4
Khasiat Kangkung & Cucur Kangkung

Tanaman kangkung berasal dari India, yang kemudian menyebar ke Malaysia, Myammar, Indonesia, Cina Selatan, Australia, dan Afrika. Nama saintifiknya ialah Ipomoea Aquatica. Bahasa Inggerisnya ialah Water Spinach atau di China, sayuran ini dikenali sebagai Weng Cai.
Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun di mana ia bertindak meneutralkan racun dalam badan yang diakibatkan oleh makanan seperti kes memakan makanan yang basi. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:

Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.

Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.

Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat.


Cucur udang, cucur bilis dan cucur bawang biasa dilihat dan sudah dikenali ramai sebagai menu yang sungguh enak apatah lagi bila dicicah bersama sos. Kini cucur di suntik dengan idea baru dengan menambahkan sayuran kangkung di dalamnya. Pertama kali saya bagitau pada asben, breakfast nanti saya nak buat cucur kangkung...dia boleh ketawa...mungkin bunyinya agak pelik...sebab itu dia ketawa.


Nah, pagi tadi lepas siap digoreng..saya belum sempat jamah lagi asben dah rasa. Dia kata ada kangkung tapi tak pula terasa kangkungnya..dia komen lagi...hmmm...sedap! Cucur ini juga sebagai bekalan Puteri ke sekolah...dia pun kata sedaap...kawan-kawan dia kata pun macam tu...Padahal kalau saya masak kangkung dibuat sayur...usah kata nak makan...jeling pun tak nak. Puas lah kita suruh still tak nak juga. Mungkin ini satu cara menggalakkan anak-anak makan kangkung.


Cucur Kangkung

Bahan-bahan
  • 2 cawan gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100gm udang kertas kecil / bilis halus
  • 100gm sayur kangkung di hiris halus
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air **

Caranya
  • Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit jika likat tambah sedikit air lagi. Gaul hingga sebati.
  • Panaskan minyak, ambil 1 sudu kecil adunan dan goreng hingga keperangan

nota tambahan dari dapur singgahsana:(sorry semua ya..terlupa nak beritahu..)
Dalam resepi dinyatakan 1 sudu teh baking powder tapi saya hanya gunakan 1/2 sudu teh sahaja sebab dikhuatiri apabila digoreng cucur akan menyerap minyak dan hasilnya cucur kelihatan berminyak..berdasarkan pengalaman..


Sos Cili
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan - dibakar dahulu (tak buat)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 100gm gula melaka di racik halus (sy guna 3 sdm sirap gula melaka)
  • 200ml air asam jawa (sy guna 1 sdt penuh pes asam jawa + air)
  • sedikit garam
  • gula pasir secukup rasa
Cara
  • Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam. Masak hingga hampir pekat. Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil.

4 sweet comments:

Nieza said...

wah menarik cucur ni lum pernah cuba lagi nanti leh cuba ..tq for sharing..:)

ady said...

salam, tak pernah dengar Cucur Kangkung!!!mesti sedap ni makan dgn sos Cili

Ayu said...

salam akma,
cantik nampak cucur kangkung akma tu..very the gebu..
akak punya tak cantik nampak berminyak gitu..hehehe..

Iza Akma said...

Nieza,
bila tngk kak Ayu cuba..sy pun ikut cuba gak..mmg sedap..nnt nieza leh la cuba ya..

Ady,
w'salam..mmg sedap ady..maintain lembut walau dah sejuk..cuba lah..

kak Ayu,
heheh..oh! ya..bila kak kata cucur kak tu nampak berminyak sy ada masukkan xtra note kat posting ttg sukatan bp..
ikut pengalaman mgkn sukatan bp buatkan cucur serap minyak bila digrg membuatkan cucur nampak berminyak..