2
Ayam Lada Hitam & Brokoli


Ini menu yang dilawankan dengan nasi oregano pada n3 yang lepas. Lauk ayam berlada hitam dah biasa buat. Tapi sebab nak mencari kelainan...merantau cari resepi sampai ke US...singgah rumah JC di Orlando. Resepi ni dah lama tersimpan dalam peti khazanah...terpaksa gali dan gali cari semula...
Lagi pula anak-anak memang suka sangat ayam masak lada hitam. Setelah mencuba dan rasa...tak salah lagi...memang sedap ayam ni...serasi sangat bila dimakan bersama nasi oregano...JC izinkan saya sharekan pula resepinya di sini ya...thanks..


AYAM LADA HITAM & BROKOLI

Bahan-Bahan:
1 pound dada ayam-potong kecil
1 tsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt

*** Gaul semua bahan ni dgn ayam dan perap sekejap ***

Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam

Sampingan:
1 head brokoli-potong & kukus atau rebus dulu..ketepikan
1 btg carrot-hiris & stim..ketepikan
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih, cincang
3 tangkai daun bawang, hiris


Caranya:
Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.
Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan brokoli dan carrot gaul rata. ( jika nak berkuah...tambahkan sikit air).

2 sweet comments:

Chik Mimi said...

Assalam Akma ,sedap nampak ayam tu

Nieza said...

wah sedap ni kak...mkn lak ngan nasi yg harum dgn oregano tu....maunya bertambah nasi ni..ekekeke