5
Daging Masak Merah Ala-Thai


Ini lah daging merah regunya si nasi goreng usa dalam n3 sebelum ini. Amat menyelerakan...bukan saja sedap dijadikan teman kepada nasi goreng usa saja malah sedap juga dijadikan teman kepada nasi putih. Pada sesiapa yang ingin mencuba...silakan...pasti tak menyesal...


DAGING MASAK MERAH ALA-THAI

Bahan-Bahan
  • 300 g daging
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 labu bawang besar [bersaiz besar], dipotong2
  • 3 ulas bawang putih, dipecahkan
  • 4-6 ulas cili padi, dititik/diketuk [boleh tambah jika suka pedas]
  • 2 -3 sudu besar sos cili - sy tambah lagi 2 sudu makan
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos ikan@nampla
  • 1 biji buah tomato, di potong 6
  • cili merah/ cili hijau untuk hiasan
  • daun ketumbar, di hiris
  • sedikit minyak
  • * saya tambahkan 2 sudu makan sos plum 



Caranya
  • Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
  • Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
  • Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  • Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!). Angkat daging dan masukkan ke dalam pinggan, ketepikan.
  • Tumiskan pula pes cili, bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga layu. Kemudian masukkan daging tadi. Kacau hingga rata.
  • Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato, daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang. Untuk kuah yang lebih, tambahkan sos lagi.
  • Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.

5 sweet comments:

Ayu said...

salam akma,
daging masak merah ala thai ni
nampak sedap..akak pun dah lama masuk list lauk ni..

Nieza said...

wah tergudalah....ni yg buat lapar memlm singgah dapur akma ni....hehe

hazila said...

Salam,
Selalu jug order kalau makan kat luar. Sedap ni.

wana said...

wah sedapnya... merah dia tu buat org tak tahan ...

Tok Alang said...

hadui...meleleh air liur tok alang