANA TIDAK. SAYA BELAJAR KUIH NI DARI KAK PAU. BINGKA UBI NI SEMEMANGNYA ORI...TAK ADA CAMPURAN TELUR ATAU TEPUNG YANG LAIN...CUMA UBI,SANTAN DAN GULA MERAH. IKUT GAMBAR NAMPAK KURANG MENARIK KAN TP RASA MEMANG ENAK CUKUP DENGAN RASA LEMAK2 MANIS DARI SANTAN DAN GULA MERAH.

0
Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Betik Muda


SELALUNYA KALAU KAT KEDAI2 MAKAN MASAKAN THAI, BIASA KITA LIHAT BETIK MUDA DIBUAT KERABU/SOMTAM. SAYA PULA MEMASUKKAN BETIK NI KE DLM MASAKAN LAUK FAVOURITE KAMI SEKEUARGA...AYAM MASAK LEMAK CILI API. KEBIASAANNYA UBI KENTANG/NANGKA MUDA MENJADI PILIHAN TP SAYA GANTIKAN DGN BETIK MUDA MEMANDANGKAN ADA DUA BIJI BETIK DI RUMAH NI YG BELUM TERUSIK. SELAIN DIBUAT GULAI, SERINGKALI JUGA SAYA TAMBAHKAN BETIK MUDA KE DLM MASAKAN KARI ATAUPUN MASAK ASAM PEDAS AYAM/DAGING.
RESEPINYA SAMA JE DGN MASAK CILI API YG LAIN...CUMA PENAMBAHAN DAUN KESUM, KISAR SEKALI BERSAMA CILI DAN MASAKLAH SEPERTI BIASA. TAPI BETIK TU HENDAKLAH DIMASAK HINGGA AGAK2 EMPUK...KALAU TIDAK NANTI TAK SEDAP...KERAS. KALAU ADA YG TANYA RASANYA, MEMANG ADA KELAINAN SIKIT. KALAU KAWAN2 NAK TAHU TANG MANA KELAINANNYA...CUBALAH YE...MEMANG SEDAP..PASTI BETIK YG HABIS DULU.

0
Cara Pandan & Cara Coklat Kelapa Parut



CARA COKLAT KELAPA PARUT
CARA PANDAN

SEMUA TAHU KAN KUIH APA TU. YA, ITU LAH KUIH CARA...SALAH SATU KUIH YG POPULAR DARI DULU MALAH HINGGA KINI IA TETAP TERUS MENJADI PILIHAN SAMADA UTK SARAPAN, MINUM PETANG MAHUPUN DI MAJLIS2 KERAIAN. SELAIN CARA PERISA PANDAN YG BIASA KITA LIHAT, IA JUGA BOLEH DIPELBAGAIKAN DGN PERISA JAGUNG, COKLAT DAN TABURAN INTI DAGING ATAU AYAM DIATASNYA YG DI KENALI SEBAGAI CARA BERLAUK. MUNGKIN DGN ADANYA KUIH CARA PELBAGAI RASA DAN WARNA AKAN MENARIK MINAT KANAK2 ZAMAN KINI UNTUK TERUS MENIKMATI DAN MENGGEMARI KUIH TRADISI KITA.

0
Serimuka Pulut Pelangi


DAH LAMA NAK BUAT SERIMUKA YANG COLOURFUL MACAM NI TP ASYIK TERTANGGUH AJE. MAKA HARI INI SAYA BERKESEMPATAN MEMBUATNYA SEBAGAI HIDANGAN MINUM PETANG BERSAMA KELUARGA TERSAYANG. RESEPI DRP CHEF ROSE (SEORANG CHEF HOTEL). MAAF CHEF, SAYA DAH UBAH SIKIT CARA DI BAHAGIAN PULUT TU. SAYA KUKUSKAN PULUT YANG BERWARNA TU BERASINGAN DENGAN PULUT YANG PUTIH THEN DIGAULKAN BERSAMA...KUKUS SEMULA SEBENTAR.
SEBELUM INI DAH BANYAK RESEPI SERIMUKA SAYA CUBA TP BELUM ADA PUN YANG SESUAI DGN CITARASA SAYA...ADA JE RAGAMNYA. APA-APA PUN RESEPI CHEF NI YANG PALING SEDAP PERNAH SAYA RASA...PULUTNYA TAK KERAS TAK LEMBIK DAN TEKSTUR BAHAGIAN KASTADNYA MENEPATI PIAWAIAN SAYA...PEJAL TAPI LEMBUT, RASA LEMAK2 MANIS DGN AROMA DAUN PANDANNYA. THANKS CHEF ROSE...

0
Apam Warna-Warni



SEMUA TENTU DAH KENAL DENGAN APAM NI KAN? INILAH APAM WARNA-WARNI. KEBETULAN KAT RUMAH MAK NAK ADAKAN MAJLIS KENDURI KESYUKURAN DOA SELAMAT...JADI SAYA BUATLAH APAM NI SBG SALAH SATU KUIH SAMPINGAN UTK HIDANGAN PARA TETAMU. TAK SANGKA PULA PERTAMA KALI BUAT HASILNYA SUKSES SEKALI...BEGITU LEMBUT DAN GEBU...RASA SUKA SANGAT BILA LIHAT APAM-APAM TU CANTIK MEKARNYA. TAK RUGI RASANYA SAYA PERGI BERGURU DGN SIAPA LAGI KALAU TIDAK DGN KAK PAU...SEORANG PAKAR MASAKAN YG RASANYA SEMUA DAH KENAL DAN TAHU KAN...SEMUA RESEPI2 BELIAU MEMANG TERNYATA SEDAP DAN TIDAK MENGECEWAKAN. THANKS A LOT KAK PAU..

1
Talam Peanut Butter


TALAM PEANUT BUTTER NAMA DIBERI...RESEPI CHEF ASMA. HASIL KOMBINASI TALAM YANG SEDAP DAN UNIK. BAHAGIAN BASE ADA RASA LEMAK2 MENTEGA KACANG MANAKALA BAHAGIAN ATAS PULA LEMAK2 MANIS DAN KENYAL...SEDAPP...

0
Bahulu Batik Mekar





INILAH HASIL RESEPI KAK FIDA@MYR. MEMANG SEDAP, GEBU DAN SEMEKAR-MEKARNYA. THANKS KAK FIDA.


BAHULU BATIK MEKAR


Bahan-Bahan:
  • 125 gm tepung gandum* (1 cwn + 1 1/2 sb)
  • 1 tsp baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 gm gula halus (1/2 cwn - 1 sk)
  • 1/2 sdt penuh ovallete
  • 4 1/4 sdb susu cair
  • 1 biji telur(A)
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 1 sdt chocolate paste (atau 1 sdb koko dibancuh dgn air jadikan pes)

Caranya:
  • Panaskan kukusan. Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  • Pukul semua bahan kecuali choc paste hingga sebati dan pekat.
  • Adunan dibahagi dua dan bubuh choc paste pada satu bahagian.
  • Bubuh adunan berselang-seli dlm papercup yang tersedia hingga habis.
  • Kukus hingga mekar selama 10-15 min dengan api kuat.