3
Strawberry Custard Pudding

Pelbagai cara boleh kita nikmati dengan strawberi. Antaranya dengan meminum jus, dapat membuatkan tubuh badan kita bebas daripada racun atau dengan cara mudah kita boleh memakannya begitu sahaja dan mahu lebih sensasi lagi celupkan saja ke dalam coklat masakan hitam cair. Wah, tidak tergambar kesedapannya dengan paduan masam manis dan rasa coklat yang pahit. Tidak dinafikan lagi rasa manis dan masamnya juga boleh melazatkan beraneka kuih. Sama ada dicampur terus ke dalam adunan, sebagai inti, topping, sebagai sos atau juga dijadikan jem.


Awalnya beli swiss roll untuk buat trifle atas permintaan anak-anak...tapi last minute tukar plan...cancel trifle...buat custard pudding.   Jom layan resepi...


STRAWBERRY CUSTARD PUDDING
by:Chef Ku & Team


Bahan A
  • Swiss roll - potong keping-keping

Bahan B [Strawberry Sauce]
  • 130 gm gula pasir
  • 150 ml air
  • 2 tsp madu
  • 50 gm strawberi filling
  • *sy tambah 1/2 tsp strawberi paste sbb sy gantikan filling dengan jem strawberi

Caranya
  • Didihkan gula dengan air dalam periuk di atas api tahap sederhana hingga gula mencair untuk dijadikan sirap. Tutup api dan ketepikan.
  • Satukan strawberi filling, madu dan sirap gula dalam periuk. Masakkan atas api sederhana hingga pekat sambil dikacau selalu dan rasakan manisnya.  Setelah pekat tutup api dan ketepikan.

Bahan C [Custard]
  • 1000 ml susu segar
  • 60 gm tepung jagung
  • 170 gm gula pasir
  • 180 gm kuning telur
  • 1 tsp esen vanila

Caranya
  • Masak susu bersama esen vanila atas api sederhana hingga mendidih.
  • Satukan gula dan tepung jagung. Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati dengan hand whisk.
  • Tuangkan pula sebahagian susu vanila yang panas tadi dan kacau dengan pantas hingga sebati. Kemudian tuangkan baki susu dan gaul dengan sekata.
  • Masak campuran adunan di atas api tahap sederhana dan kacau sentiasa dengan pantas hingga pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.

^...rasanya seperti makan aiskrim...^

Cara Melapis
  • Sediakan bekas seperti loyang/gelas/sebarang acuan yang disukai.
  • Sapukan dasar bekas dengan sos strawberi. Susun kepingan kek.
  • Sapu semula sos strawberi diikuti dengan kastad, ratakan. Taburkan cincangan buah strawberi dan lapiskan pula kek. Ulang langkah yang sama mengikut urutan hingga habis bahan digunakan.
  • Last sekali sapukan sos strawberi di lapisan atas dan sejukkan dalam peti ais. Ketika menghidang bolehlah dihias ikut suka.

3 sweet comments:

Nieza said...

adehh terliur ni....sedapnya..memang suka custard dan buah stroberi ni...ada lagi tak?..haha

Mas said...

terliurnya tengok...nak segelasss..he..he..

Iza Akma said...

Nieza & kak Mas > alaa..dah abesh da..anak-anak dah kerjakan sume..sampaikan tukang buat pun cuma dapat 1/2 gelas je..hehe..