0
Kerutub Ikan Kembung


Untuk masakan ini, lebih sedap jika menggunakan ikan bawal atau siakap. Tapi disebabkan ikan spesis tu tak de....yang ada cuma kembung....kembung pun kembung lah. Sebab itu namanya bertukar menjadi kerutub ikan kembung. Sungguh sedap, anak-anak suka sangat sampai makan pun bertambah-tambah. Lagipun resepi-resepi yang ada di dapur ni semua resepi terpilih dan yang sedap-sedap menepati selera kami sekeluarga....sesuai dengan nama seleraputeri....yang tak sedap....tak masuk carta...jangan mare....

^sekali pandang mirip ikan percik^


KERUTUB IKAN KEMBUNG

Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan kembung yang besar
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
Bahan Dikisar Halus
  • 3 sudu besar cili siap kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 3 biji buah keras
Caranya
  • Ikan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng sehingga kuning tetapi tidak terlalu garing.
  • Panaskan minyak anggaran 2 sudu besar, tumiskan bahan kisar selama 5 minit atau sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan santan dan daun limau, biarkan mendidih sebelum memasukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Perasakan asam, garam dan gulanya.

***selain gula pasir, gula perang juga boleh digunakan utk membangkitkan rasa lemak.
***jika tiada buah keras, boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk badam....sebab saya pernah terbaca di ruangan kesihatan, buah keras punya kolestrol berbanding badam yang lebih berkhasiat.

0
Kuih Talam Pisang


Hari berganti hari, dah lama rasanya tak menalam....yer lah sejak puasa hari tu dah stop talam menalam ni. Di internet, blog demi blog saya jelajah....ada antaranya yang menayang talam pisang. Jadi last weekend belilah pisang pasal dah lama berangan nak buat kuih talam ni, sebab tengok diorang punya macam sedaap je. Maka semalam terlaksana jua hajat di hati untuk melihat kuih ini berada di depan mata....dapat juga dibuat minum petang. Saya gunakan resepi hasil pi menuntut dengan sorang sifu yang pakar serba serbi masakan....bukan saja pakar malahan tauke kuih, tauke lauk-pauk, tauke catering dan tauke segalanya. Kuih-kuih basah dia....no komen...memang sedap dan mendapat pujian ramai.


Untuk post ini saya minta maaf bebanyak. Saya hanya boleh tayang gambar saja sebab yang empunyer resepi tak benarkan resepinya dipublishkan di sini. Tapi untuk tidak menghampakan u all, saya akan pastekan resepi talam pisang yang lain....dari umah kak Rus.....Ia seakan-akan sama tapi tak serupa. Kak Rus, halalkan saya hangkut resepi talam pisang kak Rus ke umah saya yer....at least boleh jadi ingatan untuk saya mencubanya nanti. Diharapkan resepi ni dapat membantu.


TALAM PISANG

Bahagian Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras (kak rus anggar saja dari asalnya 300gm tep.beras boh)
  • 5 cwn santan cair
  • 3/4 cwn gula
  • 5 biji pisang raja dihiris
  • 1cb tepung jagung
  • secubit garam
Caranya
  • Kacau santan,tepung beras,tepung jagung,gula dan garam atas api hingga kelihatan naik wapnya.
  • Masukkan pisang dan kacau sebentar kemudian tuangkan ke dalam loyang 10x10 yang disapu minyak dan dikukus 15 minit.

Bahagian Atas
  • 2 cwn gula merah + sedikit gula melaka
  • 2 cwn air
  • 3 cwn santan pekat
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
Caranya
  • Gula merah + gula melaka dimasak dgn 2 cwn air dan ditapis kemudian sejukkan
  • Satukan air gula dgn tepung dan santan lalu dikacau atas api sehingga naik wap.lalu dituangkan ke atas lapisan bawah tadi dan dikukus lagi sehingga masak.
  • Sejukkan ....biar betul-betul sejuk barulah dipotong untuk dihidangkan.


0
Ayam Goreng Masam Manis


Lauk yang saya ceritakan dalam posting semalam. Lauk ayam ni sangatlah sedapnya, memang serasi dipadankan dengan nasi harisa. Rasa ayam ni kan....masam-masam manis. Bila dimakan bersama nasi harisa tu....u all can imagine tak....seakan kita makan nasi beriani bersama ayam madu kat kedai mamak....malahan lebih sedap lagi dari itu. Sepatutnya lauk ini agak kering sedikit, barulah sesuai dengan namanya ayam goreng masam manis. Tapi saya tak nak kering sangat sebab nak kan sedikit berkuah bila makan dengan nasi.


AYAM GORENG MASAM MANIS

Bahan-Bahan
  • 1/2 kg ayam
  • 1/2 kg ubi kentang [tak buat sbb dah habis]
  • 2 labu bawang besar [hiris]
  • 2 biji limau kasturi
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat [saya gantikan dgn 2 sudu besar kicap manis]
  • 1 sudu besar kicap masin [tak bubuh sbb tak de]
  • 1 cawan air
  • minyak untuk menggoreng
  • 4 helai daun kari
Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang putih [dihiris]
  • 3 ulas bawang merah [dihiris]
  • 2 cm halia [dihiris]
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 6 sudu besar serbuk kari
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
Caranya
  • Ayam dipotong enam dan dibersihkan. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam setengah masak.
  • Ubi kentang dibelah empat dan direbus setengah masak. Kemudian goreng.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan hiris, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan tomato sos dan sedikit air. Tumis lagi sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, kicap pekat, kicap masin, air limau kasturi, air dan daun kari.
  • Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul hingga rata dan masak.
  • Terpulang pada masing-masing sama ada nak berkuah pekat atau agak-agak kering.

