1
Nasi Kuning Aroma


Perkataan aroma pada namanya pasti membuatkan orang terbayang-bayang akan keharuman nasi ini. Ketika memasak nasi ini, keharumannya semerbak satu rumah. Bila buka saja penutup periuk, aromanya begitu menyengat sekali...membuatkan perut tiba-tiba terasa lapar. Campuran serai, daun pandan dan daun limau  itu yang membangkitkan aroma nasi ini. Tengoklah, warna nasi pun dah seperti nasi untuk hidangan diraja kan...


Rasa nasi ini ala-ala nasi lemak cuma kewangian dan warnanya itu yang menjadikan nasi ini lebih istimewa daripada nasi lemak.  Walau hanya menggunakan beras biasa hasilnya tetap sedap...sungguh enak...dan menyelerakan...Thanks kak Fida..


NASI KUNING AROMA


Bahan-Bahan
  • 1 kg beras basmathi - cuci, rendam 15 min & toskan
  • 1.5 liter santan - drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 4 batang serai, dititik
  • 4 batang serai, dititik
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 5 helai daun salam   tak buat..tak de
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 jari halia, diketuk
  • 1 1/2 sudu besar jus limau kasturi/limau nipis/lemon
  • 1 sudu besar garam
  • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit   sy buat serbuk je

Caranya
  • Dalam sebuah periuk, masukkan santan dan kesemua bahan-bahan kecuali beras dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras dan kacau rata. Masak hingga kering seperti memasak nasi biasa.
  • **Jika menggunakan beras biasa, kesemua bahan disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak. Sekiranya tak ingin nasi berkerak, apabila nasi kering bolehlah dialihkan dalam pengukus dan kuku hingga masak.
  • **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan carrot yang didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering, ikut selera masing-masing.

1 sweet comments:

Nieza said...

salam kak akma, menarik nengok nasi kuning ni...berbau harum sampai ke dapur saya dah ni...hehe