0
Apam Salju

Semenjak dua menjak ni, bertandang la ke umah mana pun...semua menyajikan apam...agaknya kuih apam dah naik carta kot...sebab itu sana-sini berlumba-lumba buat apam...dah macam berpakat pulak. Saya pun tak mo ketinggalan, rasa terpanggil jugak nak apam mengapam ni.

U all jangan pula terkejut bila lihat ada apam berwarna biru yer. Ini kerana bab warna-mewarna saya serahkan pada Puteri buat pilihan...sebab tu warnanya ceria-ceria belaka...ye la budak-budak kan obses dengan warna.

APAM SALJU

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun boleh-saya buat 180 gm gula pasir & omit brown sugar)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 tsp yis mauripan
  • kelapa parut + sikit garam (kukus sekejap)

Caranya
  • Blend nasi dan air sehingga hancur (masuk air sikit-sikit & blend sampai halus).
  • Setelah hancur, campurkan brown sugar dan gula pasir ke dalamnya dan blend lagi sehingga sebati.
  • Dalam bekas lain satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  • Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam campuran tepung. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 3 jam.
  • Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil-kecil. Panaskan acuan-acuan tersebut sekejap dalam pengukus. Kemudian isikan acuan dengan adunan 3/4 penuh dan kukuskan selama 15 minit dengan api besar.
  • Hidangkan bersama kelapa parut yang bergaul dengan sedikit garam / enak dimakan begitu saja.

0
Kari Ikan Merah

Hasil laporan penyelidikan mendapati kari mengandungi bahan 'curcumin', iaitu sejenis bahan kimia yang membuatkan kari berwarna kuning. Menurut kajian, curcumin penting dalam pencegahan dan melawan barah. Ia menghalang pertumbuhan sel barah kulit, barah payu dara di mana ia berfungsi mengganggu sel melanoma yang menjadi penyebab barah. Selain itu, bahan kimia curcumin juga dapat menghentikan penyebaran plak otak menyakitkan di kalangan pesakit Alzheimer’s.

Kalau sebut kari ikan, rata-rata semua mengatakan kari ikan mamak yang paling best...tang mana bestnya pun tak tahu le...saya pernah tengok dieorang masak...caranya sama jer macam kita orang melayu masak....cuma dieorang kalau masak kari banyak menggunakan bawang dan mungkin campuran rempahnya yang berbeza kot menjadikan rasanya sedikit berbeza. Masakan kari ni ada macam-macam versi....lain orang lain stylenya....dan resepi ni adalah style saya.


KARI IKAN MERAH

Bahan-Bahan
  • 3 keping besar ikan merah
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 10 batang bendi
  • 2 biji tomato [dibelah empat]
  • 4 ulas bawang merah [dihiris]
  • 2 ulas bawang putih [dihiris]
  • 1/2 inci halia [dihiris]
  • 3 tangkai daun kari
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam & gula secukup rasa

Bahan Dikisar/Tumbuk Halus
  • 1 biji cili hijau
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam
Caranya
  • Satukan bahan kisar dengan rempah kari, gaul rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris sehingga kuning. Masukkan daun kari diikuti dengan pes kari dan 1 biji tomato yang dibelah tadi. Tumiskan sehingga wangi dan pecah minyak menggunakan api sederhana.
  • Masukkan santan, garam, gula dan air asam. Bila dah nampak sikit didih masukkan kacang bendi dan ikan. Bila dah cukup rasa masin, manis dan masamnya masukkan lebihan buah tomato. Bolehlah tutupkan api. Kepekatan kuah boleh diubah mengikut selera masing-masing.
  • Sedia untuk dihidangkan.

0
Pankek Quaker

Oat disifatkan sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Bila saja memasuki badan, oat bertindak seperti span menyedut kolestrol yang tidak baik dalam badan seseorang. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang membezakan hanyalah cara penyediaannya. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan kerana oat berperisa yang banyak terdapat di pasaran tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana kandungan gulanya yang tinggi. Oat mempunyai pelbagai kebaikan.

Antara kebaikan oat:-
--Merendahkan kolestrol
--Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang
--Mengandungi bahan anti kanser (kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer)
--Mengawal tekanan darah dan membantu mengurangkan hypertension
--Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan
--Membantu menurunkan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber yang tinggi. Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight/obesiti
--Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan
--Oat juga mengandungi nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E selain zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium

Oat boleh dimakan bersama buah-buahan segar atau dicampur dengan susu sebagai tambahan kalsium. Oleh itu, adalah satu langkah bijak memasukkan oat sebagai salah satu hidangan setiap hari untuk kesihatan badan dan jantung kita. Jadi untuk itu, saya berkenan mencuba satu resepi pankek adaptasi dari majalah RASA yang mana oat satu daripada ramuannya. Masa proses menyukat bahan, terkejut juga sebab kuantiti oat yang digunakan banyak. Hati berkata-kata....jadi ke tidak pankek ni....aah...tawakal jer lah. Tapi bila dah siap dimasak, saya cubit sikit....hmmm....sedap juga. Satu kelainan daripada pankek-pankek yang lain. Satu menu yang sangat baik sebagai memulakan hari pagi anda....cukup mengenyangkan walau cuma dimakan sekeping.


PANKEK QUAKER

Bahan-Bahan
  • 150 gm self-raising flour
  • 1 biji telur A
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 40 gm mentega
  • 500 ml susu segar
  • 240 gm bijirin quaker
  • 15 gm gula pasir
  • 50 gm blackcurrent/kismis

Caranya
  • Bancuh tepung bersama telur, gula, esen vanila, mentega, susu segar dan bijirin quaker.
  • Setelah sebati, masukkan blackcurrent, kacau rata. Biarkan adunan 10-15 minit.
  • Panaskan kuali leper non-stick. Tuangkan adunan sikit demi sedikit menggunakan senduk kecil untuk mendapatkan bentuk bulat. Buat sehingga adunan habis digunakan.
  • Hiaskan pinggan bersama kepingan pankek tadi dan tuangkan coklat yang dicairkan dengan sedikit susu segar di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Selepas adunan siap dibancuh, ia kelihatan cair sedikit. Jadi perap/biarkan adunan sebentar dalam 10-15 minit bagi membolehkan oat mengembang. Selepas proses ini adunan akan jadi lebih pekat dan ini memudahkan adunan disenduk ke atas kuali.


0
Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bagi peminat tempoyak, bila sebut saja perkataan tu kecur air liur bila mengingatkan tentang keenakannya. Tempoyak boleh dimasukkan sebagai penambah rasa ke dalam gulai sama ada bersantan atau tidak, sambal tumis, sambal mentah atau masakan-masakan lain yang sesuai. Bila sebut tempoyak, ia lebih sinonim dengan ikan patin. Tapi kalau hati dah meronta nak makan sangat gulai tempoyak....tak payah tunggu ikan patin....ikan lain pun boleh sebagai ganti....seperti ikan duri, kembung, tenggiri atau juga ikan keli. Resepi asal dari SINI atau boleh juga lihat di SINI.


GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan
  • Ikan kembung
  • 3 sudu besar tempoyak [dicampurkan dengan sikit air jadikan pes]
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan [dibelah 2]
  • 1 biji timun [saya tambahkan-dipotong ikut suka]
  • 1 ~ 2 keping asam keping
  • 2 ~ 3 biji cili kering* [saya guna 2 biji cili merah]
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Air secukupnya ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
  • Garam
  • Gula (optional/ ikut citarasa/ boleh tambah sekiranya guna tempoyak lama yg agak masam)

Caranya
  • Bahan2 bertanda* dikisar halus. Masukkan air & bahan-bahan kisar ke dalam periuk & didihkan.
  • Kemudian masukkan timun, bunga kantan, tempoyak, daun kesum, asam keping, garam & gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Bila ikan sudah masak & kuah secukup rasa bolehlah di tutupkan api.

Source: mamawandiha.blogspot.com
Recipe: mariamsayutiy.blogspot.com

0
Serimuka Sutera Ungu

Tengok kat umah MaDiha, dia tayang kuih serimuka labu....kebetulan serimuka favorit saya. Sebenarnya saya dah simpan lama resepi ni (ambil daripada fotopage), tapi tak terbuat-buat. Bila beli labu lastnya bukan jadi serimuka labu tapi saya sayurkan menjadi lemak labu....hehehe....Seru sampai jua akhirnya tapi saya gantikan labu dengan keledek ungu, kira boleh la kan....


SERIMUKA SUTERA UNGU

Lapisan Bawah

Bahan A

  • 50 gm beras pulut hitam [basuh, rendam semalaman dengan air panas, toskan]
  • 55 ml santan
  • secubit garam
Bahan B
  • 150 gm beras pulut [basuh, rendam 45 minit, toskan]
  • 150 ml santan
  • secubit garam
Caranya
  • Panaskan pengukus hingga mendidih.
  • Kukus bahan A sehingga kembang dan lembut. Angkat.
  • Satukan bahan B bersama bahan A yang telah dikukus tadi ke dalam loyang 7" persegi yang telah disapukan sedikit minyak. Gaul rata-rata dan kukuskan lagi sehingga masak.
  • Setelah masak tekan-tekankan sedikit pulut biar padat. Kemudian cakar-cakarkan permukaan pulut menggunakan garfu.


Lapisan Atas
  • 125 gm keledek ungu [rebus hingga empuk, toskan]
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 2 biji telur (B)
  • 1/4 sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila [saya tambah]
  • pewarna ungu violet [jika perlu]
Caranya
  • Sementara menunggu pulut masak, kisar halus keledek, santan, gula, dan garam. Tuangkan ke dalam bekas. Masukkan telur lalu dikacau rata dengan whisker.
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh hingga rata. Masukkan pula tepung jagung dan tepung beras, kacau hingga sebati. Tambahkan esen vanila.
  • Tuangkan ke dalam kuali/periuk dan masak sekejap dengan api yang sederhana sambil dikacau-kacau sentiasa menggunakan whisker. Agak-agak dah pekat seperti susu pekat manis bolehlah ditutupkan api.