0
Nasi Harisa


Nasi Harisa....seindah nama seenak rasa. Nasinya sungguh lembut, lemak dan bau harum daun ketumbar serta rempah ratusnya menaikkan lagi aroma nasi ini. U all boleh cuba sendiri dan baru lah tahu bagaimana keenakkannya. Lebih sedap bila saya gandingkan nasi ini bersama ayam goreng masam manis....nasi beriani kedai mamak tu pun tak leh lawan. Selain ayam, nak makan dengan daging masak prune , daging bawang goreng , rendang kicap daging atau daging dendeng pun sedap juga. Rating 5-star saya bagi....sedap banget!!....Rugi sapa tak cuba.


NASI HARISA

Bahan-Bahan
  • 1 kg beras basmati
  • 600 ml 1200 ml air
  • 500 gm lobak merah [parut kasar]
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan susu cair
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng
  • minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 3 cm halia
  • 50 gm daun ketumbar dan akarnya
  • 5 tangkai cili hijau
  • 2 sudu makan serbuk badam
Caranya
  • Beras dicuci, tuskan. Kemudian digaulkan dengan parutan lobak merah. Selepas itu masukkan ke dalam rice cooker. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis, jintan putih, cengkih dan buah pelaga.
  • Masukkan air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masukkan susu cair. Biarkan sebentar.
  • Sesudah itu, tuangkan terus ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi baru hidupkan suis. Kacau sehingga beras benar-benar rata dan sebati dengan air tersebut. Then tutup periuk dan masaklah nasi seperti biasa.
  • Bila nasi dah kering, taburkan sedikit bawang goreng dan kacau. Tutup lagi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  • Bila menghidang taburkan lagi dengan bawang goreng sebagai hiasan.
Tips dari Chef Ismail: Setiap 1 kg beras basmati = 1.2 liter air

0
Trifle Pancawarna


Trifle, dessert yang sungguh mudah dibuat. Kebiasaannya topping trifle ditaburi dengan fruit koktel. Tapi saya ciptakan sedikit kelainan dengan menukarkannya kepada agar-agar pelbagai warna. Nampaknya anak-anak lebih sukakan begini berbanding fruit koktel.


TRIFLE PANCAWARNA

Lapisan 1:
  • Kek sponge coklat / swiss roll
  • Sirap: Larutkan 3-4 sudu makan mixed fruit cordial dgn 1/2 cwn air
Lapisan 2~Kastad:
  • 1/2 tin susu cair *
  • 200 ml susu segar *
  • 2 tin air [gunakan tin susu]*
  • 6 sudu makan gula kastor *
  • 3 sudu makan [penuh] susu pekat manis *
  • secubit garam
  • 9 sudu makan tepung kastad **
  • 1 cawan air **
  • 1 biji telur (B)**
  • 1/8 sudu kecil esen vanilla**
Caranya
  • Satukan bahan-bahan bertanda (*). Masakkan sehingga mendidih.
  • Sebatikan bahan-bahan bertanda (**) dan kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang mendidih tadi. Teruskan masak dengan api yang sederhana sehingga adunan nampak berkilat dan pekat. Adunan kastad hendaklah selalu dikacau untuk mengelakkan berketul dan hangus di dasar periuk.
  • Sementara itu basahkan lapisan kek yang telah disusun dengan sirap.
  • Selepas itu, tuangkan kastad ke atasnya.


Lapisan 3:
  • Tabur dengan agar-agar kiub pelbagai warna. Jika suka campurkan perisa untuk warna-warna yang digunakan.
Lapisan 4:
  • Lastly, tuangkan agar-agar plain yang dimasak bersama sedikit gula.
  • Sejukkan.
^....ini jer yang tinggal setelah kena ngap^

0
Daging Bawang Goreng

Bau harum bawang goreng sememangnya memikat selera. Maka sudah tentu jika dicampurkan ke dalam masakan automatically akan membangkitkan aroma masakan itu. Kali ini saya hidangkan pula menu daging bawang goreng.



Tak sia-sia i've tried this recipe which i got from SAJI yang entah kurun bila ntah. For me this menu memang ngam sangatlah bila digandingkan dengan nasi minyak ker....nasi beriani ker....malah nasi apa pun....Malah rasanya yang seakan-akan rendang itu juga sesuai untuk hidangan raya....regunya lemang dan ketupat. Memasaknya pun tidaklah seremeh memasak rendang. Semakin dipanaskan pada keesokan harinya....semakin kering....semakin bertambah lagi sedapnya daging ini. Cuba lah.....dijamin memuaskan.

^.....alternatif kepada rendang^


DAGING BAWANG GORENG

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging [dipotong dua]
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan cili kering kisar
  • 1 cawan bawang goreng
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar [kisar]
  • 6 ulas bawang putih [kisar]
  • 2 inci halia [kisar]
  • 2 inci lengkuas [kisar]
  • 3 batang serai [kisar]
  • rempah 4 sekawan
  • garam & gula secukup rasa

Cara

  • Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Kemudian tumbuk nipis, tak kisah kalau hancur sedikit.
  • Panaskan minyak dan tumis daun kari dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Masuk cili kisar dan tumis lagi. Bubuhkan garam dan gula sedikit.
  • Masukkan daging, bawang goreng dan santan.
  • Bubuh kicap manis. Kacau dan masakkan sehingga kering dan garing.

Cara saya

***saya tak rebus daging tapi saya hanya hiriskan daging nipis-nipis
***pada step setelah dimasukkan cili kisar, tunggu sekejap hingga naik bau baru masukkan daging dan tunggu sehingga daging empuk
***setelah daging empuk dan air daging dah berkurangan baru masukkan santan, bawang goreng dan kicap.
***terpulang pada masing-masing sama ada hendakkan sedikit berkuah atau kering dan garing


0
Puteri Ayu Ketan Hitam

Kalau tak silap kuih puteri ayu dah wujud sejak tahun 80-an lagi, masa saya berada di sekolah rendah. Pada masa tu, selain dengan nama puteri ayu ada juga yang menyebutnya apam seri ayu dan baby chiffon. Ahh...bagi la nama apa pun kuihnya tetap sama. Inilah kuih yang paling glamour ketika itu. Walaupun dah lama wujud tapi keglamouran kuih ni tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Puteri Ayu yang ada pada era tu hanya lah berperisa pandan dan coklat.


Tapi sekarang puteri ayu dah dipelbagaikan dengan perisa seperti kopi....dan yang terbaru telah diolah dengan penambahan pulut hitam. Rasanya memang sedap....mungkin kerana pulut hitam tu kot....menambahkan lagi kelemakan dan aroma kuih ini. Cubalah dan rasakan sendiri...selain menambahkan koleksi kuih puteri ayu yang sedia ada.

^selain sedap dan lemak, ianya juga lembut dan gebu sekali^


PUTERI AYU KETAN HITAM (anggaran 28 pcs)

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur (medium)
  • 1 sudu teh ovallet
  • 150 gm gula kastor [boleh tambah pada yang suka lebih manis]
  • 70 gm tepung pulut hitam
  • 110 gm tepung gandum
  • 70 gm santan pekat segera
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut putih secukupnya [digaul dgn sedikit garam dan tepung ubi]

^masih kekal lembut walau pada keesokan harinya^

Cara
  • Satukan telur, gula dan ovallet dalam mixing bowl. Menggunakan hand-whisk, pukul sehingga betul-betul kembang, pekat dan putih.
  • Ayakkan bersama tepung gandum dan tepung pulut. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.
  • Kemudian masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi adunan sehingga sebati.
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu sejuk sekejap supaya senang dikeluarkan dari acuan.


0
Telur Rampai Medley

Ia mudah....Ia cepat....Begitulah gambaran yang boleh dikatakan untuk menu kali ini. Actually ini lauk accident sebab tak rancang nak buat pun.  Nak masak sayur tapi bila check fridge itu je sayur yang ada....sikit pulak tu....jadi terpaksa lah campurkan dengan bahan lain nak bagi nampak banyak....begitulah cerita nyer.  Tapi kan sedap juga lauk-lauk kering macam ni.  Kalau perut dah keroncong...nasi ada...tapi lauknya tak de...mungkin lauk ini  sesuai kerana tak perlu menunggu masa lama sediakan. Namun bahan-bahannya terpulang mengikut kesesuaian masing-masing. Masakan campak-campak  seperti ini selalunya menjadi rebutan terutamanya anak-anak.  Selain ringkas ianya juga berkhasiat.



TELUR RAMPAI MEDLEY

Bahan-Bahan
  • Telur
  • Ubi kentang  [dipotong dadu & digoreng]
  • Kobis *
  • Cili benggala/Capsicum (merah)  *
  • Daun sup & Daun bawang  *
  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • Kiub ayam
  • Serbuk lada hitam yang kasar
  • Garam
Cara
  • Hiriskan halus bahan bertanda *. Ketepikan.
  • Pukul telur sedikit dan gorengkan sebentar menjadi scramble. Angkat.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang hingga sedikit layu.
  • Masukkan kobis, kiub ayam dan garam secukup rasa. Then terus masukkan capsicum, daun sup, daun bawang, serbuk lada hitam, kentang goreng dan telur.
  • Kacau rata-rata, angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan. Dah boleh makan da.....

0
Ikan Goreng Berlada

Ini resepi simple-simple je....tapi bukan sebarang simple. Walaupun simple tapi inilah lauk yang paling laku dan paling cepat habis tak kira la for lunch or dinner. Rasanya semua pun tahu kan masak lauk sebegini. Kalau lauk-lauk mudah macam ni saya tak berapa pandai  nak bagi resepi yang tepat sebab saya masak ikut sesuai selera dan sedap tangan saja. Memang sedap lauk ni. Kami satu family kalau ada lauk yang satu ni....lauk lain tu alamatnya tolak tepi laa....lebih-lebih lagi kalau ikannya ikan keli....waduh....mahu berpinggan-pinggan nasi....Apapun saya kongsikan bahan-bahannya di sini dan pandai u all lah adjust yer...


IKAN GORENG BERLADA

Bahan-Bahan
  • Ikan [sebarang ikan yang anda suka]
  • Cili kisar
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Minyak
Cara
  • Ikan dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam dan kunyit. Gorengkan ikan hingga agak-agak garing tapi jangan terlalu garing sangat melainkan jika ikan keli. Angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang dan goreng sehingga layu dan wangi.
  • Masukkan cili kisar, belacan, garam dan gula. Gorengkan lagi hingga cili garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan masak lagi sebentar. (kalau nak yang sambal ala-ala berkuah jgn tunggu sampai kering).
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, balik-balikkan ikan dan bolehlah diangkat.

0
Bubur Candil Keledek Bersama Sagu

Masih lagi entri keledek. Mee kari dah buat...donut pun sudah...tapi keledek masih ada belen lagi dalam fridge....dah siap rebus dan lecek....nak buat apa lagi yer?? Saya buka laptop. Sedang kepala duk berfikir....jari jemari ligat menari pada keyboard....surf internet. Surf punya surf....nampak lah satu blog tu. Hati pun berkata, menarik juga kalau dicuba resepi ni....lagipun memang mencari resepi menggunakan keledek sebab nak perabihkan keledek yang tinggal tu....apalagi terus print.


Resepi hanya sebagai base. Saya hanya follow bahan tapi tang sukatan tu....cuma buat ikut sesedap tangan je....sebab buatnya pun tak lah rumit sangat. Begitu juga ketika memasak santan....saya masukkan gula merah sekaligus ke dalam santan seperti kebiasaan memasak bubur yang lain. Tapi hasilnya, candil ni memang sedap sesuai dengan citarasa saya. Malah lebih enak jika cukup terasa gula melakanya. Apa-apa pun saya perturunkan resepi asalnya di bawah.



BUBUR CANDIL KELEDEK BERSAMA SAGU

Bahan-Bahan
  • 200 gm keledek siap lecek
  • 1 1/2 cawan tepung sagu/ubi
  • tepung pulut secukupnya
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 keping manisan sederhana besar@gula melaka
  • 1 senduk gula merah
  • gula pasir sekiranya kurang manis
  • 1 genggam sagu biji [cuci & ditos]
  • 5 helai daun pandan
  • secubit garam
  • Air secukupnya
Cara
  • Uli keledek lecek dengan tepung sagu dan tambah tepung pulut sedikit-sedikit hingga tidak melekat pada tangan.
  • Didihkan air dan mula gentel adunan kecil-kecil dan masukkan dalam air mendidih tadi hingga gentelan tepung tadi timbul menandakan dah masak (setelah masak, saya masukkan terus ke dalam bekas yang berisi air biasa sementara memasak santan).
  • Untuk Kuahnya: Masak manisan dan gula merah bersama 1 cawan air dan simpulan daun pandan hingga gula-gula itu larut. Tapiskan.
  • Di periuk lain masukkan air gula dan air secukupnya hingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Sentiasa dikacau agar santan tidak berketul. Masukkan sagu biji pula.
  • Bila kuah mendidih, toskan candil dan masukkan ke dalam kuah. Kacau dengan lembut dan biarkan di atas api seketika.
Sumber : anissdairy.blogspot


***gula melaka, gula merah dan gula pasir boleh diadjust mengikut rasa manis masing-masing
***lebih elok jika menggunakan keledek merah, oleh kerana saya guna keledek putih jadi saya tambahkan sedikit pewarna lemon yellow.
***untuk candil saya guna sudu penyukat 1/2 tsp supaya kelihatan cantik dan sama besarnya

0
Mee Kari

Ini lah dia mee kari yang saya ceritakan dalam entri yang lepas. Kuah mee kari yang biasa tiada keledek. Tapi yang ini special sikit....ada keledek. Rasanya, tak usah nak cakap lah...teramaatt sedapnya....sehingga menjilat pinggan...hehehe....Resepi saya usha kat umah kak Dayang. U alls jangan tengok je....mesti cuba tau, jangan tak cuba.... pasti tidak menghampakan....



MEE KARI

Bahan A
  • 500 gm mee kuning [dicelur]
  • 4 biji telur rebus [dibelah dua]
  • sedikit sawi [dicelur]
  • sedikit taugeh [dicelur]
  • sedikit daging [direbus & dihiris nipis]
  • 2 biji cili merah [dihiris]
  • sedikit daun sup [dihiris]
  • sedikit bawang goreng
  • tauhu yang sudah digoreng [dihiris]
  • udang yang sudah digoreng/direbus - optional
  • 2-3 biji limau kasturi - optional
Untuk Kuah
  • 250-300 gm keledek merah [direbus & dikisar halus]
  • rempah penumis 4 sekawan
  • 3 sudu makan serbuk kari daging [bancuh dgn sedikit air]
  • 2 sudu makan tepung gandum [bancuh dgn sedikit air]
  • 2 sudu makan kerisik
  • 700-800 ml air atau lebih ikut suka
  • gula dan garam secukup rasa
  • minyak masak
Bahan - Dikisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • segenggam udang kering


Cara
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan pes kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan keledek kisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (kuahnya boleh adjust ikut citarasa sendiri samada nak pekat atau perlu ditambah air lagi)
  • Apabila sudah masak, biarkan ia merenih seketika.
Cara Hidangan: Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

Pesan kak Dayang: ***Mee ni kalau nak rasa keasliannya , tak perlu diperahkan limau kasturi kerana rasanya lebih sedap tanpa limau. Tapi terpulanglah pada selera masing-masing.

Sumber : dayangjack.blogspot.

0
Semur Ikan Tenggiri

Resepi dari majalah RASA.... semur ni rasanya lebih kurang masak kicap berempah. Asal namanya Semur Ikan Tongkol tapi kerana saya menggunakan ikan tenggiri ....maka namanya pun turut berubah jugalah...ye tak... Penambahan rempah ratus di dalamnya memberikan sedikit kelainan dan mengharumkan kuah semur.


SEMUR IKAN TENGGIRI

Bahan-Bahan
  • 5 keping isi ikan tenggiri ] dilumur garam & digoreng
  • 2 biji bawang besar ] dipotong bulat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji tomato ] dibelah empat
  • 3 biji cili hijau ] dibelah dua (cili hijau xde, saya gantikan dgn capsicum)
  • 1 batang serai
  • 250 ml kicap pekat manis (yg ini saya tak follow sukatan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan - Dikisar
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 6 tangkai cili kering*
Bahan - Disangai & Dikisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga garing.
  • Masukkan ikan bersama cili hijau, tomato, serai, bawang besar dan kicap. Kacau hingga sebati (saya tambahkan sedikit air supaya tidak kering)
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan biarkan kuah sedikit pekat.
  • Angkat dan hidangkan.

0
Sweet Potato Donuts


Semalam buat mee kari menggunakan keledek. Dan keledeknya ada berbaki lagi. Jadi saya buatlah kuih donut ni. Resepi asal dari Gert. Doughnya memang agak lembik, susah sikit nak guna cutter. Jadi lastnya saya guna tangan je. Hasilnya sedap....lembut n gebu....anak-anak pun suka. Resepi saya cnp dari sana yer...


SWEET POTATO DONUTS

Ingredients
  • 320 grams flour (a bit more if the dough is too sticky)
  • 2 tsp yeast
  • 1/2 tsp salt
  • 150 grms mashed sweet potatoes
  • 2 tbsp sugar
  • 30 grms butter
  • 100 ml water
For coating
  • Some sugar or cinnamon sugar

~ yang ini versi bebola ~

Methods
  • In a large mixing bowl mix all the ingredients together and knead for about 6-7 minutes until you get nice smooth dough. Add some extra flour if it’s so sticky. Cover the bowl with a dry kitchen towel and let it rise for an hour or double it size at a warm place.
  • Punch down the dough and remove onto a floured work tabletop. Roll out the dough to about 1/4" thick and cut the dough out into rounds with a donuts cutter. Gather the snaps and re-roll, then cut out more donuts.
  • Place donuts on parchment paper,cover and let rise for 20 minutes or until they feel light and spongy.
  • Heat oil for deep-frying in a frying pan over medium heat. Slip a few donuts into the oil at a time, leaving enough room for them to expand. Make sure that the oil is not too hot otherwise the donuts will not be cooked.
  • When the donuts are golden brown, turn them over and cook the other side. It takes about 2–3 minutes to cook through. When donuts are done, remove from oil and drain the oil on paper towels before rolling them in sugar.

0
Maggi Ala Mamak

Menu paling simple....sekelip mata je dah terhidang...saja-saja masakkan untuk anak-anak makan waktu petang-petang begini....lagipun dieorang time-time cam ni mencari-cari makanan....tak kira la apa....janji ada.
Resepi ambil kat blog CMG. Ada juga bahan yang tak de....habis cammana....nak tak nak terpaksa lah sesuaikan dengan bahan yang ada je. Tak kisah laa....


MAGGI ALA MAMAK

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus mee maggi perencah kari, asingkan
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1/2 camca besar cili kisar >> sy gantikan dgn lebihan sambal nasi lemak
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • Sedikit kicap cair (jika perlu)
  • 2 pelepah sawi, dicuci dan siang >> tak letak sbb tak de
  • 1 kelopak kecil kobis bulat, potong kecil >> sy lebihkan sikit
  • 1/2 batang kek ikan, potong kecil
  • 1/2 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
  • 1/2 cawan daging ayam >> sy ganti dgn daging
  • 5 ekor udang, dibersihkan >> tak letak
  • 1 pelepah daun sup, dipotong 1 inci
  • Sedikit taugeh >> sy tambah sendiri
  • Sedikit air
  • Hirisan timun, sebagai hiasan
  • Hirisan cili merah, sebagai hiasan
  • Belahan limau kasturi, sebagai hiasan
Cara
  • Mee maggi dicelur dalam air mendidih hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga garing. Tambah sos tomato dan 1/2 paket perencah kari mee maggi tadi, kacau rata dan tuang sedikit air.
  • Masukkan fish cake, tauhu, batang sawi, udang dan daging ayam. Masak sekejap. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Masukkan mee maggi tadi dan gaul rata.
  • Tambah daun sawi dan kobis, kacau hingga mesra dan biar hingga kobis lembut. Rasa dan jika perlu renjis sedikit kicap cair. Bila semua ok, boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili merah, hirisan timun dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan..
Sumber: tiffinbiru.blogspot.com

0
Biskut Raya Lagi.... !!

Semalam tak dapat update....bz sikit. Lepas siapkan bfast, nak kena fikir apa nak dimasak untuk lunch. Lepas siap masak semua.....sementara menunggu anak-anak balik dari sekolah, sempat lah merayap sekejap ke blog-blog masakan rakan-rakan....nak tahu juga apa perkembangan dan entri terkini mereka. Sampainya anak-anak ke rumah dalam kol 1.30... kami pun makan tengahari. Then after solat Zohor, saya melangkah semula ke dapur untuk siapkan order biskut dari customer. Order ni anak saya, Puteri yang dapatkan....alhamdulillah rezeki. Umur baru 10 tahun tapi dah ligat cari bisnes ... Dia ni pandai bercakap, that's why lah dia mudah dapat order. Raya tahun lepas je dia dapat order lebih 30 bekas biskut....semua tu dari cikgu-cikgu dia di sekolah....pandai betul lah anak ibu ni tolong ibu berniaga.


Ini lah dua jenis biskut yang ditempah oleh Cikgu Azmi, cikgu di sekolah Puteri...harap cikgu berpuashati. Untuk cikgu Azmi, cikgu Husna, cikgu Ashikin, ustazah Khairun Nisa' dan cikgu-cikgu yang lain....terima kasih banyak-banyak....jangan segan-segan menempah lagi yer...

Untuk koleksi biskut jualan yang lain atau untuk tempahan anda semua boleh lah lawati di http://citradelicia.blogspot.com.


CRUNCH NUT CORNFLAKES - Biskut ni memang enak dan rangup...




ALMOND LONDON - Biskut yang popular di musim perayaan

....sebelum coating

....selepas coating

Atau anda juga boleh tinggalkan pesanan anda di Singgahsana Kitchen shoutbox.


0
Nasi Goreng Tom Yam


Nasi goreng merupakan satu menu yang biasa disajikan sejak zaman tok nenek lagi. Ia juga boleh di kira menu seimbang andainya dicampurkan sekali dengan bahan-bahan dari sumber protein seperti ayam, daging, telur serta vitamin daripada sayuran. Selain berkhasiat, ianya cepat dimasak, mudah disediakan dan disukai oleh anak-anak. Resepi asal dari kak Liza tapi ada sedikit penambahan bahan....biasalah kan....tangan ni mesti nak tambah juga itu, ini.....tapi the result memang best.


NASI GORENG TOM YAM

Bahan-Bahan
  • 2 mangkuk nasi, peroikan
  • 100 gm udang, buangkan kulit
  • 100 gm sotong, potong kecil
  • 100 gm isi ayam, hiriskan nipis
  • 100 gm carrot, potong dadu
  • 100 gm kobis bulat, potong kecil
  • 1 bij telur
  • 1 tangkai bunga kantan, dihiris halus >> sendiri tambah
  • 1/2 kiub perasa tom yam >> sendiri tambah
  • 2 sudu besar sos ikan >> sendiri tambah
  • Daun ketumbar, dihiris halus
  • Ciliapi, ditumbuk (kalau nak lebih pedas)
  • Garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 batang serai >> tak letak sbb dah ganti dengan kantan
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 s/b udang kering

Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
  • Masukkan ayam, carrot, perasa tom yam dan hirisan bunga kantan. Kacau rata sehingga masak.
  • Masukkan udang, sotong, kobis, sos ikan dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
  • Rasakan garam dan tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi.
  • Hidangkan.

0
Tortilla Ayam Gulung

Resepi yang di sesuaikan dari majalah SAJI....yang mana bahannya telah saya olahkan mengikut sesedap rasa dan selera keluarga. Sedap tortilla ni....lepas ni kalau rasa nak makan tortilla seperti ni tak payah lah beli di luar lagi....buat sendiri lagi puashati....belanja pun jimat....yang penting....sedaap!!


TORTILLA AYAM GULUNG


Bahan-Bahan
  • 5 keping roti tortilla
  • Daun Salad
  • Hirisan timun
  • Hirisan buah tomato

Bahan Inti
  • 440 gm isi ayam, dipotong kiub
  • 5 ulas bawang merah, dicincang
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 sudu teh serbuk jintan manis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3-4 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu

Bahan Sos
  • 5 sudu besar sos Thousand Island
  • 3 sudu besar mentega kacang halus
  • 3 sudu besar mayonis
  • Garam & Serbuk lada hitam secukupnya

Caranya
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Bila berbau harum, masukkan ayam, serbuk jintan manis dan cili kisar.
  • Kacau sekali-sekala sehingga masak. Tambahkan sos tiram, oregano dan serbuk lada hitam. Masukkan juga garam secukup rasa dan sedikit gula jika perlu.
  • Masukkan hirisan daun bawang, kacau dan angkat. Biarkan sejuk.
  • Dalam mangkuk kecil, satukan semua bahan sos.
  • Bentangkan sekeping tortilla. Sudukan dan ratakan sedikit sos di atasnya. Susunkan daun salad, hirisan timun dan tomato. Taburkan bahan inti.
  • Gulung kemas dan bungkus dengan foil. Letak di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  • Keluarkan, potong dan hidangkan.

0
10 Laluan Bagi Insan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?

a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?

a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?

a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya

terapi-alfatah.blogspot.com
norzailina.blogspot.com


0
Apam Gula Hangus Tanpa Telur

Masih ingat lagi, dulu masa zaman kanak-kanak bila balik je dari sekolah tengok atas meja terhidang kuih ni....memang hilang mood....muka pun muncung je....sebab kuih ni lah yang paling tak suka sekali. Oleh kerana kasihan kat emak yang dah penat-penat buat, saya cuba juga makan tapi anak tekak ni tak boleh nak terima....ntah kenapa tak tahu lah....mungkin sebab rasa gula hangus tu kot....yang buat terus tak de selera, nak pandang pun tak nak. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan dan nostalgia yang akan diingati sampai bila-bila. Dan kini, sejak mula berjinak-jinak dengan internet dan rajin pula mencuba pelbagai resepi kuih, baru timbul minat dengan kuih-kuih yang dulunya memang tak suka langsung. Kalau dulu apam gula hangus ni dibenci tapi sekarang kuih inilah yang dicari. Mungkin juga kerana peralihan zaman dan usia membuatkan kita lebih menghargai kuih-muih tradisi seperti ini.


U all tentu keliru kan kenapa apam gula hangus ada pula hiasan pisang di atasnya...dah macam gaya kuih harum manis pun ada. Itu semua no hal lah....nak letak hiasan apa pun terpulang lah pada kita sebab kita yang buat dia kan....hehehe....Sebenarnya letak pisang tu pun sebab nak menghabiskan saki-baki pisang yang ada, lebih dari buat penkek tu. Memang sedap apam ni. Biasa buat yang ada telur tapi kali ni cuba buat yang tak guna telur....rasanya setanding sebab teksturnya juga tetap halus, lemak, gebu dan lembut. Malah saya berani katakan resepi ni lebih sedap dari resepi yang menggunakan telur. Walau dah disimpan semalaman kuih masih tetap lembut....dan bertambah-tambah lagi sedapnya!!!


APAM GULA HANGUS TANPA TELUR
(Resepi : KFida @ MyResepi)

Bahan-Bahan
  • 150 gm gula pasir (saya cuma buat 145 gm saja)
  • 250 ml air
  • 150 gm tepung gandum*
  • 1 sdk baking powder*
  • 1/2 sdk soda bikarbonat*
  • 75 gm gula halus (kurangkan jika tak makan dengan kelapa putih) (saya buat 50 gm saja...tak suka manis-manis)
  • 2 sdb susu sejat
  • 2 sdb mentega cair
  • 1 sdk esen vanilla
  • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
  • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan

Cara
  • Sediakan gula hangus dengan menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air sedikit-sedikit hingga cair. Sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan bertanda * ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula hangus. Tuangkan air gula hangus sdikit-sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan susu, esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan halus.
  • Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.
  • Tuangkan 1/3 penuh acuan lompang. Kukus selama 10-12 min. Angkat dan sejukkan.
  • Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

0
Penkek Pisang


Walau di internet ada pelbagai resepi penkek namun hati saya tetap jatuh cinta dengan resepi yang satu ni....resepi yang telah saya simpan sejak tahun 1980-an lagi. Tapi, bukan bermakna saya akan pandang sepi pada resepi-resepi penkek yang lain yer....apa-apa pun saya tetap akan mencari, mengumpul dan mencuba resepi lain. Pada saya dan keluarga, penkek ni punya rasa yang enak, lemak berkrim serta maintain lembut dan gebu walau telah sejuk. Resepi yang menjadi kesayangan saya dari dulu, kini dan selama-lamanya....Tak caya....jom lah cuba ....


PENKEK PISANG

Bahan-Bahan
  • 120 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 30 gm butter/marjerin
  • 125 ml susu segar
  • 1/2 sudu teh krim tartar (tak letak pun tak apa)
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 telur B
  • 1 biji pisang montel, dipotong dadu (sapa suka lebih, letak lah lebih)
  • 1 sudu besar kismis, dihiris halus
Cara
  • Ayak tepung, krim tartar dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk adunan.
  • Ramaskan butter/marjerin dengan tepung hingga adunan kelihatan seperti serbuk roti.
  • Campurkan gula dan kacau rata-rata.
  • Buat lubang di tengah adunan dan masukkan telur dan susu.
  • Kacau adunan menjadi bater pekat. Bater akan bergentel sedikit kerana adanya lemak di dalamnya.
  • Panaskan pan/kuali non-stick.
  • Ratakan satu senduk kecil ke atas kuali panas dan masak hingga berbuih dan pecah buihnya.
  • Balikkan bater dan masak pula sebelahnya hingga kuning. Angkat.
  • Ulanglah dengan cara yang sama sehingga habis adunan.
  • Hidangkan bersama jem atau dengan apa saja yang anda suka.

'....aiskrim pun tak nak duk diam kat atas....dah nak jatuh daa...'

Tips: Jika menggunakan kuali non-stick, tidak perlu disapu minyak. Butter daripada bater cukup untuk melicinkan kuali. Terlalu banyak minyak akan membuat permukaan bater tidak cukup kuning.

0
Bubur Cha-Cha Bersama Keladi


Hidangan minum petang yang paling ringkas dan cepat disediakan. Selain keladi, keledek juga boleh digunakan.


BUBUR CHA-CHA BERSAMA KELADI

Bahan-Bahan
  • 300 gm keladi, dipotong kiub dan direbus empuk
  • 100 gm cha-cha
  • 150 gm gula pasir* (mengikut kesesuaian rasa)
  • 100 gm gula merah *
  • 300 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara
  • Satukan isi keladi, cha-cha, gula pasir, gula merah, santan, garam, daun pandan dan air secukupnya. Didihkan dan dikacau rata.
  • Pastikan bubur dimasak dengan api yang perlahan dan dikacau selalu.
  • Akhir sekali perasakan dan didihkan sehingga masak.
  • Sedia untuk dimakan.


Tips: Untuk mendapatkan tekstur cha-cha yang gebu dan elok, ia perlu direbus terlebih dahulu dan direndam di dalam air sejuk.

0
Puding Ceri Hitam


Dalam fridge ada dark cherry lebihan daripada puding blackforest yang saya buat tempohari. Kerana perlu dihabiskan segera sebelum expired date, jadi saya perlu fikirkan sesuatu resepi yang ringkas....tidak memerlukan masa yang panjang untuk membuatnya. Fikir punya fikir maka terhasil lah puding yang saya namakan puding ceri hitam....ilham saya sendiri. Hati puas dan seronok bila anak-anak suka dengan puding ni, sekejap je dah licin. Jamu mata dulu lah yer, resepi akan menyusul....


PUDING CERI HITAM


Bahan-Bahan
  • 1 peket agar-agar (cap burung layang-layang)
Terlebih dulu rendam agar-agar lebih kurang 30 minit. Setelah itu, toskan airnya. Selepas proses rendam dan ditoskan, berat agar-agar dalam anggaran 100 gm. Kemudian bahagikan kepada dua - 70gm dan 30 gm.


Lapisan Ceri Hitam
  • 30 gm agar-agar
  • 160 gm jus ceri hitam (pitted dark cherry)
  • 280 gm air
  • 125 gm ceri hitam (boleh dihiris halus/diblend halus bersama jusnya)
  • 120 gm jem strawberry
  • 70 gm gula pasir atau secukup rasa

Caranya
  • Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut.
  • Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut.
  • Masukkan jem dan ceri bersama jusnya. Kacau dan masak sehingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau loyang yang disukai. Sejukkan.



Lapisan Puding
  • 70 gm agar-agar
  • 750 gm air
  • 200 gm susu cair*
  • 50 gm santan pekat*
  • 4 keping biskut cream cracker*
  • 2 sudu makan tepung jagung*
  • 70 gm gula pasir atau secukup rasa
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 1/8 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning lemon

Caranya
  • Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
  • Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut dan mendidih.
  • Blend halus bahan-bahan bertanda *, dan masukkan terus ke dalam agar-agar beserta garam, susu pekat dan esen vanilla. Masakkan sehingga benar-benar mendidih.
  • Asingkan anggaran 1/3 ke dalam bekas lain dan campurkan dengan pewarna kuning lemon. Selebihnya dibiarkan plain.
  • Setelah agar-agar ceri hitam beku, cakar-cakarkan ia dengan garfu sebelum dituangkan dengan adunan puding plain. Ini untuk memudahkan ia melekat. Tunggu sehingga puding itu beku.
  • Setelah puding beku, cakar-cakarkan dengan garfu. Kemudian panaskan bahagian puding yang bewarna kuning tadi untuk mencairkannya semula. Bila dah cair, masih panas terus tuangkan ke atas lapisan puding yang beku tadi.
  • Biarkan sebentar di luar sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.
  • Sewaktu menghidang hiaslah mengikut kreativiti anda.

0
Hebatnya Khasiat Brokoli & Bayam

Brokoli dan bayam mempunyai khasiat yang tidak tertanding. Kedua-duanya kaya dengan serat, vitamin dan zat galian serta rendah kandungan kalorinya. Bayam kaya dengan zat besi, folik, vitamin A, manakala brokoli pula kaya dengan vitamin C, vitamin B dan kalsium.


Kandungan glukosinolit dalam brokoli dapat memberikan daya tahan daripada penyakit barah. Brokoli juga mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin C, potassium dan serat. Bahkan ia juga kaya dengan khasiat antioksidan seperti beta karotin dan asid folik yang dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Secara tidak langsung enzim yang dhasilkan daripada khasiat brokoli dapat mencegah diabetes, sakit jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam brokoli adalah lebih tinggi berbanding buah oren.


Bayam di negara Barat boleh dimakan mentah dalam hidangan salad. Berbeza dengan bayam di negara kita yang biasanya akan dijadikan hidangan bertumis ataupun berair. Apa pun, bayam juga mempunyai khasiat setanding brokoli. Kajian mendapati, khasiat yang terkandung dalam bayam boleh mencegah penyakit barah.
Kandungan beta karotin dalam sel daun bayam boleh mengurangi risiko penyakit barah paru-paru selain menormalkan sel tubuh dengan mencegah proses mutasi dalam badan yang boleh menyebabkan barah.
Selain itu, mereka yang selalu makan sayur bayam juga dapat memperlahankan proses ataupun mencegah kekaburan pada mata hitam. Menurut penyelidikan pakar mata, mereka yang banyak makan bayam dapat mengurangkan masalah penglihatan yang kabur pada usia tua. Sementara mereka yang menghidapi diabetes digalakkan memakan banyak sayuran bayam ataupun minum air daripada daun bayam yang dikisar kerana ia dapat meneutralkan kandungan gula berlebihan dalam darah.