0
Puding Lapis de Coco

Ini adalah projek nak manghabiskan saki baki swiss roll dan susu cair lebihan daripada coffee cheese cake entri sebelum ni....maka terhasil lah puding lapis yang penuh dengan rasa lemak berkrim. Jenuh juga lah nak beri nama tapi bila lihat semua lapisan berasaskan coklat....datanglah idea dengan nama puding lapis de coco. Buat masa ni tak dapat nak share resepinya (eh...ada ke yang mintak...ntah-ntah aku je yang terperasan...hehehe....), nanti-nantilah sebab semuanya datang secara spontan olahan daripada beberapa resepi puding yang pernah dicuba. Jamu mata je lah dulu yer....

0
Coffee Cheese Cake

COFFEE CHEESE CAKE

Base: Coffee Swiss Roll
Cheese Cake:
500 gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
150 ml susu cair
300 gm cooking chocolate
1 tbsp gelatin*
1/2 cawan air sejuk*
1 tbsp instant coffee

Caranya:
  1. Larutkan dahulu bahan bertanda *. Kemudian panaskan secara double boil. Setelah cair masukkan coffee, tutup api dan kacau rata (jika berketul tapis).
  2. Kemudian cairkan pula coklat juga secara double boil dengan api kecil. Ketepikan.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang dan halus.
  4. Masukkan susu cair, pukul lagi hingga rata.
  5. Masukkan campuran gelatin, dipukul rata.
  6. Akhirnya masukkan coklat cair dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
  7. Potong swiss roll dan penuhkan dasar acuan dengannya. Kemudian tuangkan adunan cheese dan dinginkan semalaman.
Sumber: Chef Wan

0
Ayam Merah Kashmir

Sekarang ni semua harga barang melambung-lambung ekoran kenaikan harga minyak. Hari-hari dok fikir budget keperluan dapur....pening kepala....itu belum lagi masuk budget ansuran rumah, kereta, perbelanjaan sekolah anak-anak, bil air, letrik, bil itu bil ini dan banyak lagilah yang lain-lain....boleh sesak nafas dibuatnya. Hari-hari pimpinan kita suruh rakyatnya berjimat-cermat banyakkan menabung....tapi kalau dah cam gini gayanya....boleh masuk angin keluar asap kita....yer lah dengan pendapatan kita yang ciput ni berbanding dengan kos sara hidup yang semakin tinggi....apalah yang tinggal....nak makan pun tak cukup inikan nak menabung....apalagi nak jadi kaya....hehehe....lainlah halnya dengan mereka yang punya duit keliling pinggang, sebut je apa pun....sepantas kilat semua di depan mata....
Ok lah berleter banyak pun bukan leh merubah apa-apa. Kita terus ke menu kita hari ini. Minggu ni saya beli daging ayam je untuk stok seminggu....sebab harganya lebih murah daripada ikan dan seafood yang lain. Bahannya lebih kurang sama je seperti masak merah cuma kelainannya ada penambahan daun kari. Resepi asal dari Ummi tapi saya dah ubahsuai ikut citarasa saya....mmmm....sedapp!!!

AYAM MERAH KASHMIR

Bahan-Bahan:
16 potongan isi ayam
1 biji buah tomato, dihiris bulat dan nipis
100 gm tomato puree
3/4 cawan tomato sos (boleh tambah kalau nak rasa lebih masam)
10 sudu besar susu sejat
1 inci kulit kayu manis*
1 bunga lawang*
2 ulas bawang merah, dihiris*
2 pelepah daun kari*
Gula Merah dan Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
3 batang serai yang besar

Caranya:
  1. Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang bertanda *. Setelah sedikit layu masukkan pula bahan yang dikisar. Tumis dengan api yang perlahan. Setelah naik bau masukkan hirisan buah tomato, kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan tomato puree dan sos tomato. Biarkan seketika.
  4. Masukkan anggaran 1 1/2 cawan air, gula merah dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sikit.
  5. Masukkan ayam, kacau rata dan tutup. Bila mendidih kali kedua, masukkan susu sejat dan kacau lagi. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.

0
Kuih Bakar Mini Durian

Masih lagi dengan durian...harap tak de pula yang muak melihat entri ini yer.....sebab nak menghabiskan durian yang masih berbaki dalam petisejuk tu. Mula-mula fikir nak buat apam balik tapi at last kuih ini juga yang dipilih. Masuk kali ni dah 2x buat bingka durian ni. Sekali dulu try resepi bro Rozzan....dan kali ni try pula resepi sumbangan kak Fida....dua-dua sedap....berbaloi membuatnya sebab half adunan pun dah dapat banyak....lebih dari cukup....2 hari juga lah nak menghabiskan sebab anak-anak kurang suka kuih-kuih bingka ni. Saya namakan kuih bakar mini sebab dimasak dalam acuan bahulu. Jom ke resepi...

KUIH BAKAR MINI DURIAN

Bahan-Bahan:
250 gm isi durian
1700 ml santan (600 ml santan kotak + 1100 ml air)
600 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
6 biji telur (kalau kecil 7 biji) >> saya cuma guna 5 biji telur (B)
1 tsp garam
2 tsp pewarna kuning lemon
1/2 tsp pewarna hijau (jika suka)

Caranya:
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Tuang pula adunan dalam pengisar dan kisar bahan-bahan tersebut hingga halus.
  3. Tuang semula adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
  4. Sementara itu, oven hendaklah dipanaskan dahulu pada suhu 180C. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bahulu yang bergris dan bakar selama 45 min atau sehingga masak.

0
Kuih Jongkong Durian

Assalamualaikum kepada semua bloggerz dan peminat-peminat dunia masakan seantero dunia yang sudi menjengah SSK. Alhamdulillah bertemu kita lagi pada pagi Isnin ini.
Ok, dalam posting yang lepas saya telah kongsikan dengan resepi pulut durian....hari ini pula saya nak kongsikan pula dengan kuih jongkong durian....sementara musim durian masih ada....saya cubalah mengolah resepi-resepi yang ada dengan menambahkan durian. Mungkin ada yang terkejut kerana kebiasaannya kuih jongkong digandingkan bersama kuah santan tapi yang ini berbeza sikit. Feedback daripada family, secara peribadi....rasanya sedap....ada kelainan....tapi setiap orang kan punya rasa tersendiri....terpulang lah pada selera masing-masing.

KUIH JONGKONG DURIAN

Bahan-Bahan:
120 gm tepung jagung
2 camca besar tepung beras
100 gm gula pasir (boleh kurangkan)
4 cawan air*
10 helai daun pandan*
secubit garam

Kuah:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan isi durian
Gula merah & Gula pasir secukup rasa
Secubit garam

Caranya:
  1. Untuk Kuih: Kisar bahan bertanda * dan ditapis. Kemudian satukan dengan tepung jagung dan tepung beras, kacau dengan menggunakan whisk tangan (supaya tidak berbiji-biji).
  2. Masukkan garam dan gula, jerangkan di atas api. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan agak pekat dan elok masaknya.
  3. Tuangkan sdunan ke dalam bekas yang disukai dan biarkan adunan sejuk dan mengeras.
  4. Untuk Kuah: Kisar isi durian bersama air sehingga halus.
  5. Satukan dengan santan, daun pandan, garam dan gula, jerangkan di atas api sehingga mendidih.
  6. Sejukkan dan hidangkan bersama kuih tadi. Enak dimakan dingin.

0
Kuih Lopes

Kuih lopes sedap tapi jarang dapat buat sebab susah nak dapat daun pisang. Bukan tak ada jual....ada....tapi dulu pernah sekali beli....balik umah saya basuh daun pisang tu sebab tak berapa yakin kebersihannya. Tau tak apa jadi....bila dibasuh keluar kesan dan tompok-tompok minyak daripada daun tu....apalagi saya buang je terus dalam tong sampah. Tak bertanggungjawab betul si penjual tu...hanya nak untung sendiri tanpa memikirkan pembeli.  Mungkin minyak tu adalah kesan dari asap kenderaan yang lalu-lalang di mana daun tu diambil....kemungkinan juga dari pokok-pokok pisang di tepi-tepi jalan.  Sejak itu saya dah tak mo dah beli daun pisang yang dijual mahupun kuih-kuih yang berbungkus daun pisang....bahaya tu beb....bayangkan kalau kuih yang kita makan guna daun seperti itu....bermakna kita termakan sekali dengan molekul-molekul yang tak diingini....memberi kesan buruk pada tubuh badan dan kesihatan kita. Oleh itu berhati-hatilah pabila membeli daun pisang....belilah hanya dari penjual yang boleh dipercayai atau nak senang tanam je pokok pisang belakang umah...dah tentu-tentu terjamin bersih.

Oklah berbalik pada cerita kuih lopes ni. Saya lebih suka lopes yang berbalut daun sebab lebih wangi dan beraroma....kebetulan minggu lepas balik kampung...tu yang hangkut daun pisang balik sini. Resepi asal dari Myr....tapi saya dah adjust sikit ikut kesesuaian bahan yang ada dan cara menyediakannya. Seedapp lopes ni....lembut je....bulan puasa nanti boleh buat lagi sebab sejak kecil lagi lopes menjadi kemestian saya semasa berbuka....begitu juga dengan anak-anak dan suami...turut gemarkan kuih lopes....salah satu kuih tradisi yang sememangnya enak.
KUIH LOPES

Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
1 cawan santan kotak
2 cawan air
1 cawan air pandan
1 1/2 tsp air kapur
3/4 tsp garam
Beberapa titik pewarna hijau
Daun pisang secukupnya
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Sirap:
1 cawan gula merah
2 sdb gula pasir (kalau nak lebih manis, tambah lagi)
3 cawan air

Caranya:
  1. Cuci beras pulut dan rendam dengan air selama 20 minit. Selepas 20 minit toskan airnya.
  2. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan airnya.
  3. Satukan beras pulut, santan, air, air pandan, garam, air kapur dan pewarna hijau dalam periuk. Tanak di atas api seperti memasak nasi.
  4. Setelah air hampir kering, kecilkan api dan tutupkan periuk. Semasa peringkat ini, pulut hendaklah sentiasa dikacau dan dibalik-balikkan. Tambah kan sedikit air jika ada pulut yang masih belum lembut. Tutup kembali periuk setiap kali selepas dikacau. Lakukan proses ini beberapa kali sehingga pulut benar-benar masak dan lembut.
  5. Setelah suam-suam, sediakan daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu (2 lapisan untuk setiap roll). Letakkan pulut atas daun, mampatkan dan gulung ketat-ketat. Ikat setiap hujung dengan tali rafia. Tak perlu direbus lagi. Biarkan betul-betul sejuk. Untuk resepi ini saya dapat 2 roll.
  6. Untuk sirap: Satukan semua bahan sirap dalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Bila dah didih, kecilkan api dan masaklah megikut kepekatan yang anda suka.  Bila dah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut. 
Nota:  Gunakan benang untuk lebih mudah memotong dan juga supaya bentuknya tidak berubah.

0
Talam Suji

Tekak ni terasa-rasa je nak makan kuih talam suji. Dulu-dulu rajin beli kuih ni kat pasar-pasar malam....kat gerai tepi jalan yang menjual kuih pagi-pagi tu....tapi bila dah attend banyak kelas-kelas talam dan dah tahu teknik-tekniknya....yang kat luar tu dah tak pandang dah....yang dibuat sendiri guna resepi yang pi belajar tu laagi sedap....lebih berperisa.  Kuih talam suji pun satu daripada kuih kegemaran saya. Membuatnya pun senang je....kacau-kacau dan kukuskan.  Yang penting cara dan bagaimana memasak adunan atas api sehingga naik wap yang betul....seterusnya kawalan api semasa mengukus juga penting untuk hasilkan kuih talam yang cantik.  Tapi kan....betul cakap....kuih ni memang enak....lembut je teksturnya....walaupun dah disimpan semalaman dalam petisejuk sebab ada lebihan ....teksturnya maintain lembut....hmmm....yummy....thanks kak Azie for the very nice recipe....

KUIH TALAM SUJI

Lapisan Bawah:
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum
2 biji telur
120 gm gula pasir
700 ml santan cair
1/2 tsp garam
Pewarna kuning lemon

Caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan kacaukan adunan di atas api sederhana hingga separuh masak.
2. Masukkan di dalam loyang 10"x10" yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.


Lapisan Atas:
2 biji telur
700 ml santan pekat
1 tsp esen vanilla (optional)
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
60 gm gula pasir
200 gm gula melaka
1 tsp coklat emulco (optional)

Caranya: 
1. Cincang halus gula melaka.
2. Satukan semua bahan dan masak hingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan suji tadi dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

0
Kari Daging Kerisik

Anak-anak dan suami suka sangat kari...lebih-lebih lagi kalau kari ayam dan kari daging. Biasanya masakan kari menggunakan santan atau susu sejat tapi kali ni saya nak mencuba masakan kari tanpa santan resepi oleh Fida@myr. Saya rasa semua mesti mencuba resepi ni...saya dah cuba...sungguh sedap...bertambah sedap keesokan harinya setelah dipanaskan sebab kari akan bertambah pekat dan ramuannya menjadi lebih mesra...itu yang menjadikannya lebih sedap. (Dalam resepi dinyatakan daging perlu direbus tapi saya tak rebus....saya tumiskan sekali bersama rempah sehingga lembut).

KARI DAGING KERISIK

Bahan-Bahan:
1 kg daging, dipotong nipis dan rebus empuk
2 sdb cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
4-5 sdb rempah kari daging, dicampur sedikit air dan dijadikan pes
1 batang serai, dititik
2 lembar daun kari
sedikit kayu manis, cengkih, pelaga (penumis)
3 biji kentang, dibelah 4
3 biji tomato, dibelah 4
2 batang lada hijau, dibelah 2
1/2 cawan kerisik
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
1/2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
air secukupnya untuk kuah

Caranya:
  1. Kisar bahan-bahan bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris bersama daun kari hingga wangi dan sedikit layu. Masukkan campuran bahan kisar, penumis dan serai. Terus menumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis lagi hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.
  4. Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  5. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan buah tomato. Renihkan lagi 10-15 minit. Siap untuk dihidangkan.