  • Pastikan di atas lapisan pulut tiada air yang menitik (kalau ada...lap dulu dengan kitchen towel yang bersih). Semasa pulut masih panas-panas, tuangkan bancuhan keledek tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau sehingga masak.(Setiap 7-10 minit buka penutup kukusan dan lap wap pada penutup/balut penutup dengan tuala bersih)
  • Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.

~pesan dari dapur singgahsana~
Sukatan cecair dalam ml = gm (for example: 50 ml = 50 gm)
Saya lebih selesa menyukat sebarang sukatan cecair dalam gm kerana lebih tepat berbanding penyukat ml

0
Mee Hoon Goreng Tom Yam

Assalamualaikum.
Amacam semua pagi ni....dah breakfast ke? Tentu semua sudah kan....Lihatkan matahari kian meninggi serta jarum jam bergerak laju menuju ke waktu tengahari....sat lagi dah nak masuk time lunch pula....takkan la masih ada yang belum lagi kot. Haa, bila dah keluar gambar mee hoon goreng, semua boleh agak kan apakah bfast kami pagi ni. Ya, inilah bfast yang sempat saya masakkan pagi ni tambahan pula cuti sekolah anak-anak semua ada kat rumah.


MEE HOON GORENG TOM YAM

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus mihun [rendam hingga lembut, toskan]
  • 300 gm udang
  • 200 isi ayam
  • 3 ulas bawang putih [diketuk]
  • 5 ulas bawang merah [dikisar]
  • 2 batang serai [diketuk sikit]
  • 2 kiub perencah tomyam [maggi/knorr]
  • cili api (bagi yang mahukan lebih rasa pedas)
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut [dicarik2kan]
  • sayur kobis [dipotong panjang]
  • lobak merah [dipotong spt batang mancis]
  • 2 biji tomato [dihiris nipis]
  • 1 mangkuk air (jika ingin mi basah lebihkan sukatan air)
  • daun saderi

Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yang telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur.
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap gunakan stok udang. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur-sayuran (kobis, lobak merah dan tomato). Masukkan juga daun limau purut yang telah dicarik2kan.
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng lagi hingga ramuan sebati dan mihun menjadi lembut (jika ingin mee yang basah lebihkan air/stok udang).
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan hirisan daun saderi.

Source: secubitgaramNor67.blogspot.com

~pesan dari dapur singgahsana~
Untuk membuat stok udang: Rebuskan kepala dan kulit udang yang telah dibersihkan sehingga mendidih. Setelah sejuk, blend kulit udang,kepala beserta airnya sekali hingga halus. Kemudian tapis, ambil airnya sementara hampasnya dibuang. Simpan dalam petisejuk. Bolehlah digunakan dalam masakan.

0
Sambal Daging Kerisik

Raya korban yang lalu kami sekeluarga menyambutnya di kampung. Tahun ini ibunda tersayang melakukan ibadah korban, satu ibadah yang digalakkan pada aidiladha sebagai tanda mensyukuri rahmat dan rezeki kurniaan Allah pada kita sebagai hambanya. Jadi banyak jugalah bekalan daging yang kami dapat. Anak-anak request sambal daging....jadi saya turutkan saja kehendak mereka....tambah pula bahannya pun simple jer....tak menyusahkan. Walaupun masak main campak-campak tapi hasilnya tidak mengecewakan....yang penting anak-anak suka.


SAMBAL DAGING KERISIK

Bahan-Bahan
  • 1 kg daging [dihiris nipis]
  • 1 batang serai [dititik]
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 5 helai daun limau [dihiris halus]
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit belacan
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Dikisar Halus
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Caranya
  • Panaskan minyak. Masukkan serai diikuti dengan bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Setelah pecah minyak, masukkan daging. Kacau dan tutupkan kuali supaya daging cepat empuk. Semasa proses menunggu daging empuk tambahkan air sedikit demi sedikit jika masakan kelihatan kering.
  • Setelah daging empuk, masukkan asam gelugor, hirisan daun limau dan perasakan garam dan gulanya. Kacau dan biarkan merenih sebentar sehinggalah kepekatan kuah yang diingini. Bolehlah diangkat.

~pesan dari dapur singgahsana~
selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga sedap dicicah dengan roti, pulut kuning mahupun lempeng

6
Luxurious Choco Moist Cheezy Cake


Kombinasi kek coklat moist dengan lapisan cheese yang paling enak dan sungguh sedap, mewah dengan rasa coklat. For chocolate lovers pastikan tidak ketinggalan mencuba resepi ini. Bila dah berdepan dengan kek ini, sesiapa jua pasti akan tergoda....tak kan ada yang berani kata tidak dan tak kan ada siapa yang dapat lari lagi....
Actually saya bertemu dengan kek ini bila blogwalking ke myluvlykitchen. Lalu saya mendapat ilham untuk menggabungkan kek coklat daripada sini, lapisan cheesenya pula daripada sini manakala toppingnya daripada sini. Untuk kek coklat saya lakukan pengubahsuaian sikit dengan memasukkan tepung aiskrim. Mai la cuba....pasti tak nyesal....Saya tak reti lah macam mana nak describe lagi pasal kek ini sememangnya marvellous!!!.



