0
Siakap Masak Tom Yam

Assalamualaikum....terima kasih pada semua rakan-rakan yang tak putus-putus mengunjungi dapur saya yang tidak seberapa ini....juga kepada kengkawan yang sudi menjadi follower SSK....tanpa anda semua tak mungkin SSK akan terus berada bersama bloggers2 yang lain. Walaupun masih suasana raya tapi entri juadah raya dah habis yer. Kini saya kembali semula kepada juadah-juadah harian yang biasa. Saya mulakan dengan siakap masak tom yam.

My daughter suka sangat ikan siakap. Jadi last weekend carilah siakap kat Tesco, cari punya cari dapat...agak besar jugaklah. Saya cuma gunakan 1/2 ekor je untuk resepi ini, cukuplah untuk dinner kami sekeluarga lagipun ada lauk tambahan yang lain. Pada sesiapa nak cuba tapi tiada ikan siakap, jangan risau...boleh gantikan dengan ikan lain seperti kerapu, bawal, kembung atau lain-lain ikan yang anda suka. Jom usha resepi....

SIAKAP MASAK TOM YAM

Bahan A
2 ekor ikan siakap/kerapu yang bersaiz sederhana (600 gm)
1/2 cmt garam (secukup rasa)
2 cmt tepung jagung
2 cawan minyak (500 ml)-utk menggoreng (deep fry)

Caranya
  • Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali. Lumurkan pula tepung jagung ke seluruh bahagian badan ikan. Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Ketepikan.

Bahan Sambal Tom Yam
4 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
2 batang serai - dipotong kecil*
1 cm halia*
2 cmb/1 kiub perencah tom yam
1 cmb cili boh (saya letak 3 cmb sbb nak lebih pedas)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
1 biji tomato - dihiris (ini saya tambah sendiri sbb suka sangat tomato)
Garam & Gula secukup rasa
2 cmb minyak - untuk menumis
3 cmb air (lebihkan sedikit air lagi jika mahukan kuah lebih)

Caranya
  • Tumbuk atau blend bahan-bahan yang bertanda * .
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  • Apabila kekuningan, masukkan perencah tom yam dan cili boh.
  • Biarkan di atas api buat seketika, kemudian masukkan garam dan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering dan hangus (kuantiti air bolehlah disesuaikan dengan citarasa masing-masing). Rasakan garam dan gulanya.
  • Akhir sekali apabila nak menghidang, bolehlah tuangkan sambal tadi ke atas ikan yang telah siap digoreng.

Sumber: norasecukuprasa.blogspot

0
Soto Ayam


Inilah soto ayam yang dihidangkan bersama-sama nasi impit dan bergedel ayam sebagai pelengkapnya sebagai juadah raya yang lepas. Kuah soto ni walaupun nampak jernih tapi cukup terasa rempah ratusnya.

'...saya tambahkan juga dengan su'un goreng sebagai bahan sampingan...keenakannya mendapat pujian ramai tetamu yang berkunjung...'


SOTO AYAM


1 ekor ayam
3000 ml air-kuantiti ikut kesesuaian
1/2 sudu kecil serbuk perasa (jika suka)

Bahan Kisar
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jntan hitam
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 cm halia
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/4 biji buah pala (tak letak sbb takde)
2 sudu kecil lada sulah (nak lebih pedas, tambah lagi)
5 biji buah keras
1 cm kunyit hidup (letak sikit je serbuk kunyit)

Caranya
  • Masukkan bahan kisar dalam periuk berisi air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tunggu sehingga ayam empuk barulah diangkat, tuskan dan carik-carikkan ayam tersebut.

SAMBAL KICAP
1/2 cawan cili padi
1/4 cawan kicap manis
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih

Caranya
  • Celur cili api dengan kuah soto.
  • Kisar sekali bersama bawang putih. Campurkan kicap dan gula, kacau rata.


Bahan Sampingan Yang Lain
Nasi impit atau mihun yang telah dicelur
Bergedel
Daun sup, dihiris halus
Daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Taugeh, dicelur

  • Masukkan nasi impit dalam mangkuk. Campurkan taugeh, ayam yang disiat, daun sup serta daun bawang. Kemudian tuangkan kuah dan letakkan bergedel di atasnya. Taburkan bawang goreng dan sedikit sambal kicap. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Asiah Samsudin (buku masakan Rampairasa Selatan)

0
Bergedel Ayam Mini


Bergedel ni dibuat sebagai pelengkap soto nasi sebagai juadah raya yang lalu. Pada sesiapa yang merancang nak buat open house tu dan soto sebagai salah satu menunya.... sudi-sudikanlah mencuba resepi ni yer....selain sedap.....buatnya pun mudah....


Bahan A:
1 kg ubi kentang jenis yang kecil, kupas kulit, cuci bersih, belah dua dan goreng 3/4 masak dan toskan.
500 gm peha ayam yang tidak bertulang/daging lembu yang tidak berlemak dan dikisar halus (nak senang saya gunakan ayam kisar yang dah siap je)


Bahan B:
1 biji bawang besar, didadu halus
2 biji lada merah, dihiris halus
2 biji lada hijau, dihiris halus
2 pokok daun sup, dihiris halus
2 pokok daun bawang, dihiris halus
1 sudu teh serbuk pala (tak letak sbb tak de)
1 sudu teh lada putih, ditumbuk kasar
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Bahan Saduran:
6 keping biskut Cream Crackers, dikisar halus
4 biji putih telur, dipukul dengan sedikit garam dan serbuk lada putih


'....enak diratah begitu saja atau dilawankan dengan soto mahupun nasi...'


Caranya:

  • Sangai isi ayam/daging yang telah dikisar, dengan sedikit garam dan lada putih yang ditumbuk kasar sehingga masak dan kering. Angkat dan ketepikan.
  • Ubi kentang yang telah digoreng tadi, ditumbuk tetapi jangan terlalu halus.
  • Satukan ubi kentang dan isi ayam/daging yang disangai ke dalam besen dan gaul rata dengan semua Bahan B sehingga sebati.
  • Tabur sedikit garam. Rasakan, jika ada rasa bahan yang kurang, tambah lagi. Setelah puas hati dengan rasanya, barulah diambil sedikit adunan, bentukkan seperti bebola kecil. Bebola ini hendaklah padat. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Semasa hendak menggoreng, ambil sebiji bebola bergedel, celup di dalam putih telur, kemudian golekkan di atas serbuk biskut. Supaya bebola brsalut dengan biskut, segera gorengkan sehingga garing dan kekuningan. Pastikan apinya tidak terlalu besar sebab ini akan merosakkan bergedel.
  • Setelah masak, angkat dan toskan.


  • Sumber: Mami Asmah Laili

    0
    Moist Chocolate Cake

    Assalamualaikum buat pengunjung semua. Dalam kegembiraan menyambut Syawal, diam tak diam dah hampir dua minggu kita beraya....pantas sungguh masa berlalu. Macam mana sambutan lebaran anda semua....tentunya meriah kan apabila ia diraikan dengan dikelilingi oleh insan-insan tersayang. Tidak ketinggalan juga pelbagai juadah hidangan tersedia menanti para tetamu dan saudara mara yang berkunjung.
    Dalam sibuk-sibuk siapkan tempahan, sempat jugalah saya buatkan kek coklat ni untuk raya. Lagipun kek coklat memang menjadi tumpuan semua terutama kanak-kanak. Kek ni saya tak bubuh topping....ala untuk hidangan raya biarlah yang simple je....tetamu pun senang nak makan....lain lah kalau untuk jamuan open house....


    MOIST CHOCOLATE CAKE (MCC)

    160 gm butter
    160 gm coklat masakan
    110 ml air panas suam
    1 tbsp golden syrup
    190 gm tepung gandum
    10 gm serbuk koko
    2 tsp baking powder
    1/4 tsp soda bikarbonat
    90 gm Nestle reduced cream/UHT whipping cream/susu cair
    180 gm gula perang
    1 tsp esen vanilla
    3 biji telur, dipukul ringan
    1 tbsp minyak jagung