0
Nagasari Cendol



Satu hari tu...belek-belek majalah RASA koleksi lepas-lepas...jumpa dengan resepi ni. Excited nak buat sebab tengok gambar nampak macam sedap je.  Jadi pagi semalam saya berkesempatan membuat nagasari ni dengan harapan kuih akan menjadi.  Memasak adunan tiada masalah...tapi masalah sikit bila nak membungkus...tapi teruskan juga.  Setelah selesai membungkus saya masukkan kedalam petisejuk sebab kuih ni lebih sedap jika dimakan dingin.  Time minum petang...bila saya buka lipatan daun pisangnya...hmmm...menjadi sungguh nagasari cendol ni, tampak cantik sekali berkilat sama seperti dalam gambar majalah...tak sia-sia mencuba.  Rasanya pun best sangat...lembut...cukup rasa manis dan lemaknya.  Boleh masuk list untuk menu buka puasa nanti...yelah bulan ramadhan pun dah tak lama lagi kan...Pada sesiapa nak mencuba silakan.


NAGASARI CENDOL

Bahan-Bahan:
80 gm tepung hong kwee
100 gm tepung jagung
200 gm gula kastor
1/2 tsp garam
900 ml santan pekat
1 liter air
150 gm cendol
Daun Pisang secukupnya



Caranya:
  1. Campurkan tepung hong kwee, tepung jagung, gula, garam, santan pekat dan juga air dalam periuk.
  2. Kacau rata dan kemudian masak di atas api yang perlahan. Kacau hingga pekat.
  3. Apabila adunan mula pekat, masukkan cendol dan tutup apinya.
  4. Sediakan daun pisang dan letakkan empat sudu makan adunan di atas daun lalu dibungkus.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


0
Kuih Lapis Peanut Butter


Saya suka sangat dengan kuih lapis. Kalau dulu kuih lapis yang kita kenal cuma yang lapis merah putih tu....tapi sekarang kuih lapis dah dimodenkan dengan macam-macam rasa dan color. Salah satu kuih lapis yang telah diperbaharui ialah kuih lapis peanut butter ni. Ia telah menjadi kuih kesayangan dan kegemaran saya. Dah beberapa kali buat....sedap sesangat....dan ni, saya buat masa parents datang hari tu...emak saya pun kata....sedapp kuih ni...

...peanut butter yang halus takde...guna yang chunky...tu yang nampak kacangnya...

KUIH LAPIS PEANUT BUTTER

Bahan A:
120 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
430 ml santan pekat
Secubit garam
Beberapa titik pewarna merah
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan B(Lapisan Peanut):
80 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
350 ml santan pekat
100 gm gula kastor
200 ml air
160 gm peanut butter

Bahan Sirap: (Masak hingga gula larut)
150 gm gula kastor
200 ml air

Caranya:
  1. Campurkan bahan A kecuali pewarna dan masukkan sirap. Kacau rata dan tapis jika perlu.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tambahkan pewarna merah dan hijau dalam setiap bahagian. Ketepikan.
  3. Untuk lapisan B: Masakkan gula dan air sehingga gula larut. Kemudian satukan tepung beras, tepung ubi dan santan, masukkan sirap, kacau rata. Tapis jika perlu. Masukkan peanut butter dan kacau rata, bahagi kepada 2 bahagian yang sama.
  4. Panaskan sebentar loyang 8" yang disapu sedikit minyak dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dulu. Tuangkan 1 bahagian adunan peanut, kukus dengan api yang kuat selama 5 minit.
  5. Bahagikan adunan merah dan hijau kepada 2 bahagian yang sama bagi setiap color. Tuang lapisan hijau dan kukus 5 minit dengan api kuat.
  6. Teruskan dengan lapisan merah, kukus dan ulang semula lapisan hingga habis.
  7. Kukus lapisan terakhir dengan api sederhana selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk mendapatkan potongan yang licin dan cantik.


0
Peach Karamel

Kali ini saya cuba pula menvariasikan puding karamel yang biasa tu kepada karamel berperisa peach pula. This my second trial dalam menghasilkan karamel pelbagai rasa. First trial dulu saya hasilkan puding tapai karamel...dan hasilnya amat memuaskan...sedappp!! Peach karamel ni pun tak kurang hebat juga sedapnya...

