0
Kerang Lemak Nangka


Masak kerang lemak nangka ni favorit saya sejak zaman kanak-kanak lagi....suka sangat dengan kerang. Tak kira lah sambal tumis kerang, kerabu kerang mahupun rendang kerang. Dan sekarang kegilaan saya dengan kerang ni dah berjangkit pula dengan puteri saya yang bongsu....suka kan kerang....nak tak nak kena la cari. Hari tu cari kat pasar tak de, kemudian pergi tesco nasib baik pula hari tu ada kalau tak kat tesco memanjang je tak jumpa kerang....apalagi sambarla...walaupun saiznya tak besar tapi jadi le daripada tak de....hehehe...

1 cawan isi kerang yang dah siap direbus
4 keping nangka muda, direbus hingga empuk
2 biji cili merah*
10 biji cili api* (siapa suka pedas boleh tambah lagi)
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu makan serbuk badam*
1 keping lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut, buangkan uratnya
1-1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Asam keping
Garam dan Gula secukup rasa

Caranya:
  • Tumbuk bahan bertanda *.
  • Masukkan nangka, bahan tumbuk, lengkuas, serai dan daun kunyit dalam periuk. Kacau dan masakkan sebentar.
  • Kemudian masukkan santan cair, asam keping, biarkan mendidih dengan api sederhana dan hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  • Masukkan isi kerang beserta daun limau, kacau. Rasakan garam dan gula. Masukkan santan pekat dan masaklah hingga kepekatan yang anda inginkan.

0
Telur Dadar Mayonis

Biasanya telur dadar yang baru siap digoreng ketika masih panas ianya nampak gebus sekali...selepas itu ia akan kembali meleper dan nipis. Tapi sekarang tidak lagi...dengan adanya mayonis telur dadar bertambah-tambah gebu dan kekal gebu selamanya...
  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan penuh mayonis
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • Sedikit lobak merah, dihiris memanjang halus-halus (jika suka)
  • Sedikit lada sulah (jika suka)
  • Garam secukup rasa
'...nampak gebu dan creamy...nyum...nyum...'

Caranya:

  • Satukan semua bahan dan goreng seperti biasa.

0
Daging Masak Prune

Menu daging yang sedap dimakan bersama nasi minyak, beriani mahupun nasi putih atau apa saja mengikut selera anda.

Bahan Perap:
  • 600 gm daging
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar bawang besar kisar
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 300 gm buah prune tanpa biji
Caranya:
  • Daging dipotong dadu. Kemudian perapkan dengan bahan perap selam 1 jam.
  • Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan kisar kecuali prune.
  • Kemudian masukkan daging yang diperap tadi, masak sampai daging empuk.
  • Masukkan buah prune yang dikisar dengan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
'...kaya dengan khasiat prune...'

0
Roti Sardine

Roti memang sesuai dipadankan bersama sardin....snack ringkas yang menjadi kesukaan anak-anak.

  • 4 biji roti burger
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam dan lada sulah
Bahan Inti:
  • 1 tin kecil sardin, dilecek
  • 1/2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji cili merah, dicincang
  • 1-2 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 1 sudu makan mayonis
  • Sedikit batang seleri, dipotong dadu
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam dan Gula ikut kesesuaian rasa
Caranya:
  • Untuk Inti: Panaskan minyak. Masukkan bawang diikuti dengan bawang putih. Tumiskan sehingga bawang sedikit layu tapi jangan terlalu garing. Masukkan seleri, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan sardin dan dikacau rata. Masukkan pula mayonis, cili merah, daun bawang dan perasakan garam dan gula jika perlu. Akhirnya perahkan limau kasturi. Kacau sehingga kuahnya agak-agak kering dan angkat.
  • Penyediaannya: Roti burger dibelah dua. Buatkan sedikit torehan ditengah roti seperti poket. Masukkan inti sardin kedalam poket tersebut. Sementara itu, satukan telur dengan lada sulah dan garam serta dipukul sedikit. Kemudian celupkan bahagian tengah roti yang berisi inti tadi. Gorengkan sebentar bahagian yang dicelupkan telur itu dengan sedikit minyak di atas kuali leper.
Sumber: Curlybabe's Satisfaction

0
Candil Pulut

Boleh dikatakan banyak blog yang saya singgah ada n3 bubur candil. Disebabkan terlalu ingin nak mengetahui cammana rasanya, saya buat jugalah berpandukan resepi yang saya dapat dari blog ita delight. Saya pinda sikit....sepatutnya candil pulut ni dimakan dengan sos santan hanya dituangkan di atas tapi saya campurkan sekali sos santan tersebut bersama-sama. Kalau ikut resepi guna gula melaka tapi gula melaka tak de jadi saya tukarkan dengan gula merah. Saya kurang puashati dengan color kuahnya yang tergelap tu....walaupun saya hanya guna sedikit gula merah dan selebihnya gula perang. Lain kali kena kurangkan kuantiti gula merah dan ditambah dengan gula pasir. Rasanya boleh tahan juga la....

Bahan A:
  • 200 gm tepung pulut
  • 50 gm tepung beras
  • 100 ml air
  • 200 gm gula melaka
  • 1 liter air
Caranya:
  • Campurkan tepung pulut dan tepung beras ke dalam mangkuk. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga sebati. Bentukkan seperti bebola dan ketepikan.
  • Masak gula melaka dengan 1 liter air, biarkan sehingga mendidih dan gula larut. Tapis.
  • Didihkan lagi, lalu masukkan bebola tepung tadi, biarkan hingga mengapung. Kacau rata dan angkat periuk dari api.
Bahan Sos:
  • 200 ml santan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu teh tepung jagung (digaulkan dengan sedikit air)
Caranya:
  • Masak semua bahan hingga mendidih. Angkat.
  • Sajikan candil bersama sosnya.

0
Ayam Madras

Inilah ayam madras yang dipadankan bersama roti jala yogurt n3 semalam. Sedap resepi ni....saya buat berkuah lebih sedikit sebab nak makan bersama roti jala.
  • 8 ketul daging ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 3 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 4 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 1 inci halia, dihiris halus (saya tumbuk bahan2 hiris ini bersama serbuk badam)
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 biji air limau nipis
  • 5 biji buah keras (saya letak 2 sudu kecil serbuk badam)
  • 1 cawan yogurt (saya guna lebihan yogurt 150 gm setelah diambil 2 sd utk roti jala)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair (saya guna 1/2 cawan santan kotak sbb tak nak terlalu pekat)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam (saya letak 1/2 kiub pati ayam)
  • Sedikit garam & gula
Bahan Tumis:
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 cm kulit kayu manis
Caranya:
  • Bancuh serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih dengan 1 cawan air. Ketepikan.
  • Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan yang dihiris@bahan tumbuk, bahan tumis dan daun pandan sehingga naik bau.
  • Masukkan bancuhan rempah, kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang lalu kacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, serbuk pati ayam, buah keras (jika guna buah keras) dan susu cair@santan. Masak hingga ubi kentang empuk.
  • Masukkan yogurt, air limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Rasakan garam dan gulanya. Tambah jika perlu.
Nota: Menu ini juga sesuai dihidangkan bersama acar buah, nasi beriani dan dalca.

0
Roti Jala Yogurt

'....roti jala yang lembut dan moist dengan adanya tambahan yogurt...'

Roti jala bagi memenuhi permintaan anak-anak sebagai juadah berbuka puasa....cukup enak bila digandingkan bersama Ayam Madras.
  • 240 gm tepung gandum
  • 40 gm susu tepung
  • 300-350 gm atau secukupnya air mengikut jenis tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan yogurt
  • 1 sudu kecil susu pekat manis
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Pewarna kuning lemon
Caranya:
  • Satukan telur, yogurt, susu pekat, garam dan kacau supaya rata.
  • Satukan tepung dan susu tepung. Masukkan campuran yogurt serta sedikit demi sedikit air dan kacau sehingga menjadi satu adunan yang licin dan halus. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Tambahkan dengan sedikit pewarna.
  • Panaskan kuali leper non-stick dengan sapuan sedikit saja butter.
  • Setelah kuali panas bolehlah mula menjala.

