2
Nagasari Jagung

Assalamualaikum..

Hari ini hari pertama kita melangkah ke tahun baru. Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Mungkin ada di antara kita, tahun 2010 yang berlalu banyak meninggalkan seribu makna dan pengertian yang mendalam dalam diri mahupun kehidupan. Tak kurang juga antara kita, tahun 2010 yang berlalu pergi tersemat seribu kenangan sedih@pahit yang membawa kepada kebangkitan untuk terus mengharungi hidup yang berliku ini dengan penuh tabah dan berkeyakinan. Pendek kata setiap kita mempunyai pelbagai kenangan yang terlipat kukuh dibenak dan diingatan masing-masing. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu lah pahit manis kehidupan perlu diteruskan. Jadikan pengalaman yang lalu sebagai pedoman dan panduan dalam melayari kehidupan yang mendatang.


Dalam n3 terdahulu telah ada resepi nagasari cendol. Kali ini tekak teringin benar pulak nak merasa nagasari jagung. Jagung pun ada...resepi pun dah lama perap...haa...apa lagi kayuh. Pada saya kedua-dua versi nagasari ni memang sedap, ada rasa tersendiri...tambah-tambah jika dimakan dingin...waduhh...enak bangat.



NAGASARI JAGUNG

Bahan A
  • 1 tin whole kernel corn
  • 250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
Bahan B (dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
  • 450 ml air
  • 175 gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan
Bahan C (dicampur dan kacau rata)
  • 200 ml air
  • 1 paket@120 gm tepung Hoon Kwee

Cara:
  • Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.
  • Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.
  • Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.


  • Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .
  • Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!

Saya gunakan hirisan jagung yang dihiris daripada 1 tongkol jagung. Masakkan sekali hirisan jagung bersama campuran tepung dan santan. Selepas adunan masak, masih panas saya bubuh ke dalam acuan lompang selain bekas-bekas yang kecil.

2 sweet comments:

Nieza said...

salam akma,
lum pernah mkn lagi kuih ni...nampak menarik..sure sedap ni..:)

Iza Akma said...

nieza..
sebelum ni pun saya belum pernah rasa kuih ni..itu yg teringin nak buat..tapi kan nieza..mmg sedap tau kuih nagasari nih..rasa macam mkn puding kastad jagung..nyaman jerk..