3
Nasi Oregano


Nasi oregano ini hasil olahan daripada nasi butter. Penambahan oregano merupakan idea daripada my son. Yeah...not bad...sedap bila digandingkan bersama salmon dan ayam blackpepper.


NASI OREGANO
recipe by: Akma @ SSK

Bahan-Bahan
  • 2 1/2 cawan beras [basuh dan toskan]
  • 3-3 1/2 cawan air (+/-)
  • 2-3 sudu besar butter
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar serbuk oregano (yang kasar)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa

Caranya
  • Panaskan butter. Bila setengah cair masukkan daun bay. Kacau-kacau sekejap.
  • Kemudian masukkan beras dan teruskan menggoreng dalam 3-5 minit.
  • Masukkan 1 cawan air, garam, lada sulah dan oregano. Kacau agar bahan-bahan serata dengan beras. Biarkan sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih tuangkan ke dalam rice cooker. Tambahkan dengan baki air tadi dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila air telah kering, balik-balikkan nasi supaya nasi serata lembutnya. (kalau nasi tak cukup lembut, boleh tambahkan sedikit air masak dan balik-balikkan nasi lagi)

3 sweet comments:

Nieza said...

menarik resepi ni kak...sedapnya bau oregano tu...:)

ady said...

as salam kak


good idea ni..tak pernah ada orang buat nasi oregano..nampak berselera

Iza Akma said...

nieza,
saja2 mencuba...tak cuba tak tau kan..nasi tu harum bau oregano..

ady,
a'ah ady...saja nak cari kelainan..