0
Puding Laici

Puding yang enak ketika berbuka puasa...

Bahan A:
  • 220 gm gula pasir (siapa yang suka lagi manis, sila tambah)
  • 20 gm agar-agar stripe
  • 750 gm air
  • 185 gm (1/2 tin) air laici
Bahan B:
  • 4 biji kuning telur
  • 1 tin susu cair
  • 25 gm (3 sudu besar) tepung kastad
  • 2 sudu kecil esen laici
  • 1 tin buah laici, asingkan sedikit untuk ditabur dalam puding
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 185 gm (1/2 tin) air laici
  • 50 gm butter
Bahan C:
  • 4 biji putih telur, dipukul dengan mixer hingga gebu dan kembang
  • 1 sudu kecil orange paste
  • Buah laici yang diasingkan tadi-dipotong kecil
Caranya:
  • Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
  • Setelah itu masukkan gula bersama air laici dan masak lagi hingga gula larut.
  • Sementara itu, kisar bahan B kecuali butter. Setelah dikisar baru masukkan butter dan kisar sedikit lagi. Masukkan ke dalam agar-agar, masak sehingga mendidih.
  • Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati dan pekat. Tutup api. Masukkan buah laici yang dipotong kecil ke dalamnya dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam acuan yang digemari dan biar beku dalam petisejuk.

0
Ayam Lemon

Sesekali ubah selera dengan masakan ayam lemon pula.

Bahan A:
  • 400 gm isi ayam
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 biji telur
  • 30 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung beras
  • Garam dan Lada Hitam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng ayam
Sos Lemon:
  • 4 sudu besar jus lemon
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
  • 1 sudu besar cuka
  • Setitik dua lemon paste
Caranya:
  • Untuk bahan A: Campurkan semua bahan dan perapkan 1/2 jam. Kemudian salutkan dengan tepung hingga rata keseluruhannya. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Ketepikan.
  • Untuk sos: Satukan kesemuanya dalam periuk kecil, didihkan. Kacau hingga sos agak pekat sedikit. Jika ada rasa yang kurang bolehlah ditambah. Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.
  • Rasa sos haruslah masam manis.

0
Cucur Udang Cukup Rasa

Cucur udang ini rasanya berlainan sikit dari cucur udang yang biasa tu. Nak tahu tang mana yang lainnya, jom lihat resepi....

Bahan A:

  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 1 biji telur
  • 10 gm serbuk maggi cukup rasa
  • 200 gm air
Bahan B:
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 100 gm udang, dibuang kulit
  • 1 sudu kecil biji jintan manis, ditumbuk halus
  • 50 gm jagung manis tin
Caranya:
  • Gaul semua bahan A. Masukkan bahan B dan gaul sebati.
  • Panaskan minyak, goreng adunan seperti biasa hingga rangup. Hidangkan ketika panas.

0
Tako Thai

Kuih tako salah satu dessert popular orang-orang Thai....yang kini turut digemari oleh kita di sini. Kuih tako dan kuih tepung pelita rupanya seakan-akan sama. Walaupun sama tapi tidak serupa sama sekali. Ia dapat dibezakan melalui sarungnya....kuih tako daripada daun pandan sementara kuih pelita daripada daun pisang. Ramuan adunannya pun ada perbezaan. Kuih tako sungguh sedap jika dimakan sejuk lebih-lebih lagi untuk berbuka di bulan puasa ni. Resepi ni dapat lebih kurang 10 bekas kecil.

Lapisan Bawah:
  • 100 gm jus pandan
  • 520 gm air
  • 40 gm tepung hoen kwee
  • 40 gm tepung beras
  • 8 biji sengkuang cina, dipotong dadu kecil-kecil
  • 160 gm gula
Lapisan Atas:
  • 20 gm tepung hoen kwee
  • 20 gm tepung beras
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 400 gm santan
Caranya:
  • Lapisan bawah > Satukan semua bahan. Masak atas api yang kecil sehingga agak pekat. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil sehingga 2/3 penuh. Taburkan sengkuang yang dipotong dadu. Ketepikan.
  • Lapisan atas > Satukan semua bahan. Masak atas api yang kecil sehingga agak pekat. Tuangkan ke dalam bekas-bekas tadi . Sejukkan.
Nota: Sengkuang boleh digantikan dengan jagung manis tin.

0
Motif Dadar

Zaman mak-mak kita dulu kuih dadar atau ada juga yang panggilnya kuih ketayap hanya berwarna hijau ataupun putih saja. Tapi seiring dengan zaman serba canggih ni, warna kuih-muih pun turut bertukar kepada macam-macam warna....menjadikan penampilan kuih-kuih tradisi seperti ini semakin menarik dan tertarik...dari sudut lain bukankah warna boleh memberi dan mengubah mood seseorang kan... Kuih dadar bermotif ni cantik malah kita boleh mengubahnya dengan warna lain yang disukai.
  • 225 gm tepung gandum
  • 10 gm tepung ubi
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 300 ml santan
  • 300 ml air
  • 1 biji telur (A)
  • 1/4 sudu kecil choc paste/secukupnya
  • 1/2 sudu kecil pandan paste/secukupnya
  • 1 1/2 sudu kecil minyak jagung
Bahan Inti:
  • 250 gm kelapa parut
  • 30 gm gula kastor
  • 100 gm gula merah
  • 30 gm gula perang
  • 30 gm coklat masakan
  • 60 gm air
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 helai daun pandan
Cara Menyediakan Inti:
  • Masakkan gula kastor, gula merah, gula perang, daun pandan dan air hingga gula larut. Kemudian masukkan kelapa, coklat masakan dan taburkan tepung jagung. Masak inti hingga kering mengikut kesesuaian masing-masing. Sejukkan.
Cara Menyediakan Dadar:
  • Ayak tepung gandum bersama tepung ubi kemudian campurkan garam. Satukan santan, air dan telur, kacau rata dan sebati. Tuangkan campuran santan ke dalam tepung. Kacau rata sehingga adunan benar-benar rata dan halus. Keluarkan 1/4 adunan, campurkan choc paste dan masukkan dalam piping bag. Selebihnya campurkan dengan pandan paste.
  • Panaskan kuali non-stick. Sapukan sedikit butter/minyak sapi. Corakkan adunan coklat dahulu di atas kuali mengikut corak yang anda suka. Setelah kelihatan kering, ratakan pula adunan hijau di atas corak tadi. Masaklah dadar seperti biasa. Ulangi sehingga adunan habis.
Cara Menggulung: Bentangkan sekeping dadar, letak dan bentukkan inti memanjang. Gulungkan .

0
Pajeri Nenas

Weekend hari tu ada beli nenas....sebab dah plan hari pertama puasa berbuka dengan lauk pajeri. Lagipun dah lama tak masak pajeri kan, sekurang-kurangnya sebagai pembuka selera tatkala berbuka.
  • 1/2 biji nenas, dicelur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil udang kering*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 1/2 sudu kecil biji jintan manis*, ditumbuk lumat
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Garam dan Gula secukup rasa
Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga wangi.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masakkan lagi hingga naik bau.
  • Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih.
  • Masukkan nenas. Jika kuah pekat tambahkan dengan sedikit air.
  • Biar mendidih dan masukkan kerisik. Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.

