6
Cekodok @ Jemput-Jemput Sukun


Weekend hari tu langkah kanan jumpa buah sukun kat pasar malam. Beli sebiji sebab berhajat nak buat bingka. Masa beli, sukun tu belum ranum sangat lagi..untuk goreng sesuai lah..jadi biarkan saja di dapur. Lepas dua tiga hari, sukun dah mula lembik..saya kupas, asingkan isi untuk dibuat kuih. Jadi cekodok sukun ni adalah projek nak habiskan saki baki sukun selepas buat kuih bingka.  Untuk adik-adik dan anak-anak yang baru nak belajar-belajar masak tu..kalau tak kenal macam mana rupanya buah sukun...ni dia...


...haa...macam tu lah rupanya buah sukun. Maklumlah anak remaja sekarang ramai yang tak kenal dengan buah-buah kampung seperti ni...dan menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa mengenalkan pada mereka. Sukun bukan saja sedap digoreng malah enak juga dijadikan cekodok ataupun dijadikan kerepek. Cekodok sukun yang saya buat pagi tadi ni sedap...lembut...dan harum je...macam rasa cekodok durian pun ada juga. Cekodok ni masih lembut walaupun dah sejuk.


CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT SUKUN
recipe by: Akma @ SSK

Bahan-Bahan
  • 1 cawan isi sukun lecek
    (buah sukun yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu makan gula pasir (+/-)
  • 1/2 cawan air (+/-)
  • sedikit garam

Caranya
  • Satukan semua bahan. Bancuh seperti biasa membuat cekodok.
  • Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

6 sweet comments:

Ayu said...

salam akma,
ermm sedapnya jemput2 sukun lemak2 manis..terbayang2 lagi the last time akak buat heheh..lain kali boleh cuba recipe akma ni pulak..

Iza Akma said...

Ayu,
w'salam..kita baru nk ke sana..k.Ayu dah mai sini..ya la kak, mmg sedap cekodok ni..wangi bau sukun tu..

Nieza said...

kak akma, mai kita tukar ngan karipap ni..sedapnya cekodok ni....lum pernah mkn lagi bubuh sukun ni..terliur la pulak...mana nk pi cari sukun ni..hehe

Iza Akma said...

Nieza,
sedaapp nieza, cekodok buh sukun..akak pun ni first time merasa..

AZLITA AZIZ said...

kak jemput2 sukun ni mmg sedap! dulu mak ita selalu buat tapi dia guna sukun yg masak... dia wangi sikit...lembut aje kan??? klu cicah dgn sambal tumis.... alamak tak leh tahan lah kak...

Iza Akma said...

Azlita,
betul tu ita...guna buah sukun yang dah terlebih ranum..dah lembik, jemput2 ni sedap sangat..lembut..lemak dan wangi jer..leh la buat ita..