3
Sambal Sotong Miri


Menu sambal sotong yang dijadikan lauk kepada nasi kuning aroma dalam n3 sebelum ni. Resepi saya cedok dari dapur kak Ila tapi asal resepi daripada Baiduri Othman yang pernah  popular di FnR satu masa dulu. Sambal ni sedap, berbeza sedikit daripada sambal sotong yang kebiasaan kerana ada campuran kurma dan ketumbar. Memang sedap sangat...kenalah...bila dimakan bersama nasi kuning tu...tak toleh kiri kanan dah...Lagi kering sambal ni, lagi bertambah sedap...saya buat ada kuah sikit sebab nak makan bersama nasi. Anyway, thanks kepada penyumbang resepi...


SAMBAL SOTONG MIRI

Bahan-Bahan
  • 400 gm sotong, dikerat
  • 1 btg serai, diketuk
  • 2 sdt serbuk kurma
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 1 camca makan sos cili
  • 2 camca makan sos tomato
  • sedikit garam dan gula

Bahan Tumbuk/Kisar
  • 4 biji cili merah sy guna cili kering anggaran 10-15 tangkai
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia



Caranya
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk bersama serai. Tumis sehingga terbit minyak. Tambah air sedikit jika terlalu kering.
  • Masukkan rempah kurma dan serbuk ketumbar. Kacau sehingga garing. Tambah air jika perlu. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau-kacau selalu dan biar mendidih seketika dan masukkan sotong.
  • Perasakan dgn garam dan gula. Didihkan sebentar kemudian bolehlah ditutup api. Jika suka kering, biar sehingga kuah agak kering sedikit baru dimasukkan sotong. Jika tidak, sotong akan kecut dan menjadi liat jika dimasukkan lebih awal.

3 sweet comments:

ady said...

sedapnyer nampakkkkkk!.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedap ni Akma, memang favorite. Makan guarantee 2 pinggan la.

Nieza said...

salam kak, sungguh menyelerakan tgk sambal akak ni..terliur dibuatnya..terus terasa lapar...hehe