Luxurious Choco Moist Cheezy Cake


Bahan Untuk Kek Coklat :
  • 1 cawan serbuk koko [diayak]
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 gm butter
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 135 gm tepung gandum [diayak 2 kali]
  • 30 gm vanilla ice-cream powder
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 3 biji telur

Bahan Untuk Lapisan Cheese :
  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur A
  • 30 gm tepung gandum/superfine

Caranya :
  • Cara Untuk Kek: Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula kedalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan. Pukul telur tak payah sampai kembang. Masukkan adunan coklat tadi dan gaul rata. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula. Ketepikan.
  • Untuk Lapisan Cheese: Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu. Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Cara Melapis: Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Masukkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan dengan sedikit butter. Kukus selama 15-20 minit. Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15-20 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
  • Setelah sejuk, keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache resepi dibawah atau resepi pilihan anda masing-masing.



Chocolate Topping

Bahan-Bahan :
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair [saya buat 2 sudu besar sebab topping ni pekat sikit]

Cara Untuk Topping :
  • Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
  • Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  • Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan



*** UPDATE ***

Vanilla Ice-Cream Powder


Atas permintaan pengunjung yang bertanyakan vanilla ice-cream powder.....inilah diaa.
Ianya berwarna putih dan ringan seakan coffeemate. Apa yang saya tahu, selain vanilla terdapat juga ice-cream powder dengan perasa coklat dan strawberi.  Di KL ni puas saya cari tapi hanya berjumpa dengan ice-cream powder yang vanilla@putih ni jer.....kalau jumpa laa yang coklat lagi sedap kann.....

Jangan pulak pi cari kat  pasaraya tauu.....memang tak akan jumpa kerana  ia hanya boleh didapati di kedai-kedai menjual barangan bakery saja. Kalau nak tahu,  ice-cream powder ni juga banyak digunakan dalam pembuatan kek lapis sarawak. Jika sukar sangat mendapatkannya boleh gunakan coffeemate/horlicks sebagai alternatif.  Harap penjelasan ini dapat membantu.


-----------------------------------------
Testimoni oleh rakan yang telah mencuba :
ANNA
-----------------------------------------



0
Nasi Buah-Buahan

Masih ingat lagi tak rancangan ketuk-ketuk ramadan lalu? Dalam salah satu rancangannya, sheila rusly ada menunjukkan cara memasak nasi buah-buahan. Sedari bulan puasa lagi saya tertarik untuk mencuba....tak juga terbuat-buat....dan akhirnya dapat juga saya merealisasikannya semalam. Dalam rancangan itu, tidak dinyatakan resepi sepenuhnya yang ada cuma bahan-bahannya saja. Jadi saya telah gabungkan resepi dari koleksi-koleksi yang ada dengan sukatan saya sendiri serta menambahkan buah segar selain buah-buah kering.


NASI BUAH-BUAHAN (my style)

Bahan-Bahan
  • 500 gm beras basmathi
  • 600 ml air
  • 120 gm buah nenas [buangkan bahagian keras ditengahnya & dihiris nipis]
  • 80 gm aprikot kering [dihiris]
  • 80 gm kismis
  • 50 ml susu cair
  • 1 kiub ayam
  • 1 batang serai [dititik]
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar jus mixfruit cordial
  • 4 sekawan bahan penumis [kulit kayu manis, pelaga, cengkih & bunga lawang]
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Yang Dikisar Halus
  • 40 gm halia
  • 50 gm bawang besar
  • 15 gm bawang putih
  • 30 gm gajus/badam

Caranya
  • Beras dicuci dan rendam 5-10 minit, kemudian toskan. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
  • Panaskan minyak sapi bersama minyak. Masukkan daun pandan, serai, bahan penumis 4 sekawan diikuti dengan bahan kisar. Tumis dengan api yang sederhana sehingga naik bau.
  • Masukkan air, susu cair, jus cordial, kiub ayam dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Bila sudah mendidih dan telah cukup rasanya, tuangkan ke dalam rice cooker, kacau rata. Taburkan buah-buahan di atas.
  • Tutup periuk rapat-rapat dan masaklah sehingga nasinya kering dan masak.
  • Semasa menghidang taburkan bawang goreng.
~pesan dari dapur singgahsana~
jenis buah-buahan dan kuantiti yang digunakan boleh anda adjust mengikut kesukaan dan pilihan masing masing.

0
Ayam Berempah Ketumbar

Ayam ketumbar ni sebagai gandingan kepada nasi buah-buahan (lihat menu directory) untuk lunch kami semalam. Jauh tau saya pi timba resepi....kena menyeberang lautan pasifik yang terbentang luas nun....hehehe....cuba u all teka kat mana tu yer....yes, betul tu....kat umah JC di Orlando US sana. Memang klas ayam ni...sedap....ada macam-macam rasa kat dalam. Kalau nak tau cubalah. JC izinkan saya copy n paste resepi di sini yer untuk dishare dengan rakan-rakan yang lain.



AYAM BEREMPAH KETUMBAR

Bahan Perap
  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil (bole juga guna dada ayam)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu teh serbuk lada kering
Bahan Kisar Halus
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1 cawan daun ketumbar
  • 1 in halia
  • 1/2 in lengkuas
Bahan A
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 helai daun kunyit }
  • 3 helai daun limau purut } siat2
  • 2 sudu besar gula perang atau gula merah
  • 1/2 cawan santan pekat
  • garam secukupnya
  • 1/2 biji limau nipis ambil jusnya
  • 1 cawan kacang peas
Caranya
  • Perap ayam dgn bahan perap selama sejam kemudian goreng basah dan ketepikan. Guna kuali yg sama tinggalkan minyak dlm 1/4 cawan kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. masukkan bahan A gaul rata dan biarkan renih perlahan hingga ayam betul2 masak. Rasakan garamnya dan akhir sekali masukkan kacang peas.. biarkan kuahnya pekat sikit... boleh la dihidangkan.

Sumber: http://jceastmeetwestkitchen.blogspot.com/

0
Cucur Pisang

Cucur pisang atau lebih popular disebut cekodok pisang memang digemari oleh sesiapa jua tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Enak dimakan waktu sarapan, minum petang atau sebagai kudapan. Resepi masih seperti cucur pisang yang biasa cuma saya tambahkan horlick di dalamnya.


CUCUR PISANG

Bahan-Bahan
  • 250 gm pisang emas/berangan [lecek]
  • 180 gm tepung gandum
  • 20 gm horlicks
  • 80 gm kelapa parut putih
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh esen pisang [optional]
  • gula secukupnya
  • secubit garam
  • air jika perlu

Caranya
  • Satukan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata. Tambahkan air jika perlu.
  • Panaskan minyak. Menggunakan hujung sudu yang dicelupkan dalam minyak panas, sudukan adunan kecil-kecil ke dalam kuali.
  • Balikkan gorengan hingga kuning keemasan dan angkat.
  • Hidangkan ketika masih panas.

0
Kuih Lapis Pisang & Keladi

Hati dah lama ingin tahu bagaimana rasanya kuih lapis pisang. Bila blogwalking ke umah rakan blogger yang menayang kuih lapis pisang, terasa-rasa kesedapan kuih tu bila rata-rata mereka mengiakan betapa sedap dan enaknya kuih tersebut. Ada tu sampai berkali-kali buat...kalau dah 2@3 kali buat...memang betul la sedap...kan...Idea kombinasi pisang dengan keladi daripada kak Watie yang duk nun jauh di Penang sana. Actually penyumbang asal resepi ni ialah kak Liza. Kuih ni dah ramai pengikutnya, antaranya kak Ummi, kak Yatie dan ramai lagilah. Memang betul kata kak Watie, kuih ni bertambah sedap bila rasa pisang dan keladi disatukan. Thanks pada kak Liza berkongsikan resepi yang best...juga kak Watie yang berkongsi idea....

Sebagai panduan untuk saya dan mungkin anda juga, saya telah convertkan sukatan cawan kepada metrik.


KUIH LAPIS PISANG & KELADI

Bahan A
  • 400 gm (2 cwn) santan - [100 gm santan pekat + 300 gm air]
  • 105 gm (1 cwn) tepung gandum
  • 90 gm gula pasir (asal 1/2 cawan)- [ikut kesesuaian masing2 yer]
  • 30 gm (2 sudu makan) tepung beras
  • 30 gm (2 sudu makan) tepung kastad/jagung -[saya guna tepung kastad]
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 150 gm (1 cwn) pisang emas/berangan - dilecek
  • 50 gm (1/4 cwn) air
Bahan C
  • 50 gm (1/4 cwn) air
  • 1/2 tsp yam paste
  • 1/2 tsp perisa keladi
  • 1/2 tsp pewarna ungu violet [jika perlu]

Caranya
  • Panaskan kukusan.
  • Gaulkan bahan A hingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Campurkan bahan B dalam satu bahagian, kacau rata dan bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang sama (adunan pisang).
  • Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C, kacau rata dan bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang sama (adunan ungu).
  • Tuangkan satu bahagian daripada adunan pisang ke dalam loyang (6" persegi) yang telah digriskan. Kukuskan selama 8 minit. Dah masak cakar-cakarkan.
  • Tuangkan pula satu bahagian daripada adunan ungu sebagai lapisan kedua. Kukus lagi selama 8 minit.
  • Ulangi proses melapis sehingga semua adunan habis digunakan.

~pesan dari dapur singgahsana~
untuk kuih lapis, santan yang digunakan tidak boleh terlalu pekat ditakuti lapisan tidak akan melekat dengan elok.

0
Sup Telur

Hari tu nampak posting sup telur kat umah knor....alaa...knor yang duk ganu tu. Nampak sedap je....lagipun dah lama juga saya tak masak sup telur untuk anak-anak. Nak dijadikan cerita, petang semalam juga saya masak menu ni sebagai lauk tambahan untuk makan malam kami. Lauk seperti ni sedap dimakan panas-panas. Oleh kerana dah agak senja...nak kejar masa...baru teringat resepinya masih dalam komputer...belum print lagi. Nak buka komputer dah lewat. Cuma yang saya ingat sup telur knor tu ada sawi, carrot dan ubi kentang. Jadi saya pun gunakan bahan-bahan yang saya ingat tu sebagai panduan....yang lain-lain tu tambah-tambah sendiri. Resepi kat bawah ni sup telur my style. Untuk versi knor lihat di SINI yer.


SUP TELUR


Bahan-Bahan
  • 4 biji telur
  • 1 pokok siew pak choy
  • 1 biji ubi kentang [potong memanjang spt batang mancis]
  • 1/2 batang carrot [potong memanjang spt batang manis]
  • 2 ulas bawang merah [cincang halus]
  • 3 ulas bawang putih [cincang halus]
  • 2 cawan air [nak lebih kuah boleh tambah lagi]
  • 1/4 kiub ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
Caranya
  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan air diikuti kentang, carrot, kiub ikan bilis dan lada sulah. Biarkan sehingga mendidih dan sayuran menjadi empuk.
  • Bila kuahnya dah betul-betul mendidih, pecahkan telur satu persatu. Biarkan sehingga telur mengeras.
  • Masukkan sawi pak choy dan rasakan garamnya. Dah masak tutup api.
  • Hidangkan panas-panas.

2
Tauhu Jepun Daging Cincang


Menu paling ringkas, pasti disukai anak-anak. Lagi pula anak-anak saya memang sukakan tauhu jepun atau tauhu telur ni berbanding tauhu keras yang biasa tu. Resepi saya adaptasikan dari majalah SAJI. Saya tambahkan dengan cendawan butang kerana anak-anak saya juga cukup suka dengannya.


TAUHU JEPUN DAGING CINCANG

Bahan A
  • 3 silinder tauhu jepun
  • 150 gm breadcrumb oren
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan B
  • 1 labu bawang besar [potong dadu]
  • 3 ulas bawang putih [cincang]
  • 1 inci halia [cincang]
  • 2 biji cili merah [hiris halus]
  • 2 biji cili hijau [hiris halus]
  • 200 gm daging cincang
  • 6 biji cendawan butang [dihiris]
  • 1 tangkai daun ketumbar [hiris halus]
  • 2 sudu kecil tepung jagung
Bahan C (Sos)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos blackpepper
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Caranya
  • Potong tauhu kepada enam bahagian. Kemudian pukul sedikit telur bersama lada hitam. Celupkan tauhu ke dalam telur, golekkan dengan breadcrumb, goreng tauhu hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan daging cincang. Tumis hingga sebati. Masukkan cendawan, cili merah, cili hijau dan halia. Tuangkan sedikit air dan kacau rata.
  • Masukkan bahan sos, kacau lagi hingga rata dan rasakan. Tambahkan garam jika perlu.
  • Pekatkan dengan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar, kacau-kacau sekejap dan tutupkan api.
  • Tuangkan ke atas tauhu.

3
Agar-Agar Bandung Salju

Semenjak dua menjak ni cuaca panas jer....kadang tu nampak je mendung tapi panasnya boleh tahan jugak. Kalau dah panas-panas begini lawannya kena lah makan atau minum yang sejuk-sejuk baru lega. Tekak pun mengidam nak makan benda yang sejuk. Jadi semalam buat agar-agar. Kebetulan ada pula cincau....belinya minggu lepas....tapi belum terusik lagi....maka terhasillah agar-agar cincau. Nampak tak lapisan cincau yang berombak tu? Asalnya nak dinamakan agar-agar tsunami mentawai....tak jadi....lastnya my daughter beri nama agar-agar bandung salju....kerana ada rasa seperti air bandung....dan nama salju tu....kerana bila dimakan, anak tekak ni begitu nyaman dan segar sekali dengan rasa sejuk cincau tu.


AGAR-AGAR BANDUNG SALJU

Bahan A
  • 2000 ml susu segar
  • 2 1/2 tbsp serbuk agar-agar
  • 250 gm gula (ikut rasa manis masing-masing)
  • secubit garam
Bahan B
  • Perasa sirap ros
  • Beberapa titik warna pink [jika perlu]
Bahan C
  • 300 gm cincau [diparut kasar]
Peralatan yang diperlukan: Penekan khas kek lapis yang berombak


Caranya
  • Satukan semua bahan A dan masakkan. Setelah semuanya larut, tutupkan api. Bahagikan kepada 2 bahagian yang sama. Masukkan bahan B ke dalam satu bahagian dan biarkan satu bahagian lagi plain.
  • Ambil kira-kira 300ml daripada bahagian pink dan tuangkan ke dalam loyang 8" persegi. Biarkan lapisan membeku.
  • Dah beku, cakar-cakarkan lapisan pink tadi. Tuangkan pula 300ml lapisan plain dan taburkan parutan cincau rata-rata. Tekankan penekan berombak atasnya, biarkan beku.
  • Ulang proses yang sama sehingga semua bahan habis digunakan. Untuk lapisan yang terakhir tak perlu ditekan lagi. Untuk memudahkan, buatkan tanda di luar loyang supaya corak berombak berada pada satu arah.

