0
Sup Petola Bebola Ikan


Petang semalam pergi pasar malam. Terkenangkan anak-anak suka bebola ikan, belilah...cadangnya nak buat sup. Jadi ini lah menu sayur untuk lunch kami hari ini...bebola ikan yang saya masakkan sup bersama sayur petola...


SUP PETOLA BEBOLA IKAN
source by: Akma @ SSK


Bahan-Bahan
  • 1 peket bebola ikan
  • 1 biji petola
  • 1 biji tomato
  • bunga kobis
  • daun sup & daun bawang, dipotong 1 inci panjang
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 inci halia, dihiris
  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 3/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • lada sulah jika suka

Caranya
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan air, garam dan kiub ayam. Tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan bebola ikan dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan pula sayur petola dan bunga kobis. Kacau-kacau dan biarkan mendidih sekali lagi.
  • Masukkan pula buah tomato yang dihiris bersama dengan daun bawang dan daun sup. Rasakan garamnya. Jika suka terasa pedasnya, tambahkan dengan lada sulah. Kacau-kacau sekejap, boleh lah di angkat.

0 sweet comments: