2
Telur Dadar Jejari Ketam Sayuran


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat kita bersiaran kembali pada hari ini..hari pertama minggu baru. Sedar tak sedar januari 2011 dah menghampiri ke penghujung..sungguh pantas masa berlalu. Pada mereka yang bekerja pula time ni lah seronok kan sebab dua tiga hari lagi kan dah nak gaji..buncit lah balik purse yang dah slim tu...hihih..saja gurau-gurau pagi..
Ok lah berbalik pada n3, telur dadar ni sebenarnya lauk penambah untuk dinner semalam. Memandangkan anak-anak suka telur dadar dan tak berapa suka sayur, lalu saya cantumkan keduanya menjadi satu. Menu-menu ringkas cam ni selalunya anak-anak suka. Ini juga satu cara bagaimana nak umpan anak makan sayur. Jadi dengan cara mencampurkan sayuran ke dalam telur dadar..dah tentu-tentu mereka makan sekali sayur-sayur itu. Mungkin ibu-ibu di luar sana pun banyak juga kaedah dan idea bagaimana nak tarik minat anak supaya makan sayur kan. Selain sayuran dalam resepi, boleh juga kalau nak tukarkan kepada bayam atau kobis atau apa saja sayuran yang di kira sesuai.


TELUR DADAR JEJARI KETAM SAYURAN
recipe: Akma @ SSK


Bahan-Bahan
  • 4 biji telur
    -Dipukul sekadar hancur sepenuhnya dan masukkan 1/2 sudu kecil garam. Jgn pukul sehingga berbuih sebab bukan nak buat kek. Kalau nak masak apa-apa jenis telur dadar sekalipun jangan dipukul telur lama sangat, ini petua masakan enak telur dadar.
  • 1/2 batang lobak merah
    -dipotong hirisan memanjang seperti batang mancis 1 inci
  • 1 biji ubi kentang
    -dipotong sama seperti lobak merah
  • 1 pokok daun sup - dihiris kasar-kasar
  • 6 keping jejari ketam - dihiris
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit lada sulah
Bahan Tumbuk
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Caranya
  • Satukan semua bahan dan dikacau rata.
  • Panaskan minyak. Untuk membuat telur dadar mini tersebut, letakkan ring khas untuk goreng telur dalam minyak. Sebaiknya gunakan pan tidak lekat yang nipis.
  • Tuangkan telur dalam ring tersebut dan tutup supaya cepat masak. Bila dah nampak kekuningan angkat dan keluarkan ring. Kemudian perlahan-lahan terbalikkan telur. Masakkan sebelah lagi tanpa ring. Tak perlu goreng terlalu lama nanti ia akan akan jadi kering sebab kita nak hasil yang basah-basah gitu.

2 sweet comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Telur Dadar, memang sajian wajid kat umah. Kadang-kadang kenalah mereka bahan untukdijadikan kelainan. Idea ni bagus, bolehlah saya cuba.

Iza Akma said...

tul tu kak, kekadang kita sbg ibu ni nak kena perah otak cari idea cipta kelainan demi memenuhi selera anak2..