~pesan dari dapur singgahsana~
  • panaskan semula larutan agar-agar bila setiap kali mahu dituangkan sebagai lapisan baru [ini kerana sementara menunggu lapisan membeku, larutan agar-agar yang tinggal akan juga turut membeku]
  • untuk memudahkan lapisan melekat, selalu cakar lapisan sebelumnya dan pastikan lapisan baru yang dituangkan itu masih panas

0
Acar Berempah Tenggiri


Jika sesiapa ada stok ikan tenggiri dalam fridge tu, jangan malu jangan segan....mai la cuba menu acar berempah ni. Pasti tak menyesal sebab acar ni memang sedaap n marvellous.....resepi dari kak dayang.


ACAR BEREMPAH TENGGIRI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara :
  • Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  • Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan tomato.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: http://dayangjack.blogspot.com/

0
Orange Yogurt Cake

Kek oren yang pernah meletup kat Cari Forum satu ketika dulu. Ketika tu saya mengikuti setiap perkembangan di situ. Banyak juga lah resepi yang saya pelajari di sana....buat je, terus menjadi....jarang lah yang fail. Salah satunya ialah kek oren ni. Bila mereka di sana memperkatakan tentang keenakan kek oren ini, saya rasa teruja untuk mencuba....untuk mengetahui sendiri rasa kek tersebut. First time saya buat kek ini ialah lima tahun lepas....dah lama dah....tapi tak de gambar....yer lah masa tu tak plan pun nak berblog-blog nih. Tapi bila resepi dah semakin menimbun sampai kan nak letak mana pun tak tahu dah....tergerak rasa nak punya blog sendiri...at least ada juga tempat untuk saya simpan resepi disamping dapat dikongsikan bersama anda semua.

Yang ini baru semalam buat. Pada saya ia kek oren yang moist dan sedap. Walaupun tidak menggunakan esen oren tetapi baunya harum sebab ada parutan kulit oren dan jus oren. ...fresh lagi. Saya cuma menyalinnya atas helaian kertas....jadi sebelum ianya terbang entah ke mana....ada baiknya saya catatkan di sini untuk rujukan saya akan datang. Untuk aneka kek oren anda boleh ke >>SINI.


ORANGE YOGURT CAKE

Bahan-Bahan
  • 125 gm butter
  • 1 sudu teh parutan kulit oren
  • 190 gm gula castor
  • 3 biji telur (asingkan kuning & putihnya)
  • 220 gm self-raising flour (diayak)
  • 60 ml jus oren
  • 280 ml yogurt

Caranya

  • Pukul butter, parutan kulit limau dan gula hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur satu-persatu. Pukul lagi adunan hingga kembang.
  • Masukkan tepung, jus oren dan yogurt.
  • Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kental (soft peaks form).
  • Masukkan putih telur ke dlm adunan tadi.
  • Bakar selama 1 jam, 170 darjah Celsius.

***cara nak uji sama ada putih telur telah kental dengan sempurna > bila diterbalikkan bekas, putih telur tersebut tidak jatuh

0
Ayam Gajus


Sedang blogger-blogger masakan sibuk mempromosikan buku masakan kak Liza 1 Hari 1 Resepi, saya juga turut ke kedai buku Popular mencari buku yang dimaksudkan. Kelihatan buku tersebut masih banyak lagi jadi tanpa berkira saya terus membeli. Kalau nak di kira berbaloi juga sebab harganya tak lah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan 365 resepi di dalamnya. Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan tahniah pada kak Liza sebab berjaya menghasilkan sebuah buku masakan yang bagus....gerenti menjadi dan sedap.


Ayam gajus ini adalah salah satu resepi yang terkandung di dalam nya. Berkenan saya untuk mencubanya memandangkan kat umah ni banyak gajus lebihan membuat kuih raya yang lepas. Saya olah sedikit dengan memasukkan bahan tambahan...jangan marah kak Liza.... Apa pun resepi kak Liza memang best.


AYAM GAJUS
(Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza)

Bahan A
  • 600 gm isi ayam [dipotong dadu]
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar #
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam #
Bahan B
  • 100 gm kacang gajus goreng
  • 3 tangkai cili kering [dipotong serong]
  • 2 labu bawang besar Holland [dipotong dadu kasar]
  • 4 ulas bawang putih [dihiris]
  • 2 inci halia [dihiris]
  • 1 biji capsicum hijau
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 4 sudu makan serbuk ketumbar+1/4 cawan air dijadikan pes #
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam #
  • 1 biji tomato [dibelah enam] #

Caranya
  • Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng pula lada kering sehingga garing dan masukkan bawang besar.
  • Masukkan capsicum, isi ayam, sos tiram, sos tomato dan sedikit air.
  • Biarkan kering dan tutup api.
  • Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  • Sedia dihidangkan.

***bahan yang bertanda # adalah bahan extra yang saya masukkan
***pes ketumbar saya masukkan setelah tumisan halia dan bawang putih naik bau, tumis lagi sehinggalah pes pecah minyak dan garing dan step yang lain adalah sama
***buah tomato dimasukkan akhir sekali
***antara zat yang terkandung dalam gajus ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, vitamin C, kalsium, niasin dan potasium

0
Apam Pisang Milo


Ini adalah apam pisang hasil dari experiment saya di dapur. Resepi asalnya apam pisang kukus Diana telah pernah saya cuba dulu (sebelum berblog) dan hasilnya sungguh sedap sekali. Jadi kali ini saya saja suka-suka adjust sikit (....bukan sikit lagi tapi banyak....hehe....) ikut idea dan citarasa sendiri....jadi ia mungkin sedap dan sesuai pada saya tapi tidak pada orang lain....sebab selera setiap kita semua adalah subjektif. Untuk resepi asal sila rujuk di SINI.


APAM PISANG MILO

Bahan-Bahan
  • 130 gm telur
  • 200 gm pisang
  • 25 gm gula kastor
  • 110 gm tepung gandum
  • 35 gm milo
  • 80 ml minyak jagung
  • 40 gm coklat rice
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
Caranya
  • Pisang dilecek hingga halus. Masukkan soda dan garam. Lecek lagi supaya soda bercampur rata dengan pisang. Ketepikan.
  • Pukul telur dengan gula sehingga kembang dan pekat.
  • Masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan pisang yang telah dilecek tadi. Pukul lagi adunan supaya rata dan sebati.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder. Kemudian satukan milo dan coklat rice bersama tepung. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur tadi. Kaupbalikkan tepung hingga sebati.
  • Lengserkan acuan lompang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan hingga penuh dan kukus selama 15-20 minit dengan api besar dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk sebentar. Then barulah dikeluarkan dari acuan.

0
Herbs Fried Rice

Weekend bzee sangat. Hari Sabtu pegi jumpa anak yang duk Shah Alam tu. Time ni dia tengah cuti semester tapi tak balik kena lah pi jenguk sana....jalan-jalan, makan-makan....sampai lah ke petang. Ingatkan lepas hantar anak balik ke rumah....then balik KL....tapi hubby cakap malam lah sikit baru balik. Dah bersantai kat situ, sempat juga lah saya masak untuk makan malam sekali. Lepas makan, kemas-kemas dapur dan solat Isyak baru lah kami beredar balik KL. Sampai umah dah kol 10, lepak habis. Hari Ahad lak biasa lah beli belah barang keperluan dapur. Tu yang tak ada masa nak mengupdate tu. Biasalah cuti hujung minggu kan....macam-macam hal.


Ini adalah nasi goreng sarapan pagi kami semalam. Resepi saya cedok dari dapur Gert. Disebabkan hari minggu kan segala bahan basah dalam fride dah kehabisan stok....cuma sotong je yang ada....itu pasal la sotong aje yang nampak kat dalam gambar tu. Tapi tak mengapalah nasi goreng ini tetap sedap dan saya suka dengan aroma daun limaunya....wangi jer...thanks Gert for the nice recipe....


HERBS FRIED RICE

Ingredients
  • 3 cups of cooked rice – overnight rice prefer
  • 1 piece of chicken breast – cut into small cubes
  • 10 pieces of shrimps – peel and deveined
  • 2 eggs - beaten
  • 2 shallots – sliced thinly
  • 2 cloves garlic – finely chopped
  • 1 tsp finely chopped ginger
  • 1 lemon grass – removed the hard outer layers and slice thinly
  • 3 bird eye chilies – cut small
  • 1 sprig of curry leaves – remove rib, roll it up and sliced thinly
  • 3 kaffir lime leaves – remove the rib, roll it up and sliced thinly
  • 1 tbsp fish sauce
  • 2 tbsp soy sauce
  • Salt and pepper to taste
Method
  • Heat up wok on high heat and add in 2 tbsp of olive oil. Put in shallots, ginger and garlic and stir fry until fragrant. Add in chilies, lemongrass, curry leaves and kaffir lime leaves. Continue to stir fry until you can smell all the spices.
  • Add in the chicken and continue to stir fry until the chicken changes color. Add in shrimp; stir fry until the shrimp is slightly pink.
  • Push all the meat to the side of the wok, add in another tbsp of oil, and pour in the eggs. Scramble the eggs for a few second or until half cook, add in the rice and all the seasoning.
  • Continue to stir fry for another 3 minutes. Check seasoning, dish out and serve warm.

Sumber: www.mykitchensnippets.com