2
Chicken Manchurian

Cuaca sekarang ni makin tak menentu...kejap hujan...kejap panas...kejap pula mendung...Macam dua tiga hari lepas, hujan sepanjang hari...bukan sehari tapi dua hari berturut-turut. Risau juga...mana tak nya...kalau dah hujan mana pula nak dijemurkan pakaian-pakaian yang basuh tu. Pakaian yang masih bergantungan tu pun masih belum kering...tambah lagi dengan yang baru. Berserabut kepala tengok sana sini bergantungan dengan pakaian.


Ok lah bila sebut cuaca tak menentu, dah jadi kelaziman, akan ada kesan pada harga ikan dan makanan laut yang lain. Rasanya dalam tak sedar harga ikan sekarang pun dah naik. Kita ni sebagai finance manager rumahtangga kena lah peka dengan situasi. Jadi untuk balance bajet...saya akan beralih pada ayam dan sesekali daging...masih beli ikan tapi dengan kadar yang sedikit. Lagipun harga ayam sekarang tak lah mahal sangat...dengan harga untuk seekor tu kita boleh makan untuk dua tiga hari...kira ok la kan. Oleh sebab stok ikan dalam fridge pun dah menyusut...yang banyak cuma ayam...maka menu ayam lah kami hari ni.
Resepi ni pertama kali tengok kat dapur Izah...siap copy dan print lagi... lepas tu nampak pula kat dapur Ayu.. Bila tengok bahan-bahan pun senang dan semua ada, maka terlaksana sudah resepi ayam manchurian di dapur ini pula. Hmmm....memang sedap sangat ayam ni...hingga menjilat jari...anak-anak makan sampai tak toleh kiri kanan...duk laju menyuap...entah berapa kali bertambah nasi...tak payah ditanya sedap ke tidak...confirm sedaapp la tuuu...Resepi dari Love2Cook tapi copy dari dapur Izah. Terima kasih Love dengan resepi yang sedap ini...


CHICKEN MANCHURIAN

Ingredients :~

(A):
700gm boneless & skinless chicken breasts ( sliced free form)
(saya guna 2 keping dada ayam)
1 egg ~ beaten
2 tbsp cornstarch
2 tbsp all purpose flour
salt to taste
1/4 tsp coarse blackpepper
(saya buat 1 tsp)
little water

(B) For The Sauce:
4 garlic cloves ~ finely chopped
1 inch ginger ~ finely chopped
1 large onion ~ sliced 
(saya buat 1/2 hiris...1/2 lagi blend)
3 tangkai cili kering
***(4 bahan di atas saya blend sekali)***

1 cup chicken broth
(saya guna 1 cawan air + 1/2 kiub pati ayam)
2 tbsp sweet soy sauce
2 tbsp soy sauce
(saya gantikan dengan 1 tbsp sos tiram)
2 tbsp tomato puree ( may sub with tomato ketchup)
(ikut ayu..tambah lagi dengan hirisan 1 biji tomato)
2 tbsp chilli ketchup
1.5 tbsp cornstarch
1.5 tbsp water
1 biji limau kasturi, ambil jus (ikut ayu)
tambahan gula & garam jika perlu
chopped spring onions/ corriander leaves ~ for garnishing
cooking oil

Method :~

In a bowl, mix ingredients (A) and leave it to marinate for 15 minutes. Deep fry the chicken pieces in oil until golden brown. Drain on paper towel.
Heat up some oil, stir fry garlic, ginger and onion 
(tumiskan bawang hiris hingga sedikit layu..kemudian masukkan bahan kisar..biar sehingga naik bau dan pecah minyak..masukkan hirisan tomato..biar sehingga garing).
 Add chicken broth, sweet soy sauce, soy sauce, tomato puree and chilli sauce. Cook until sauce boils.
Mix cornstarch with water and add into the sauce. Let it thicken.
Put in the fried chicken pieces. Mix evenly. Garnish with some chopped spring onions or corriander leaves. Ready to serve.


Nota: Ayat bewarna adalah penambahan dan olahan yang telah saya lakukan


2 sweet comments:

Nuridah said...

Salam Akma,

Sungguh terguder tengok hidangan Akma ni...kak nur suka kacang botor...dah beberapa hari ni mmg tingin nak mkn kacang botor...tunggu lepas raya cina ni...nak cari ada tak.

Iza Akma said...

w'slm,
hihi..kNur dah salah masuk parking ni kak...kNur suka kerabu tu ya..nah sy hantar sepinggan ya..nak tunggu lepas raya cina lambat lg..nnt mengigau mlm2 susah lak nnt...