PEACH KARAMEL

Bahan-Bahan:
200 gm peach, dipotong kecil2
160 gm jus peach
4 biji telur (B)
4-5 keping biskut cream cracker
200 gm susu sejat
150 gm plain yogurt
1/4 tsp garam
20 gm gula pasir

Bahan Karamel:
200 gram gula pasir
2-3 sdm air

Caranya:
  1. Untuk Karamel: Masak gula pasir tanpa air sehingga kuning keemasan. Masukkan air dan dikacau selalu sehingga sebati.
  2. Tuangkan karamel ini terus ke dalam acuan. Lebihan karamel boleh disiram kemudian atas puding.
  3. Untuk Puding: Panaskan sekejap susu sejat dan jus peach atas api tapi jangan sampai mendidih. Blendkan peach, biskut, telur, gula, garam dan yogurt bersama campuran susu tadi hingga halus.
  4. Tuangkan ke dalam acuan berkaramel. Kukus selama 20-25 minit sehingga masak dengan api yang sederhana.
  5. Setelah suam-suam bolehlah dimasukkan dalam petisejuk.
  6. Hiaslah ikut suka sebelum dihidangkan.

0
Cucur Bilis Crispy

Menu minum petang kami sekeluarga sepanjang blog tidak berupdate. Cucur ni rangup sekali...amatlah sedapnya bila dimakan panas-panas dicicah bersama sos...Anak-anak memang sukakan cucur terutamanya cucur udang tapi udang tak ada...aah, tak kisahlah ...gantikan aje dengan ikan bilis...habis jugak...
CUCUR BILIS CRISPY

Bahan Cucur:
200 gm tepung gandum
40 gm tepung tepung jagung
40 gm tepung beras
1/2 tsp garam
290-300 gm air
1 tangkai daun bawang, dihiris
30 gm (1/2 cawan) ikan bilis
6 ulas bawang merah, dihiris
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris nipis

Caranya:
Campurkan semua bahan dan bancuh seperti biasa. Goreng sehingga kekuningan.

Bahan Sos:
1 sdm sos tomato
4 sdm sos cili
1 sdt mayonis
2 sdt gula perang atau secukup rasa
Sedikit air panas ikut kepekatan yang dikehendaki

Caranya:
Campurkan semua bahan sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama cucur.

0
Sup Ayam Lengkuas@Tom Khai Gai

Assalamualaikum,semua....bertemu kita kembali pada pagi ini. Agak lama juga kita tak bersiaran....bz sangat...parents datang dari kampung dan adik pula accident....Terima kasih lah pada semua tetamu yang datang ziarah sini walau tiada sajian terbaru. Dalam pada tu, sempat juga lah saya masak sup ayam ini untuk hidangan keluarga sambil-sambil mencuba resepi baru. Resepi ambil dari umah CMG. Kalau ikut rasa sup ni adalah tomyam...memang sedap tomyam ni...menyediakannya pun tak lah susah sangat...sekelip mata je dah siap...

SUP AYAM LENGKUAS @ TOM KHAI GAI

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 gm lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 gm cendawan telinga kera@black fungus jenis segar (tak letak sbb tak de)
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resepi di bawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

Bahan Sambal "khas":
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

Caranya:
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar-kasar, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama-sama sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  3. Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sdikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
  5. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi mahupun mee. Jika menggunakan susu sejat, jangan didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja. 
  6. Untuk Sambal Khas:  Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar, masukkan gula dan teruskan menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Ambil sebanyak yang diperlukan seperti dalam resepi dan selebihnya bolehlah disimpan dalam peti sejuk sementara digunakan untuk masa lain.

0
Puding Roti Horlicks


Masa blogwalking ke Teratak Dayang hari tu, hati terus tergoda dengan posting puding horlicks. Semalam tengah-tengah masak lunch tuh...tengok ada lagi roti yang tak habis...maka sampai lah hajat hati nak merasa puding ini...ada horlicks lagi...mesti sedap nih!! Dah siap masak...buat pulak puding...sekejap je dah siap. Di sebabkan saya tak ndak puding saya nampak kosong, saya parutkan sedikit cincau dan tambahkan ke dalam puding yang dah didih dan terus tutupkan api. Agak-agak dah sejuk gitew...masukkan pulak dalam petiais...lagi sejuk lagi sedap makan. Petangnya saya potong...sedapnyaaa....memang sedap. Thanks DJ berkongsi resepi yang sedap ini. Dah petang-petang cam ni...saya copy paste terus aje lah dari umah Dayang....boleh Dayang yer...



PUDING ROTI HORLICKS

Bahan A :
10 g serbuk agar-agar
800 ml air
1/2 cawan gula

Bahan B :
1/2 cawan serbuk horlicks
8 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan air panas

Bahan C :
5 keping roti sandwic (dipotong 4)
2 biji telur
250 ml susu cair
1 sk esen vanilla

Lain-lain :
2 sudu makan marjerin/mentega
krim coklat / ganache (utk hiasan) - optional

Cara-cara :
  1. Satukan bahan A di dlm periuk dan didihkan hingga gula larut.
  2. Bahan B dibancuh hingga larut. Kemudian masukkan ke dalam bahan A.
  3. Bahan C dikisar hingga halus dan tuangkan ke dlm larutan agar2 tadi. Kacau perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali masukkan marjerin/mentega. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas yg bersesuaian.
  6. Jika suka, tuangkan ganache ke permukaan puding terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing. Untuk ganache, DJ menggunakan coklat masakan 50 g + 1 sudu makan butter + 1/4 cawan susu segar yang dicairkan secara double boil.
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (Boleh juga dihiaskan dgn ganache setelah puding sejuk atau ikut langkah no 6)

...puding yang disiram dengan sedikit coklat...


