5
Apam Snow White


Assalamualaikum...

Sebelum meneruskan n3, saya berterima kasih pada teman-teman yang sudi hulurkan ucapan hari ulangtahun kelahiran buat saya...ucapan yang tidak saya sangka-sangkakan. Meskipun kita hanya berkenalan di alam maya tapi serasa seakan dekat dan seperti dah lama kenal. Sesungguhnya kalian adalah yang sebenar-benarnya teman. Jika kalian mendoakan kebahagiaan buat saya...saya juga mendoakan agar kalian semua mendapat segala yang terbaik dan turut beroleh kebahagiaan daripada-Nya. Bila ada kelapangan saya akan masuk dapur teman-teman ya...



Selama tidak bersiaran...bukan maknanya bercuti sampai tak turun dapur. Dah jadi tanggungjawab ke dapur tetap ke dapur. Dalam pada tu, sempat juga saya siapkan apam yang diberi nama snow white. Apam ini sebenarnya lebih kurang sama seperti apam salju tapi teksturnya lebih lembut dan nyaman...memang padan dengan namanya apam snow white. Apam yang sungguh sedap...resepi yang semestinya disimpan. Resepi dipetik dari SINI.


APAM SNOW WHITE

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Caranya:

  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  • Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  • Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  • Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit


Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.



5 sweet comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

beshhh nyer...

akk..ada x resepi kek coklat yg paling ringkas? maksud anies, yg x guna bahan2 yg banyak.kalu ada share bleh?

izahdaut said...

iza..dah terlepas ketapi ni...
haappy belated birthday ye..semoga doa doa dimakbulkan Allah dan sentiasa berbahagia hendaknya..
e semlm pun buat apam ni jugak...petang2 kot baru nk tayang..hihi

Mas said...

mas pun terlepas lak...
happy birthday iza...moga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa....
sedapp kan apam ni..mas pun suka...

Ayu said...

Assalam iza,
sorrylah akak datang lamabt
Happy belated birthday to Iza ya..
Semuga panjang umur murah rezeki, dikurniakan kesihatan & berbahagia disamping keluarga tercinta..insyaallah

Nieza said...

kak, rajinnya mengapam....suka nengok apam gebus ni...bila lak nk rajin ni...lately mood malas jer...hehe