3
Kuih Bakar @ Bingka Sukun


Kalau kat umah tu ada buah sukun yang dah lembik tak boleh digoreng...haa...jangan terus dibuang ya. Jangan tak tahu, isi sukun yang lembik ni boleh dijadikan kuih umpamanya cekodok, apam ataupun bingka. Bingka ni dah buat tiga empat hari lepas, baru hari ini nak n3. Maaf ya...kak Am dan kak Ayu, saya dah olah sikit resepi daripada asal...tak banyak...sikit je.  Kalau nak tengok resepi yang asal lagi tulen, lihat lah kat dapur  Kak Am Flora juga kat dapur  Kak Ayu.  Bila dah rasa sendiri, baru tahu rupanya sedap sukun dibuat bingka...lemak-lemak...dan wangi jer bau sukun tu...sesuai lah untuk sarapan atau minum petang. Thanks pada kak Am dan kak Ayu yang baik hati berkongsi resepi yang sedap ini...


                                               BINGKA SUKUN

                      Bahan-Bahan
  • 250 gm isi sukun yang dah lembik [blend dgn 140 gm air)
  • 200 gm tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung (guna sudu metrik ya..)
  • 140 gm gula perang (+/-)
  • 300 gm santan [150 gm santan kotak + 150 gm air]
  • 3 biji telur (A)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp garam
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan (jika suka) untuk taburan di atas


Caranya
  • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
  • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
  • Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
  • Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
  • *Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.


3 sweet comments:

Ayu said...

As salam,
akma, best kan bingka sukun ni..lemak2 manis gitu..thanks sudi cuba juga, thanks to kak am juga creativitynya tu..

Nieza said...

wah menarik bingka ni kak....sedapnya! tapi sini x ada buah sukun la..:)

Iza Akma said...

Ayu,
w'salam..a'ah kak Ayu sedap bingka ni..resepi pelik sikit..tu yg menarik minat nak cuba..

Nieza,
mmg sedap nieza bingka ni..