0
Steamed Banana Cake





Pisang lagi...ini entri tertunda...bukan world cup je yang tertunda tapi entri masakan pun ada jugak. Bila check balik file rupanya ada yang tertinggal tak post lagi...kesian dia...jadi post lah hari ni. Project ni sebenarnya nak habiskan baki pisang buat puding roti pisang hari tu. Kek pisang atau apa-apa kek pun kalau distim jadi moist dan akan jadi lebih moist dan lebih sedap pada keesokannya...seperti kek pisang ini. Lagipun pada saya kek-kek yang distim senang tak perlu nak control kepanasan oven dan tak payah susah-susah nak intai selalu...takut hangus...Jangan risau...jika cukup masa mengukusnya...confirm masak dan jadi punya...




STEAMED BANANA CAKE

Bahan A:
120 gm brown sugar
5 biji telur
1/2 sdt garam
250 gm self-raising flour

Bahan B:
400 gm pisang (lecek hingga halus)
1 1/2 sdt soda bikarbonat

Bahan C:
150 gm margerin (cairkan secara double-boil)
2 sdb poppyseeds (optional)

Hiasan:
2 biji pisang (dihiris)


Caranya:
  1. Pukul brown sugar dan telur sehingga ringan dan creamy dengan mixer. Masukkan tepung dan garam, kaup balikkan perlahan hingga rata.
  2. Masukkan bahan B & C, gaul lagi hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam acuan 9" bulat, ratakan permukaan dan susunkan dengan hirisan pisang. Stim dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dulu dengan api kuat. selama 35 minit atau sehingga elok masaknya. Setelah masak, angkat dan sejukkan sebelum dipotong.


0
Ayam Sambal Siam


Masakan ayam ni amatlah sedapnya. Terima kasih lah pada siapa yang menyumbangkan resepi ini. Amat sesuai sebagai hidangan harian, keraian mahupun untuk hidangan hari raya. Pada saya lah...bukan saja boleh dimakan bersama nasi bahkan enak juga dimakan bersama pulut kuning dan lemang sebab rasanya seakan-akan rendang...two thumbs-up from me....harus dicuba!!


AYAM SAMBAL SIAM

500 gm ayam dipotong kecil
150 ml santan pekat
30 ml minyak masak
2 sdm kerisik
Garam & Gula secukup rasa (saya campur sedikit dengan browning sugar)

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
3 cm belacan, dibakar

Bahan Dihiris Halus:
6 helai daun limau purut
3 batang serai
4 cm lengkuas

Hiasan:
2 helai daun limau purut (dihiris)
2 ulas bawang putih (hiris & goreng garing)

Caranya:
  1. Panaskan minyak, goreng seketika bahan kisar. Masukkan serai dan lengkuas, goreng lagi hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak.
  3. Masukkan santan, garam dan gula.
  4. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Masukkan pula hirisan daun limau purut dan kerisik. Kacau-kacau sebentar supaya rata.
  5. Angkat dan taburkan dengan bahan hiasan, sedia untuk dihidang.

Source: Majalah RASA Jan2006/Petikan dari Buku Favourite Dishes from Tunku's Kitchen


1
Blueberry Pancake

 .....gambar yang diambil awal pagi tadi....agak kelam kabut sikit....

Semalam bila melakukan pembersihan peti ais, rupanya ada dua tub yoghurt yang dua hari lagi nak expired. Fikir punya fikir baru teringat hari tu ada print satu resepi pancake yang menggunakan yogurt. So bangun je pagi lepas solat subuh...saya pun buatlah pancake ni dapatlah dalam 15 keping...lebih dari cukup untuk breakfast kami pagi ni. Saya adjust sikit resepi. Saya hanya gunakan 1 tub yogurt sebab 1 tub lagi saya nak guna untuk buat puding. Jadi nak mencukupkan kuantiti yoghurt saya tambahkan dengan susu sejat. Untuk blueberry pula saya gunakan bluberry filling.... Mulanya saya sudukan  filling tu atas pancake seperti arahan dalam resepi tapi bila dah separuh jalan...saya curahkan filling dalam beberapa sudu terus ke dalam adunan....kes nak cepat sudah.  Komen saya...walaupun saya dah ubah sana sikit....sini sikit tapi hasilnya.... pancake ni tetap sedap...paling sedap....lembut...gebu....and semua must try this!! Resepi dari dapur Ummi...Tks Ummi...