0
Kuih Lapis

Assalamualaikum kepada bloggerz semua. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana dengan izin-Nya ditemukan kita kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Seharusnya kita menggunakan kesempatan yang ada menunaikan rukun Islam ke-3 ini dengan penuh pengharapan agar ibadah kita diterima dan diberkati Yang Maha Esa. Bulan-bulan puasa begini yang pening kepala memikirkan apa juadah yang nak disajikan untuk keluarga tersayang tentunya kita kaum Hawa. Tapi tak mengapa, di zaman serba canggih ini, semuanya dihujung jari. Ok lah, last weekend setelah membeli barang-barang keperluan dapur di Tesco....singgahlah sekejap kat kedai buku. Walaupun buku masakan dah berlambak kat umah tapi tangan ni saja gatal nak membelek...kot-kot lah ada yang berkenan. Belek punya belek ternampak resepi kuih lapis ala Nyonya. Nak beli buku tu tak berkenan lah pula sebab satu resepi tu je yang nak...walhal resepi kuih lapis berderet-deret kat internet....tapi tak salah kan kalau nak menambah koleksi. Resepinya saya main hafal je dalam kepala. Sib baik bahannya tak banyak....senang lah sikit nak ingat. Jadi hari Isnin saya buatlah kuih ni untuk minum petang....ada lebih lagi saya masukkan dalam chiller....walau dah semalaman dalam chiller kuih maintain lembut.
  • 200 gm tepung beras
  • 3 tbsp tepung ubi
  • 175 gm gula
  • 250 ml santan pekat
  • 650 ml air
  • Secubit garam
  • Pewarna merah
Caranya:
  • Satukan semua bahan kering. Masukkan santan dan air, kacau hingga rata dan sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian, merah dan putih. Kukus lah selapis-lapis dengan api besar hingga masak. Satu lapisan mengambil masa anggaran 5-6 minit untuk masak. Untuk lapisan terakhir teruskan mengukus sehingga 25-30 minit. Sejukkan paling kurang 4 jam sebelum memotong, untuk hasil potongan yang cantik.

0
Ayam Kombat

Ayam kombat ni seakan-akan masak lemak juga....lebih sedap lagi jika kuahnya dimasak pekat. Hidangan ini merupakan salah satu menu yang boleh anda nikmati di CT-One Forze Cafe, WangsaMaju. Tapi jika anda tidak berkesempatan ke sana, apakata anda mencuba saja resepinya di sini....ayuh!!
  • 1 ekor ayam, dipotong 16
  • 500 ml santan
  • 3 biji bawang merah India
  • 5 ulas bawang putih
  • 300 gm cili padi (saya cuma letak 30 gm cili padi + 30 gm cili merah, tak nak nnt anak-anak kepedasan)
  • 2.5 cm inci kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2.5 cm lengkuas
  • 5 biji buah keras (saya gantikan dengan 2 sdm serbuk badam)
  • 3 sudu kecil kas-kas (tak letak sbb tak de)
  • 3 batang serai, dititik
  • 2 helai daun pandan
  • 5 keping daun limau purut
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam, Gula dan Serbuk Perasa secukupnya (saya letak sedikit kiub ikan bilis)
Caranya:
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan santan dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Masukkan pula serai bersama daun pandan dan juga daun limau purut. Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, masukkan ayam dan gaulkan rata.
  • Angkat dan hidangkan.
Sumber: Majalah RASA

0
Trifle Choco Cream-O

Assalamualaikum semua.
Trifle, merupakan pencuci mulut orang Inggeris abad ke-18 yang merupakan kastard yang dilapis dengan kek dan buah-buahan. Kek span atau jejari biskut disapu dengan jem, dibubuh di dalam mangkuk kaca, direnjis dengan arak dan dilapis dengan buah-buahan dan kastard lebih lemak.
Saya ambil gambaran definisi trifle di atas untuk menghasilkan trifle in my own version, yang mana penggunaan kek span saya gantikan dengan pecahan biskut....then dilapisi dengan kastard dan coklat.

Bahan-Bahan:
Biskut Cream-O, dipecahkan kasar-kasar
Buah pic dalam tin, dipotong dadu besar
Buah anggur, dibelah dua
(kuantiti biskut dan buah-buahan terpulang banyak mana yang anda suka)

Bahan Kastard;

420 ml susu segar
200 ml susu cair
80 ml jus pic
4 sudu makan tepung kastad
80 gm gula kastor (siapa nak lebih manis, sila tambah)
1 sudu makan esen vanilla
Secubit garam, untuk menambah rasa lemak

Bahan Krim Coklat:

150 ml susu cair
100 gm choc chips
15 gm gula kastor
5 gm(1 sudu kecil) tepung jagung

Caranya:

Untuk Kastard:

  • Masak susu segar dan jus pic dalam periuk non stock dengan api perlahan.
  • Sementara itu, adun susu cair bersama tepung kastad di dalam mangkuk. Bila susu dah agak panas (bukan mendidih) masukkan bancuhan kastad. Kacau sentiasa hingga kastad jadi sedikit pekat.
  • Masukkan gula dan kacau lagi. Bila dah agak pekat matikan api.
Untuk Krim Coklat:
  • Panaskan susu cair. Bila dah panas masukkan choc chips, kacau sehingga choc chip cair dan larut semuanya menggunakan api kecil. Masukkan tepung jagung dan gula kastor. Campuran ini hendaklah sentiasa dikacau sehingga ia menjadi agak-agak pekat.
Cara Melapis:
  • Taburkan pecahan biskut di dasarnya. Renjiskan dengan sedikit jus pic dan taburkan dengan buah-buahan. Kenudian tuangkan kastard diikuti dengan krim coklat. Ulang semula proses ini hingga habis, ikut berapa lapisan yang anda suka.

0
Acar Ikan Bawal

Salam pagi Jumaat yang mulia ini. Haa....pejam celik pejam celik minggu depan kita semua akan mula menjalani ibadah puasa....mudah-mudahan ibadah kali ini dapat dikerjakan dengan sempurna....diterima dan diberkati oleh-Nya, insyaallah.
Ini menu tengahari semalam. Dah lama intai nak cuba acar ikan ni. Masa nak mula masak, confident je semua bahan cukup....alih-alih cari punya cari timun tak de da....yang lain-lain ada. Macam mana nak buat yer....nak keluar pi beli, alang-alang sebiji timun jer....lastnya teringat epal yang masih ada lagi, maka saya gantikan timun dengan epal. Ok juga, rasa acar tetap maintain....sedap masakan ni, anak-anak berpinggan-pinggan makan. Pesan saya, nak hidang baru dituangkan acar keatas ikan. Tak ndak dicampur terlalu awal takut nanti ikan become soggy....tak sedap....

Bahan-Bahan:
500 ikan bawal
(dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan digoreng hingga garing, ketepikan )

Bahan Kisar:
10 gm lada kering
3/4 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1 cm halia
10 gm @ 3 ulas bawang putih
100 gm bawang besar

Bahan Tumis:

1/4 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil halba
2 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
120 gm air
10 gm kismis
30 gm cashewnut, digoreng sekejap (yang ni saya tambah)

80 gm lobak merah
80 gm epal (saya ganti dengan 1 biji epal)
(potong memanjang spt batang mancis)

2 biji lada merah* (*dibelah dua)
2 biji lada hijau*
80 gm bawang merah*
100 gm minyak untuk menumis

Caranya:
  • Panaskan 100 gm minyak, (boleh juga gunakan minyak menggoreng ikan tadi cuma kurangkan jika banyak). Tumiskan bahan kisar, masukkan biji sawi dan halba, tumis hingga garing dan wangi baunya.
  • Tuangkan air, masukkan cuka, garam dan gula. Bila mendidih masukkan ikan, bawang merah, lada hijau, lada merah, kismis lobak merah, timun dan cashewnut. Kacau rata dan angkat.
Sumber: Curlybabe's Satisfaction

0
Kerabu Epal

Kerabu enak sebagai pembuka selera....lebih-lebih lagi bila dihidangkan sebagai pelengkap juadah apabila berbuka puasa....sememangnya sedap. Kerabu ringkas seperti ini boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Asalnya saya cuma nak gandingkan ikan bilis dan buah tomato....sedang saya tercari-cari buah tomato dalam petisejuk, terjumpa empat biji epal merah....tengok buahnya masih elok dan cantik lagi. Dengan spontan idea tiba nak menyatukan sekali epal dengan tomato dan ikan bilis. Hasilnya....ternyata tidak menghampakan....satu kombinasi yang sedap....diratah macam tu pun sodap. Samada nak gunakan epal merah atau hijau terpulanglah pada selera masing-masing. Selamat mencuba pada sesiapa yang nak mencuba.

Bahan-Bahan:
Anggaran 1 cawan ikan bilis, digoreng garing
1 biji epal, dihiris memanjang
1 biji buah tomato, dibuang biji dan dihiris memanjang
6 ulas bawang merah
1 biji lada hijau
4 biji limau kasturi/secukup rasa
1 sudu kecil nampla@sos ikan
Gula secukup rasa

Caranya:
  • Satukan semua bahan dan perahkan limau kasturi. Gaul rata, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar jika suka dan bolehlah dihidangkan.

2
Kuih Lapis Kacang Hijau

Jika entri terdahulu saya postkan kuih lapis peanut butter kali ini saya nak share pula kuih lapis kacang hijau. Tepung kacang hijau Narayana yang saya gunakan memang asli rasa kacang hijaunya....kalau dicampur ke dalam adunan biskut....sebiji rasa kuih putu kacang....alaa, kuih yang famous kat utara semenanjung tu....kalau u all ke Pekan Rabu atau ke Padang Besar....haaa....kuih putu kacang ni memang banyak dijual di sana....cuma kat KL ni je susah sikit nak jumpa.

Bahan-Bahan:
250 gm gula pasir (manis yang sesuai pada saya)
6 cawan (1200 gm) air
300 gm santan pekat
75 gm tepung kacang hijau
85 gm tepung hoen kwee (putih)
100 gm tepung ubi
150 gm tepung gandum
1/2 tsp garam
3 helai daun pandan
Pewarna hijau dan kuning

Caranya:
  1. Masak 2 cawan (400 gm) air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 4 cawan (800 gm) air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.
Sumber: Majalah SAJI




0
Brownies Blossom



 

Bahan-Bahan:
300 gm gula castor (manis yang sesuai utk saya 220 gm)
3 biji telur
240 ml air
300 gm tepung gandum*
40 gm serbuk koko*
1 1/2 isp baking powder* (ayak bersama bahan2 bertanda*)
1/2 tsp garam halus
2 tsp ovallet
40 gm choc chips/choc.parut (saya adjust:50 gm coklat rice + 50 gm choc chips)


 

Caranya:
  1. Pukul 4 bahan pertama hingga putih selama 5 min.
  2. Masukkan campuran tepung dan garam, pukul lagi hingga rata.
  3. Masukkan pula ovallete dan terus pukul hingga sebati. Campurkan choc chips dan gaul lagi hingga rata.
  4. Tuang adunan ke dalam mangkuk muffin hingga hampir penuh. Kukus selama 15 min dengan api kuat hingga masak.
  5. Sejukkan kuih di atas redai sebelum disajikan.
Sumber: MyResepi

0
Mihun Singapura

Mihun digoreng putih begini dah menjadi kesukaan anak-anak. Inilah mihun yang selalu saya sediakan jika kehabisan cili kisar tapi selera nak juga makan mihun goreng. Kira senang juga lah kerja sebab tak perlu nak blend cili terutamanya bila keadaan terdesak. Satu menu yang cukup simple penyediaannya....cuma perlu kepada pelbagai sayuran untuk menaikkan seri warna dan sekaligus menjadikannya menu seimbang.

MIHUN SINGAPURA

Bahan-Bahan:
1/2 bungkus mihun, rendam dan tos
15 ekor udang
3 keping fishcake
1 bungkus fishball
2 tangkai sawi
1 biji kecil lobak merah, dipotong seperti batang mancis
1 biji tomato, dihiris nipis
1 pokok daun bawang, dihiris 1 inci
1 genggam taugeh, jika suka
4 biji bawang merah, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam/lada sulah
1 sudu teh minyak bijan
3 biji telur
1 kiub perasa ayam
Garam secukup rasa

Caranya:
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan hirisan tomato, biarkan layu. Masukkan pula udang, fishcake, fishball, kiub ayam, garam secukup rasa dan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan sawi dan lobak merah, kacau dan biarkan sebentar. Pecahkan telur dan masukkan minyak bijan serta serbuk lada hitam, dikacau rata.
  4. Seterusnya masukkan mihun. Kacau rata sehingga mihun elok masaknya. Ketika ini jika garam dan lada hitam belum cukup rasanya bolehlah ditambah lagi. Jika terlalu kering dan mihun belum lembut lagi, tambahkan sedikit air lagi.
  5. Bila mihun sudah lembut, masukkan taugeh jika suka bersama hirisan daun bawang, kacau rata.
  6. Hiaslah ikut suka dan hidangkan.