    Cara:
    • Gris dan alas loyang bulat 20cm.
    • Cairkan butter + golden syrup + coklat + air panas secara double-boil sehingga cair kesemua bahan. Biarkan sejuk seketika. Sementara itu panaskan oven 170C.
    • Ayakkan semua bahan-bahan kering ke dalam satu bekas.
    • Masukkan gula, Nestle cream, esen vanilla, telur yang telah dipukul ringan dan minyak. Kacau menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga rata dan sebati.
    • Masukkan sedikit demi sedikit campuran coklat yang dicairkan tadi. Kacau lagi adunan sehingga sebati dan bercampur rata semuanya.
    • Tuangkan ke dalam loyang. Bakar mengikut suhu oven masing-masing selama 40-50 min atau bila diuji dengan skewer pada tengah kek ia akan keluar dengan bersih menandakan kek telah masak.

    '....sedap....moist....bertambah sedap jika dihias dengan topping coklat...'


    Di sini saya sertakan sekali bonus topping pada sesiapa yang inginkan mcc mereka dihias dengan topping....

    TOPPING:

    200 ml whipping cream
    300 gm coklat masakan
    1 sudu besar tepung jagung

    • Kacau rata dan masak atas api kecil sehingga likat.
    • Padamkan api dan masukkan sedikit butter dan kacau.
    • Bolehlah dicurahkan ke atas kek yang telah sejuk.



    0
    Salam Aididilfitri 2010 /1431 H





    Terasa sayu di hati bila Ramadan kian hampir melabuhkan tirainya. Tapi masa tetap terus berlalu tanpa menunggu walau sesaat pun. Dan kini cahaya Syawal bakal menjelma . Dikesempatan ini saya menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf kiranya ada terkasar bahasa selama berbicara dialam maya ini. Semoga anda semua berbahagia menyambut kedatangan lebaran bersama-sama keluarga tercinta.

    1
    Suji Brunei

    Jika raya tahun lepas saya dah try suji salju. Komen dari tetamu semua mengatakan sedap. Tahun ni saya try pula suji brunei....Mmmm....tak perlu tunggu komen tetamu dah sebab dah nyata suji brunei ni sememangnya the best....berbaloi membuatnya. Lepas makan satu, nak satu lagi dan satu lagi....tak leh nak stop. Rasanya lemaakk sangat sebab adanya minyak sapi, cornflake, nestum dan saya ubahsuai sikit dengan penambahan cerelac....memang mengancam lah biskut ni tak jemu makan. Agaknya kalau dicari biskut ni di Brunei keliling satu Brunei pun tak akan jumpa biskut ni....kreatif betul lah orang yang memula berikan nama tu....hehehe....Kalau dihadap satu balang pun boleh habis....tapi kenalah beringat sebab minyak sapi tinggi kandungan kolestrol....
    • 200 gm minyak sapi Gheeblend
    • 100 gm shortening
    • 180 gm gula kastor
    • 100 gm cornflakes - dikisar halus
    • 1 kuning telur
    • 80 gm tepung jagung
    • 80 gm tepung suji
    • Tepung Gandum secukupnya
    Bahan Salut:
    • Susu tepung
    • Nestum (kisar)
    • Gula aising (saya guna gula pasir yang dikisar halus, salutan lebih cantik)
    Caranya:
    1. Satukan minyak sapi, shortening dan gula. Kacau hingga lembut.
    2. Masuk kuning telur, kacau lagi.
    3. Masukkan pula bahan-bahan lain.
    4. Akhir sekali masukkan tepung gandum secukupnya sehingga boleh diuli dan jadi doh yang lembut.
    5. Canai dan terap. Bakar sehingga masak.
    6. Bila dah sejuk salutkan dengan bahan salutan.
    Nota: Kalau bahan salut dah cukup manis tak perlu lagi ditambah dengan gula aising.

    0
    Cornflakes Chocolate

    Resepi juga cnp dari blog kak noor.


    CORNFLAKES CHOCOLATE

    Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
    1 kotak besar cornflakes(325gm)
    1 sudu besar madu
    5 sudu besar mentega/marjerin
    1 sudu besar gula
    6 bar cooking chocolate/450gm
    3 sudu besar peanut butter *optional
    50gm cocoa butter (saya gantikan dgn shortening, fungsinya sama>utk mempercepatkan proses coklat membeku)
    manik hiasan jika suka
    papercup secukupnya


    Caranya:
    1. Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
    2. Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
    3. Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
    4. Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.

    Note:
    *Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain. Cubalah.. insyaALLAH sedap..
    *Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya.

    0
    Biskut Honey Cashewnut

    Resepi ni saya cedok dari rancangan masakan Chef Liza Bersama Daisy tahun lepas. Chef Liza namakan biskut ni Biskut Kacang Daisy. Tapi sebab saya gantikan kacang tanah dengan cashewnut jadi saya namakannya dengan Honey Cashewnut. Biskut ni sedap penuh dengan rasa kacang.

    Bahan A:
    • 120 gm tepung naik sendiri (saya cuma gunakan tepung gandum biasa)
    • 60 gm tepung gandum
    • 40 gm tepung beras
    • 60 gm gula perang halus
    • 20 gm gula kastor
    • 1/2 tsp baking powder (saya buh sikit je 1/2 drpd 1/8 tsp)
    • 1/2 tsp soda
    Bahan B:
    • 100 gm kacang tanah - bakar & kisar xkasar dan xhalus (saya guna serbuk cashewnut)
    • 60 gm cornflakes - kisar halus
    • 1 tbsp peanut butter daisy
    Bahan C:
    • 120 gm minyak jagung daisy
    • 1 tsp madu
    Glaze:
    • 1 kuning telur
    • 1 tbsp susu cair
    • Bijan putih
    • Bijan hitam
    Caranya:
    1. Satukan bahan A.
    2. Satukan bahan B dan masukkan dalam A.
    3. Satukan pula bahan C dan masukkan dalam campuran A&B. Uli sehingga jadi doh.
    4. Canai dan terap dengan acuan yang disukai. Hiaskan dan bakar hingga masak.

    0
    Tat Nenas

    Seperti kebiasaan saban tahun saya mengambil tempahan biskut raya dan kek lapis. Untuk tahun lepas je saya menerima tempahan sebanyak 50 carton. Faham-faham aje la kan nak menyiapkan tempahan sebanyak itu memerlukan bukan sedikit masa dan tenaga. Tapi Ramadan tahun ni saya nak relaks sikit untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga. Namun begitu rezeki dari Allah SWT syukur alhamdulillah. Walaupun tahun ini saya bercuti sementara tapi saya masih menerima panggilan telefon daripada customer2 saya untuk tempahan....terima kasih banyak-banyak. Saya mintak maaf kerana tak dapat memenuhi permintaan anda semua. Insyaallah jika ada rezeki tahun depan bolehlah kita bekerjasama semula.
    Walaupun saya tidak membuka tempahan pada ramai, saya masih ambil tempahan sikit-sikit daripada adik-beradik dan saudara mara terdekat. Diorang ni biasalah awal-awal bila saya tanya semuanya buat dek je....dah last-last minit macam ni barulah bagitau nak biskut itu nak biskut ini....dah tu bukannya sikit-sikit....banyak-banyak. Kerana itu seminggu dua ni sibuk sangat hingga tak sempat nak update my blog. Dalam pada itu, sempat juga lah saya siapkan beberapa jenis biskut untuk dibawa balik ke kampung...itupun biskut yang simple-simple aje....tak kisahlah janji ada biskut yang nak dibawa pulang beraya.
    Pertamanya, tat nenas. Tat ni sedap, lemak dan cantik je gebunya. Resepi cnp dari blog knor....mintak halal knor....

    TART NENAS
    • 250gm butter
    • 2 sudu besar gula castor
    • 2 sudu besar minyak sapi
    • 1 bj kuning telur
    • 1 sudu besar tepung kastard
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • secubit garam
    • 1 sudu kecil esen vanilla (yg ini saya tambah)
    • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
    • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
    • jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
    *** kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

    Hiasan:
    • 1 bj kuning telur
    • 1 titik pewarna kuning
    • 1 sudu air (saya ganti dengan sedikit minyak untuk lebih berkilat)
    Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

    Cara2:
    • Ayak ke tiga2 tepung.
    • Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
    • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
    • Pukul lagi hingga sebati.
    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
    • Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
    • Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
    • Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
    • Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
    • Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
    • Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
    • Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
    • Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
    • Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
    • Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
    Nota dari kak Noor:
    * Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
    * masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
    * sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..

    0
    Kek Lapis Jentayu

    Ramai tertarik dengan kek lapis kerana rasanya yang lain daripada kebiasaan kek...selain rupanya yang beraneka warna dengan pelbagai perisa. Kek lapis yang asli mempunyai rasa butter yang lebih ketara. Penggunaan pure butter menjadikan kek lebih wangi dan lebih lembap. Saya pernah merasa kek lapis buatan tempatan yang telah dikomersialkan di semenanjung, rasa aslinya seakan hilang di mana rasanya sudah seperti kek biasa selain kelihatan kurang moist. Cuma kek lapis popular Sarawak dan homemade saya kira masih mengekalkan keaslian yang sebenar. Hampir setiap tahun saya mengambil tempahan kek lapis sarawak. Alhamdulillah sambutan cukup menggalakkan. Malahan saya ada beberapa customer yang selalu menempah dari saya, kemudian mereka cuba membeli di luar....akhirnya mereka akan datang balik menempah dengan saya....alasan kek lapis yang mereka beli tidak moist...tak seperti kek lapis sarawak. Oleh itu, sesuai dengan kedatangan Syawal tak lama lagi....saya nak kongsikan satu lagi resepi kek lapis yang mungkin boleh menghiasi meja hidangan anda pada raya nanti. Resepi ni saya pelajari dari seorang kawan orang Sarawak.

    UNTUK LAPISAN INTI
    Bahan A:
    • 16 biji kuning telur
    • 4 biji putih telur
    • 200 gm gula kastor
    • 250 gm tepung hong kong
    • 1 tbsp ovallate
    Bahan B:
    • 500 gm butter
    • 170 gm serikaya
    • 5 tbsp susu pekat manis
    • **Jem/Susu Pekat - untuk melapis
    Caranya:
    • Pukul semua bahan A hingga kembang dan pekat.
    • Dalam bekas berasingan pukul pula bahan B hingga "creamy". Kemudian satukan adunan dan gaul sebati.
    • Bahagikan kepada 3 bahagian:
    • Lapisan hijau >> pewarna hijau & pandan paste
    • Lapisan oren >> pewarna peach
    • Lapisan biru >> pewarna biru & blueberry paste
    • Bakar selapis demi selapis hingga masak menggunakan loyang 9 x 9 x 3in. Mulakan dengan adunan warna hijau sebagai lapisan pertama, diikuti warna peach, biru, hijau, peach, biru, hijau dan diakhiri warna peach.
    • Apabila masak tekan setiap lapisan dengan penekan zig-zag.
    • Setelah sejuk , potong segitiga menggunakan cutter 1.5 inci.
    UNTUK LAPISAN BAWAH & ATAS
    • Adunan bahan dan cara mengadun sama seperti membuat lapisan inti di atas.
    • Ambil sedikit adunan dan warnkan dengan warna biru, masukkan ke dalam piping bag atau botol sos. Adunan selebihnya dibahagikan 2 bahagian, dibiarkan plain.
    • Sediakan loyang bersaiz 8.5 x 8.5 x 4 inci. Bakar selapis selapis 1 bahagian adunan plain. Setiap lapis paipkan adunan warna biru. Satu bahagian adunan ini dapat 5 lapisan.
    • Selepas habis 5 lapisan bahagian bawah, susun dan lekatkan inti@potongan segitiga tadi menggunakan jem/susu pekat.
    • Seterusnya menggunakan satu lagi bahagian plain bakar lagi selapis selapis dan paipkan setiap lapisan dengan adunan warna biru. Ulangi hingga habis@juga 5 lapisan
    Nota: Kek ini akan ada 5 lapisan bahagian bawah - susunan potongan segitiga - 5 lapisan atas. SELAMAT MENCUBA!!
    **Jika ada yang cuba buat tapi tak menjadi bukan salah resepi yer....resepi yang saya beri ni adalah ori walaupun resepi ni saya buat jualan. Seperti yang saya katakan pembuatan kek lapis ni ada tekniknya tersendiri. Jika ingin tahu teknik dengan lebih detail sila ikuti kelas-kelas kek lapis.**