BLUEBERRY PANCAKE

Bahan A:
2 biji telur
1 1/2 cawan plain yogurt
3 sdb butter, cairkan (saya guna minyak jagung)

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung*
2 sdt baking powder*
1 sdt soda bikarbonat*
3 sdb gula
1/2 sdt garam

Bahan C:
2 cawan blueberry
2 sdb air
2 sdb jus lemon

Bahan D:
3/4 cawan gula

Caranya:
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati. Dalam bekas lain, ayak bahan * dan satukan dengan bahan B yang lain. Kemudian bahan A dan B tadi disatukan.
  2. Satukan bahan C dan D, panaskan atas api yang perlahan sehingga pekat sikit.
  3. Panskan kuali dengan api perlahan dan oleskan dengan butter/minyak. Sendukkan 1/4 cawan adunan pancake ke dalam kuali. Letakkan beberapa sudu blueberry (4 atau 5 sudu kecil). Biarkan masak dan terbalikkan pula adunan. Bila kedua-dua belah sudah kekuningan, angkat.
  4. Taburkan dengan gula aising di atasnya tatkala menghidang (optional).

0
Chocolate Mousse

.....model-model chocolate mousse sedang berbaris dalam chiller...

Chocolate mousse ni pun satu dari projek last weekend. Ikut asal basenya brownie tapi saya ubah dengan kek coklat kukus zaima. Alaa...brownies and chocolate cake tak banyak beza pun...rasa pun lebih kurang. Resepi Yani ni memang shedapp sesangat, kejap je dah licin. Saya buat dalam bekas dadih yang kecil-kecil tu...tak payah susah-susah nak potong. Lagipun anak-anak suka mengulang makan jadi bila buat begini mereka pun senang nak ambil...terus ngap masuk mulut...nyummy!! Kat bawah resepi asal Yani menggunakan base brownies. Thanks Yani atas resepi yang marvellous...

CHOCOLATE MOUSSE

Brownies (18cm):
  • 45 gm butter*
  • 65 gm gula halus*
  • 1 biji telur
  • 50 gm tepung gandum**
  • 1 sdb koko powder**
  • 1/2 tsp baking powder**
Caranya:
  1. Pukul * hingga kembang & putih.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi 3-4 minit.
  3. Ayak ** ke dalam adunan, kacau rata. Bakar hingga masak. Biar sejuk.
Chocolate Mousse:
  • 140 gm dark cooking chocolate, cairkan secara double-boil
  • 1 sdb gelatin
  • 100 ml air
  • 2 putih telur
  • 200 gm whipping cream, dipukul hingga berkrim dan pekat
  • 40 gm gula halus
    Caranya:
    1. Masuk gelatin dalam 100 ml air. Biarkan 5 minit. Then campurkan ke dalam coklat cair, kacau hingga sebati dan biarkan sejuk.
    2. Pukul putih telur hingga kental sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan whipping cream bersama adunan gelatin yang bercampur coklat. Kacau perlahan-lahan hingga rata dan sebati.
    3. Tuangkan ke atas brownies dan simpan dalam petisejuk hingga set. Tabur serbuk koko di atasnya.
    Source: Yani@myresepi

    0
    Tofu Goreng Brokoli

    Salam pagi Isnin semua. Dua hari tak sempat nak update...sibuk...ambil anak kat U cuti weekend...semalam petang hantar balik...tu tak masuk sibuk kat dapur lagi...macam-macam yang dia suruh kita masak mengalahkan orang mengidam pula. Haa...jangan terkezut pagi-pagi dah ada entry sayur. Sebenarnya ni salah satu menu hari Sabtu lepas. Selalunya kat restoran yang menyajikan makanan ala-ala chinese style menu tauhu mesti tak tinggal. Salah satunya ialah silk tofu atau tauhu sutera. Memang sedap kalau dimasak begini...tambah pula saya ni minat sangat dengan tauhu, masak lah apa pun...itu yang saya capai dulu. Jom tengok resepi...>>

    TOFU GORENG BROKOLI
    • 2 sdm minyak
    • 2 ulas bawang putih, cincang
    • 1 cm halia, dihiris
    • 1 biji cili merah, hiris serong nipis
    • 150 gm brokoli, potong sesuai kuntumnya
    • 1/2 biji kecil carrot, dihiris nipis
    • 250 gm silk tofu, digoreng
    • 1 1/2 sdm kicap manis
    • 1 sdm minyak bijan
    • 1/2 sdt serbuk lada hitam (nak pedas tambah lagi)
    • 2 sdm ikan bilis goreng
    Caranya:
    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili merah sehingga harum.
    2. Masukkan brokoli dan carrot, tumis sebentar sampai brokoli dan carrot setengah masak.
    3. Masukkan 3 sudu makan air, tofu, kicap manis, minyak bijan dan serbuk lada hitam. Jika nak berkuah lebihkan air sikit dan tambah lagi kicap, minyak bijan dan lada hitam jika perlu.
    4. Masak hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan taburan ikan bilis goreng.
    ~~~~~~~~~~//////~~~~~~~~~~
    Anda Juga Mungkin Meminati:

    0
    Puding Roti Pisang

    Semalam plan nak buat puding yang menggunakan pisang. Belek punya belek, hati berkenan dengan satu resepi ni...sebab menggunakan pisang dalam ramuannya...yes! yes!...ini yang dicari. Hati saya mengatakan semestinya sedap kerana resepinya adalah dari seorang chef tersohor negara...siapa chef yang tersohor tu?...tentu semua boleh agak kan...ya...siapa lagi kalau bukan Chef Wan.
    Saya beli buku ni daripada dia sendiri pada pameran koko di Berjaya Times Square tahun lalu  dengan harga discount...ye lah special for peminat kan.
    Tepat sekali...puding ni sungguh sedap. Nampak kan pisangnya...sebab saya tambahkan lagi dengan pisang yang dipotong dadu (dalam resepi tak de pun) dan kepingan biskut cream-o... tu yang ada macam jaluran coklat tu...nyum,nyum...kaya dengan rasa pisang...

    PUDING ROTI PISANG

    Bahan-Bahan:
    • 4 cawan roti wholewheat, dipotong dadu (saya guna roti biasa je, lebihkan sikit)
    • 4 cawan susu (saya ganti dgn air soya without sugar)
    • 2 sdb butter
    • 6 biji telur
    • 1 1/2 cawan gula kastor
    • 2 sdb esen vanilla
    • 1 cawan kismis kuning
    • 2 cawan pisang, dilecek
    • 1/2 sdt serbuk kulit kayu manis (saya buat 1/4 tsp je)
    • Gula aising untuk hiasan
    Caranya:
    1. Rendam roti dengan susu selama sejam. Gris acuan 33cm x 22cm x 5cm dengan butter. Ketepikan.
    2. Pukul telur, gula dan esen vanilla dan tuang ke atas roti yang direndam. Masukkan kismis, pisang dan kulit kayu manis. Kacau rata-rata.
    3. Tuang adunan ke dalam acuan yang diletak di dalam dulang pembakar dalam yang separuh berisi air. Bakar pada 170C/340F selama kira-kira satu jam atau sehingga pisau yang dicucuk di tengah-tengah puding keluar bersih.  Ayak gula serbuk ke atasnya.

    0
    Menu Ringkas

    SUP IKAN
    Ini menu semalam...masak simple-simple je. Hari-hari makan lauk berminyak dan guna santan makin kembang la badan...tak elok untuk kesihatan. Sesekali ubah selera masak sup pula. Anak demam jadi sup ni dia yang request...katanya nak makan sup ikan. Ye lah orang demam mana ada selera sangat makan lebih-lebih lagi makanan yang berminyak.

    KACANG PANJANG GORENG BERCILI

    Ini pula goreng kacang panjang bercili. Kebiasaannya gandingan kacang panjang bila dimasak begini...dengan tauhu dan tempe.

    2
    Nasi Goreng Sardin

    Dalam petiais ada lauk sardin lebihan semalam...nasi pun ada lagi...buatlah nasi goreng untuk bekal anak-anak ke sekolah dan sarapan pagi tadi. Dah selalu juga masak nasi goreng sebegini....tak perlu nak explain panjang lagi....ternyata memang sedap nasi nih...dah pasti anak-anak pun suka sebab sardin kesukaan diorang.

    NASI GORENG SARDIN
    Bahan-Bahan:
    • 4 cawan penuh nasi putih sejuk
    • 1 tin kecil sardin (hancurkan kasar)
    • 3 biji telur (digoreng scramble)
    • 1/2 cawan kacang peas frozen
    • 1/2 biji kecil lobak merah (didadu kecil)
    • Garam secukup rasa
    • 1 sdt lada sulah
    • 3 sdb kicap manis
    • 2 sdb cili kering kisar
    Bahan Tumbuk:
    • 8 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • Sedikit belacan
    Caranya:
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk pula cili kering kisar, goreng lagi hingga garing dan wangi.
    2. Masukkan sardin bersama sedikit sosnya, lada sulah dan kicap manis. Kacau hingga agak-agak sedikit kering.
    3. Masuk kacang peas dan lobak merah, kacau sekejap.
    4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga nasi merata dengan bahan-bahan yang lain. Tambah garam jika perlu.
    5. Last sekali, masukkan telur scramble. Kacau lagi hingga rata.
    6. Hiaslah dengan hirisan daun bawang, sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng.